en
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Open in Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Show more
2025 year in numberssnowflakes fon
card fon
79 111
Subscribers
-1224 hours
-1517 days
-47530 days
Posts Archive
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,Datuk Seri Nor Hisham Mohammad meninjau kawasan terjejas banjir di Pahang menerusi Udara pada Khamis. Beliau turut berkesempatan mengiringi YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyantuni mangsa banjir di UNIPSAS dan Perumahan Inderapura. Pasukan operasi JBPM bersama agensi berkaitan terus melaksanakan pemantauan, bantuan pemindahan mangsa dan kawalan laluan bagi memastikan keselamatan awam. πŸ“Έ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #AWANInews
Show all...
πŸ‘ 5❀ 4
Photo unavailableShow in Telegram
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menutup tirai tahun 2025 dengan pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, Perodua Traz, yang direka khusus untuk memenuhi keperluan penggunaan harian pengguna Malaysia merangkumi gaya hidup bandar, keluarga dan aktiviti luar. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata model lima tempat duduk itu dibangunkan dengan penekanan kepada praktikaliti, kepelbagaian fungsi serta ciri yang benar-benar relevan untuk digunakan dalam rutin seharian. β€œModel ini dibangunkan untuk menjadi praktikal dan versatil, sesuai dengan rutin serta gaya hidup seharian pengguna. Dengan kapasiti but sehingga 471-liter, ia mampu memuatkan pelbagai barangan termasuk untuk aktiviti luar, sekali gus menjadikannya pilihan yang amat praktikal,” katanya. Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/perodua-traz-tampil-suv-praktikal-untuk-gaya-hidup-harian-552271 #AWANInews
Show all...
star reaction 1πŸ”₯ 6πŸ‘Ž 1
Photo unavailableShow in Telegram
Dua hari sebelum perlawanan Liga Super minggu ke-12 menentang DPMM, Sabah kelihatan tempang apabila Jean-Paul de Marigny meletakkan jawatan selaku jurulatih berkuat kuasa hari ini (Khamis). Usai kekecewaan gagal menewaskan Johor Datul Ta'zim (JDT) dalam aksi final Piala FA Ahad lalu, De Marigny melepaskan kerusi panas itu meskipun berhasil membawa Sang Badak ke final selepas 27 tahun. Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/liga-super-jurulatih-sabah-letak-jawatan-552241 #AWANInews
Show all...
❀ 7πŸ”₯ 3πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB), anak syarikat milik PETRONAS bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) terus memperkukuh agenda pendidikan negeri apabila menganjurkan Melaka Future Talent: STEMatic Carnival, sebuah karnival dua hari bagi meningkatkan minat serta kompetensi pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Alor Gajah itu menghimpunkan 690 pelajar dari 313 sekolah rendah dan menengah seluruh negeri, termasuk penyertaan pelajar prasekolah dan pendidikan khas. Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mrcsb-anjur-karnival-stem-perkasa-bakat-masa-depan-anak-melaka-552244 #AWANInews
Show all...
πŸ‘ 3πŸ‘ 2❀ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Pada jam 11.59 pagi, polis dilihat mengusung satu mayat yang dibalut dengan plastik hitam untuk tindakan lanjut. Sementara itu, salah seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan salah seorang anak pemilik rumah berkenaan berkata, rumah tersebut sudah tidak berpenghuni sejak dua tahun lalu dan mereka hanya pulang sesekali untuk mengambil barang serta membersihkan kawasan rumah. "Kira-kira jam 4 pagi tadi, ibu saudara saya telefon beritahu polis mahu meminta kebenaran untuk buat pemeriksaan di rumah. Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-ditemui-di-belakang-rumah-pusaka-dipercayai-individu-hilang-552230 #AWANInews
Show all...
πŸ‘ 7πŸ”₯ 3❀ 1πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Mahkamah Majistret hari ini menangguhkan prosiding sebutan kes dadah membabitkan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee kerana penyanyi rap itu yang dijangkiti Influenza A tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini. Pada prosiding di dua mahkamah berasingan, peguam Joshua Tay yang mewakili Namewee, 42, memaklumkan kepada Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim dan Majistret S.Arunjothy bahawa anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana kurang sihat. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/namewee-dijangkiti-influenza-sebutan-kes-dadah-ditangguh-552214 #AWANInews
Show all...
πŸ‘Ž 30πŸ”₯ 2❀ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan Denmark mencadangkan peluasan larangan pemakaian penutup muka penuh seperti burqa dan niqab ke semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan universiti, dalam langkah terbaharu yang mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan beragama dan integrasi sosial. Menteri Imigresen dan Integrasi Denmark, Rasmus Stoklund, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pakaian yang menutup keseluruhan wajah tidak sesuai dalam persekitaran pembelajaran di negara itu. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/denmark-cadang-perluas-larangan-burqa-niqab-ke-institusi-pendidikan-552208 #AWANInews
Show all...
