es
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Ir al canal en Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Mostrar más
2025 año en númerossnowflakes fon
card fon
79 116
Suscriptores
-1324 horas
-1687 días
-49030 días
Archivo de publicaciones
Photo unavailableShow in Telegram
Syarikat pemula angkasa lepas Korea Selatan, Innospace Co., merancang melancarkan roket orbit komersial pertama negara itu minggu ini selepas tiga kali penangguhan, menurut syarikat berkenaan pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap. Roket Hanbit-Nano dijadual berlepas dari Pusat Angkasa Alcantara di Brazil pada 3.45 petang Isnin waktu tempatan, atau 3.45 pagi Selasa waktu Korea, menurut pegawai syarikat. Hanbit-Nano akan membawa lapan muatan, termasuk lima satelit, sebelum menempatkannya ke orbit rendah pada ketinggian 300 kilometer. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/innospace-rancang-lancar-roket-orbit-komersial-pertama-korea-selatan-minggu-ini-552602
Mostrar todo...
👎 4👍 3🔥 3 2
Photo unavailableShow in Telegram
United Kingdom (UK) pada Ahad mengecam kelulusan Israel terhadap 19 penempatan haram baharu di Tebing Barat yang diduduki, lapor Anadolu Ajansi. "UK mengecam kelulusan kerajaan Israel terhadap 19 penempatan baharu di Palestin. Penempatan ini adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa," tulis Menteri UK bagi Asia Barat dan Afrika Utara, Hamish Falconer menerusi platform media sosial X. Kenyataan itu dibuat selepas Kabinet Israel meluluskan cadangan bagi pembinaan 19 penempatan baharu di Tebing Barat yang diduduki, menjadikan jumlah keseluruhan penempatan baharu yang diluluskan sejak beberapa tahun kebelakangan ini kepada 69. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/uk-kecam-kelulusan-israel-terhadap-19-penempatan-haram-baharu-di-tebing-barat-552603
Mostrar todo...
👍 39👎 3🔥 3 1
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin, tiba pada jam 10.42 pagi untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN bagi membincangkan perkembangan terkini hubungan antara Kemboja dan Thailand. #AWANInews
Mostrar todo...
👎 20 10👏 4👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Mahkamah Tinggi pada Isnin menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani tahanan rumah. Hakim, Datuk Alice Loke menolak permohonan Najib yang kini menjalani baki hukuman penjara enam tahun yang dikurangkan susulan sabitan kes SRC International melalui tahanan di rumah. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com #AWANInews
Mostrar todo...
👍 63👎 34🔥 9👏 4
00:42
Video unavailableShow in Telegram
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi pada jam 9.38 pagi susulan prosiding dan keputusan berkaitan Titah Adendum hari ini. Turut kelihatan hadir ialah adik Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Mohamed Nazir, serta anak lelakinya Datuk Mohamad Nizar, sebagai tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu. #AWANInews
Mostrar todo...
Rosmah Tiba.mp488.07 MB
👍 19👎 14 4🔥 1
Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 8.40 pagi, dengan kawalan ketat pihak berkuasa. Bekas Perdana Menteri itu kelihatan tenang dan ceria ketika tiba. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadual menyampaikan keputusan terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan Najib, bertujuan mendapatkan kebenaran untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah. #AWANInews 📷: Astro AWANI / Shahir Omar
Mostrar todo...
20👎 8👍 6👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Tukang masak peribadi Datuk Seri Najib Razak, Jaafar Ishak, meluahkan harapan tinggi agar bekas Perdana Menteri itu dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di rumah, susulan keputusan penting Mahkamah Tinggi yang dijadual diumumkan pada Isnin. Jaafar, 79, yang telah berkhidmat bersama keluarga Najib sejak tahun 1987, berkata dia sudah bersedia untuk menyediakan hidangan kegemaran majikannya, sup kicap, sekiranya Najib dibenarkan pulang ke rumah. “Sup kicap memang kegemaran beliau. Hidangan itu ringkas, tapi sangat digemari. Selain itu, gulai kawah dan puding raja juga antara menu yang disukai keluarga beliau,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kalau-bossku-balik-rumah-hari-ini-saya-masak-sup-kicap-tukang-masak-peribadi-najib-razak-552590
Mostrar todo...
25👍 17👎 9👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bencana banjir yang melanda Kabupaten Aceh Barat membawa rezeki tidak terduga. Sejumlah penduduk mendakwa mereka menjumpai butiran emas di sekitar kawasan terjejas banjir di Gampong Seuradeuk, Kecamatan Woyla Timur, Indonesia pada Jumaat lalu. Penemuan itu dibuat ketika mereka sedang bergotong-royong membersihkan rumah masing-masing yang digenangi lumpur. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/penduduk-aceh-terjejas-banjir-berpesta-jumpa-emas-552588
Mostrar todo...
23👏 5🔥 4👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kira-kira 5,000 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh negara sedia digerakkan bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan hingga Mac depan. Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan APM Kolonel (PA) Effendy Ali berkata operasi akan turut dibantu pasukan bantuan pertahanan awam (CDA) dengan jumlah keanggotaan mencecah 5,000 orang setakat ini. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/5000-pegawai-anggota-apm-siap-sedia-hadapi-gelombang-banjir-seterusnya-552565 #AWANInews
Mostrar todo...
7👍 4👏 1
00:27
Video unavailableShow in Telegram
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 8.41 pagi. Mahkamah Tinggi pada Isnin akan memutuskan sama ada Najib Razak dibenarkan untuk menjalani hukuman penjara di rumah atau kekal di Penjara Kajang. Sekiranya keputusan Titah Adendum di Mahkamah Tinggi di hari ini memihak kepada Najib Razak, maka bekas Perdana Menteri itu akan menjalani baki hukuman penjara di rumah serta-merta. #AWANInews
Mostrar todo...
Najib Tiba.mp456.85 MB
15👎 14👍 4👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Enam buah bas dari Pekan, Pahang tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Isnin, membawa ratusan penyokong setia bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang hadir seawal jam 7 pagi bagi memberi sokongan menjelang keputusan penting semakan kehakiman beliau. Tinjauan Astro AWANI mendapati kumpulan penyokong itu berkumpul sambil melaungkan slogan seperti “Bebas Bossku” dan “Lawan tetap lawan”, menzahirkan solidariti terhadap pemimpin yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/enam-bas-bawa-penyokong-najib-ke-mahkamah-tinggi-jalan-duta-552589
Mostrar todo...
👎 21 15👍 5👏 4
Photo unavailableShow in Telegram
Jepun kini bersiap sedia untuk menghidupkan semula Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa, loji nuklear terbesar di dunia dari segi kapasiti, menandakan perubahan besar dalam dasar tenaga negara itu selepas tragedi Fukushima pada 2011. Loji yang terletak di Wilayah Niigata ini dikendalikan oleh Tokyo Electric Power Company (TEPCO), syarikat yang sama menguruskan loji Fukushima Daiichi yang lumpuh akibat gempa bumi dan tsunami dahsyat. Kashiwazaki-Kariwa mempunyai tujuh reaktor dan mampu menjana sehingga 8.2 gigawatt tenaga, cukup untuk membekalkan elektrik kepada lebih 13 juta rumah. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/jepun-bersedia-hidupkan-semula-loji-nuklear-terbesar-dunia-15-tahun-selepas-tragedi-fukushima-552585
Mostrar todo...
👍 11👎 4🔥 1👏 1
Hari ini 140 tahun yang lalu, Ito Hirobumi, seorang samurai, menjadi Perdana Menteri Jepun yang pertama. Lahir dengan nama Hayasi Risuke pada 16 Oktober 1841, beliau dibesarkan oleh keluarga Ito Yaemon, seorang samurai di Choshu di barat Jepun. Beliau membesar ketika tempoh kemerosotan Keshogunan Tokugawa yang mentabdir Jepun sejak 1603. Ketika remaja, Ito menyertai sebuah gerakan yang menjadi antara pencetus kepada Pemulihan Meiji. Mendapat status samurai pada 1863, Ito terpilih untuk melanjutkan pengajian dalam sains ketenteraan laut di University College, London. Sekembalinya ke tanah air, Ito sedikit demi sedikit mendaki hierarki pentadbiran. Karier politiknya melonjak pada 1878 apabila menggantikan Okubo Toshimichi yang dibunuh sebagai Menteri Dalam Negeri, menjadikannya orang paling berkuasa dalam kerajaan Meiji. Kemudian beliau bersama beberapa pegawainya ke Jerman pada 1882 untuk mempelajari hal ehwal perlembagaan. Apabila pulang, Ito mengepalai pembentukan Perlembagaan Meiji, projek terhebatnya yang dirangka berdasarkan kerajaan Prussia. Pada 1885, Ito memperkenalkan sistem kabinet dalam kerajaan, menggantikan sistem ‘Dajō-kan’ sebagai organisasi pembuat dasar negara. 22 Disember tahun itu, Ito menjadi Perdana Menteri Jepun moden yang pertama. 3 tahun kemudian, Ito meletakkan jawatan namun kekal berpengaruh di sebalik tabir. Beliau menjadi semula PM sebanyak 3 kali: sebagai PM ke-5 (1892-1896), PM ke-7 (Januari-Jun 1898), & kali terakhir pada 1900-1901 sebagai PM ke-10. Pada November 1905, Korea memeterai Perjanjian Eulsa yang menjadikannya negara naungan Jepun & Ito dilantik sebagai Residen Jeneralnya yang pertama. Kerajaan Jepun mahu menggerakkan penjajahan, namun ditentang Ito. Selepas didesak kabinet, akhirnya Ito akur & meluluskan pelan untuk Jepun menjajah Korea pada 10 April 1909. Beliau kemudian meletak jawatan pada 14 Jun tahun itu setelah dipaksa oleh Tentera Empayar Jepun, pendesak terkuat langkah penjajahan itu. Pada Oktober 1909, Ito ditembak mati di Manchuria oleh seorang nasionalis Korea, An Jung-geun. Sumber: Britannica, New World Encyclopedia #PeristiwaHariIni
Mostrar todo...