πŸ‘Ž 43πŸ‘ 3πŸ‘ 3πŸ”₯ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Kes jenayah komersial di Kelantan mencatatkan peningkatan ketara kepada 2,016 kes bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini berbanding 1,014 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata bagaimanapun, jumlah kerugian keseluruhan bagi tempoh itu menurun daripada RM52.5 juta kepada RM43.6 juta. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-jenayah-komersial-di-kelantan-meningkat-552206 #AWANInews
Show all...
❀ 9πŸ‘ 4πŸ‘ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Zakat memainkan peranan penting dalam mengimbangi pertumbuhan ekonomi negeri, terutama pada hujung tahun yang menjadi waktu paling kritikal untuk kutipan zakat. Ia bukan sekadar kewajipan tahunan, tetapi amanah yang mesti ditunaikan tepat pada masanya. Kupasan lanjut bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam #NiagaAWANI #AWANInews
Show all...
πŸ‘ 8πŸ‘Ž 1πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Masjid perlu keluar daripada peranan lapuk dan mengambil tanggungjawab membantu menangani cabaran serta masalah yang dihadapi oleh ummah semasa, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Baginda bertitah ahli jawatankuasa dan kariah masjid tidak boleh "memekakkan telinga" dan "memejamkan mata" terhadap isu yang mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan ummah. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perluas-peranan-masjid-bantu-tangani-cabaran-semasa-sultan-nazrin-552199 #AWANInews
Show all...
❀ 9πŸ‘ 6πŸ”₯ 3πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Dana pembiayaan bumiputera di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional akan dinaikkan daripada RM300 juta tahun ini kepada RM500 juta pada 2026, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim. Beliau berkata ia sebagai dasar pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi merentas kaum. "Pembiayaan untuk usahawan India melalui Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) akan dinaikkan daripada RM30 juta kepada RM50 juta pada 2026, manakala satu skim baharu pembiayaan PMKS masyarakat Cina sebanyak RM50 juta akan dilancar pada Januari 2026," katanya. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/dana-pembiayaan-bumiputera-usahawan-india-dinaikkan-pada-2026-sim-552204 #AWANInews
Show all...
❀ 10πŸ‘ 5πŸ‘Ž 4πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Barisan penyampai segmen pagi popular ERA iaitu Nabil, Azad Jasmin dan Radin baru-baru ini mencuri perhatian apabila tampil menyertai satu perlawanan persahabatan sepak takraw menentang pasukan muda bimbingan Amad Dayan yang dikenali sebagai Anggerik Spike. Perlawanan ini bukan sekadar aksi sukan biasa, sebaliknya menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penyampai 3 Pagi ERA bersama bakat-bakat muda tempatan yang semakin menyerlah dalam arena sepak takraw. Inisiatif ini turut membuktikan komitmen pasukan ERA untuk mendekati komuniti sukan serta menyokong perkembangan atlet muda tanah air. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/3-pagi-era-cabar-diri-dalam-aksi-sepak-takraw-persahabatan-bersama-anggerik-spike-552203 #AWANInews
Show all...
❀ 9πŸ‘ 1πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan Denmark mencadangkan peluasan larangan pemakaian penutup muka penuh seperti burqa dan niqab ke semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan universiti, dalam langkah terbaharu yang mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan beragama dan integrasi sosial. Menteri Imigresen dan Integrasi Denmark, Rasmus Stoklund, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pakaian yang menutup keseluruhan wajah tidak sesuai dalam persekitaran pembelajaran di negara itu. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/denmark-cadang-perluas-larangan-burqa-niqab-ke-institusi-pendidikan-552208 #AWANInews
Show all...
Menteri Komunikasi , Datuk Seri Fahmi Fadzi berkata Dana Inovasi Media Fasa 1 akan dibuka mulai 1 hingga 14 Januari 2026 selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam mempercepatkan transformasi industri media agar kekal relevan, berdaya saing dan berdaya tahan. Beliau berkata dalam sidang media mingguan di Auditorium Seri Angkasa, Kompleks Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. πŸ“Έ: Astro AWANI/ Shahir Omar #AWANInews
Show all...
πŸ‘Ž 14πŸ”₯ 5πŸ‘ 2πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Seorang tenaga pengajar sebuah pusat madrasah di sini yang tular di media sosial kerana memukul sekumpulan pelajar menggunakan topi keledar digantung tugas buat sementara waktu sehingga siasatan polis selesai. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani, berkata pihaknya telah melawat lokasi kejadian dan mengambil laporan penuh berhubung insiden berkenaan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ustaz-madrasah-digantung-tugas-selepas-insiden-pukul-pelajar-dengan-topi-keledar-jheains-552197 #AWANInews
Show all...