9👍 6
Photo unavailableShow in Telegram
🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Korea Selatan pada Ahad melaporkan satu lagi jangkitan selesema burung berpatogen tinggi di sebuah ladang itik di Wilayah Jeolla Selatan, menjadikan kes ke-16 seumpamanya dikesan di ladang ternak ayam itik musim ini, lapor Agensi Berita Yonhap. Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang di Naju, kira-kira 285 kilometer di selatan Seoul, yang menternak 23,000 ekor itik, menurut ibu pejabat pengurusan bencana pusat. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/korea-selatan-lapor-kes-baharu-selesema-burung-552563 #AWANInews
Mostrar todo...
🔥 7 4
Photo unavailableShow in Telegram
Sebuah "mesin basuh manusia" yang mampu membersih dan mengeringkan seluruh tubuh badan, serta mencuri tumpuan ramai ketika dipamerkan di Ekspo Dunia Osaka tahun ini akan mula dijual kepada pengguna pada 2026, lapor Agensi Berita Kyodo memetik kenyataan pembangunnya. Menurut laporan itu, penghantaran awal mesin berkenaan ke pusat penjagaan warga emas dijadual bermula Mac tahun depan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/mesin-basuh-manusia-dipamer-di-ekspo-osaka-akan-dijual-pada-2026-552566 #AWANInews
Mostrar todo...
6👎 4👏 2👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Sebanyak 97 penerbangan dibatalkan manakala lebih 200 lagi mengalami kelewatan berikutan jarak penglihatan terhad akibat kabus di Lapangan Terbang Delhi pada Ahad, lapor Press Trust of India (PTI). Seorang pegawai berkata sebanyak 48 penerbangan tiba dan 49 penerbangan berlepas dibatalkan di lapangan terbang berkenaan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/97-penerbangan-dibatal-lebih-200-lagi-lewat-di-lapangan-terbang-delhi-552568 #AWANInews
Mostrar todo...
🔥 5👍 2👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara mematahkan cubaan menyeludup rokok putih tanpa cukai bernilai lebih RM2.8 juta dalam serbuan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Jalan Kampung Pek di Kota Bharu, pada Ahad . Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan pada 6.30 pagi dilakukan anggota risik Batalion 9 PGA selepas mengesan sebuah lori Isuzu NPR merah dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan rutin. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pga-rampas-rokok-putih-bernilai-lebih-rm2-juta-552572 #AWANInews
Mostrar todo...
👍 4 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Filem animasi Papa Zola The Movie arahan Nizam Razak mencatat kejayaan membanggakan apabila menduduki tangga pertama carta Top 10 pawagam tempatan, mengatasi filem antarabangsa seperti Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy’s 2. Keluaran MONSTA dan Astro Shaw itu mendapat pujian kerana mengangkat nilai kekeluargaan serta kisah tanggungjawab seorang bapa yang dekat dengan realiti kehidupan seharian. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/papa-zola-movie-kuasai-carta-pawagam-tempatan-atasi-avatar-dan-zootopia-552558 #AWANInews
Mostrar todo...
51👏 15👍 6🔥 2
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta hasil pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak 30 Sept lalu hingga kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata penjimatan itu dicapai hasil penyasaran subsidi minyak secara lebih berkesan supaya hanya dinikmati warganegara Malaysia, sekali gus mengekang ketirisan yang sebelum ini melibatkan lebih 3.5 juta warga asing serta aktiviti penyeludupan puluhan ribu liter minyak ke luar negara. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-jimat-rm800-juta-sejak-budi95-dilaksanakan-pm-anwar-552552 #AWANInews
Mostrar todo...
👎 59👍 20 14🔥 10