πŸ‘ 26❀ 11πŸ”₯ 4πŸ‘ 4
Photo unavailableShow in Telegram
Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperkukuh kesiapsiagaan dan langkah mitigasi bagi memastikan keselamatan bekalan elektrik serta kebajikan pengguna sentiasa terpelihara ketika bencana banjir. Perkara ini khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut yang dijangka memberi kesan kepada kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia tahun ini. Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Mahathir Nor Ismail, bencana banjir pada 2025 dijangka lebih mencabar berikutan fasa peralihan monsun yang membawa ribut petir, hujan lebat serta angin kencang. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tnb-tingkat-kesiapsiagaan-pantau-risiko-bekalan-elektrik-ketika-banjir-552172 #AWANInews
Show all...
❀ 7πŸ‘ 4πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Seorang pengganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya dalam kejadian di Flat Tuna, Seberang Jaya, Pulau Pinang, awal bulan ini. Tertuduh, Khairul Rizuan Abdullah, 28 tahun, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penganggur-didakwa-bunuh-isteri-552185 #AWANInews
Show all...
πŸ”₯ 13πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Artik mengalami tahun terpanas dalam tempoh 125 tahun, dengan litupan ais laut mencapai paras terendah dalam 47 tahun pada kemuncaknya pada Mac, ketika rantau itu melalui peralihan pesat ke arah keadaan yang lebih panas dan lembap, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi. Kad Laporan Artik tahunan NOAA menunjukkan yang dari Oktober 2024 hingga September 2025, rantau itu mencatatkan suhu tertinggi dalam 125 tahun, dengan sedekad kebelakangan ini merekodkan 10 tahun paling panas dalam sejarah. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/artik-catat-tahun-terpanas-dalam-125-tahun-ais-laut-capai-paras-terendah-dalam-47-tahun-laporan-552162 #AWANInews
Show all...
❀ 11πŸ”₯ 3πŸ‘ 1πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Artik mengalami tahun terpanas dalam tempoh 125 tahun, dengan litupan ais laut mencapai paras terendah dalam 47 tahun pada kemuncaknya pada Mac, ketika rantau itu melalui peralihan pesat ke arah keadaan yang lebih panas dan lembap, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi. Kad Laporan Artik tahunan NOAA menunjukkan yang dari Oktober 2024 hingga September 2025, rantau itu mencatatkan suhu tertinggi dalam 125 tahun, dengan sedekad kebelakangan ini merekodkan 10 tahun paling panas dalam sejarah. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/artik-catat-tahun-terpanas-dalam-125-tahun-ais-laut-capai-paras-terendah-dalam-47-tahun-laporan-552162 #AWANInews
Show all...
Hari ini 6 tahun yang lalu, Donald Trump didakwa atas penyalahgunaan kuasa & menghalang Kongres. Selepas Demokrat menguasai semula Dewan Perwakilan, mereka melancarkan beberapa penyiasatan terhadap urus niaga & hubungan kempen Trump dengan penggodam Rusia yang menyerang pesaingnya, Hillary Clinton pada pilihan raya presiden 2016. Namun usaha tersebut gagal meyakinkan Speaker, Nancy Pelosi & ahli Dewan yang lain bahawa mereka mempunyai sebab untuk mendakwa, sehinggalah satu skandal baharu muncul untuk akhirnya usul Demokrat itu diterima. Pada September 2019, khalayak mendapat tahu apabila satu aduan β€˜whistleblower’ mendedahkan ada panggilan telefon pada Julai antara Trump dengan Presiden Ukraine, Vlomymyr Zelensky. Aduan itu disokong oleh pemangku Duta Besar A.S. ke Ukraine. Ia menyatakan bahawa Trump telah mengugut untuk menahan wang bantuan asing A.S. kepada Ukraine sehingga Zelensky berjanji untuk menyiasat Hunter Biden, anak Presiden A.S. ke-46 Joe Biden, atas dakwaan urus niaga mencurigakan di negara itu. White House menafikan sebarang β€œquid pro quo” atau perjanjian pertukaran disebutkan itu. Begitupun, menjelang akhir November itu, Demokrat cukup yakin dalam kes mereka & meneruskan usaha dengan membawa usul ke Dewan Perwakilan. Selepas berminggu berbincang, Dewan Perwakilan akhirnya mengundi untuk mendakwa Trump atas dua pertuduhan tersebut, dengan 230 menyokong, 197 menentang. Trump menjadi Presiden A.S. ketiga yang berdepan pendakwaan, selepas Bill Clinton & Andrew Johnson. Perbicaraan di Senat diadakan bermula 16 Januari 2020, dikepalai Ketua Hakim Mahkamah Agung A.S., John Robert. Namun Senat, yang dikawal majoriti oleh ahli Republikan, mengundi untuk membebaskan Trump daripada kedua-dua pertuduhan. Pada 13 Januari 2021, Trump didakwa sekali lagi (satu-satunya Presiden A.S. yang didakwa 2 kali) susulan insiden rusuhan di bangunan Capitol. Sekali lagi, undian Senat menggugurkan Trump daripada pertuduhannya. Sumber: History, Astro AWANI #PeristiwaHariIni #AWANInews
Show all...
πŸ‘ 5πŸ”₯ 5❀ 1πŸ‘ 1