uk
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Відкрити в Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Показати більше
2025 рік у цифрахsnowflakes fon
card fon
79 111
Підписники
-1324 години
-1687 днів
-49030 день
Архів дописів
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Kes jenayah komersial di Kelantan mencatatkan peningkatan ketara kepada 2,016 kes bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini berbanding 1,014 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata bagaimanapun, jumlah kerugian keseluruhan bagi tempoh itu menurun daripada RM52.5 juta kepada RM43.6 juta. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-jenayah-komersial-di-kelantan-meningkat-552206 #AWANInews
Показати все...
9👏 4👍 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Zakat memainkan peranan penting dalam mengimbangi pertumbuhan ekonomi negeri, terutama pada hujung tahun yang menjadi waktu paling kritikal untuk kutipan zakat. Ia bukan sekadar kewajipan tahunan, tetapi amanah yang mesti ditunaikan tepat pada masanya. Kupasan lanjut bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam #NiagaAWANI #AWANInews
Показати все...
👍 8👎 1👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Masjid perlu keluar daripada peranan lapuk dan mengambil tanggungjawab membantu menangani cabaran serta masalah yang dihadapi oleh ummah semasa, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Baginda bertitah ahli jawatankuasa dan kariah masjid tidak boleh "memekakkan telinga" dan "memejamkan mata" terhadap isu yang mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan ummah. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perluas-peranan-masjid-bantu-tangani-cabaran-semasa-sultan-nazrin-552199 #AWANInews
Показати все...
9👍 6🔥 3👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Dana pembiayaan bumiputera di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional akan dinaikkan daripada RM300 juta tahun ini kepada RM500 juta pada 2026, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim. Beliau berkata ia sebagai dasar pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi merentas kaum. "Pembiayaan untuk usahawan India melalui Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) akan dinaikkan daripada RM30 juta kepada RM50 juta pada 2026, manakala satu skim baharu pembiayaan PMKS masyarakat Cina sebanyak RM50 juta akan dilancar pada Januari 2026," katanya. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/dana-pembiayaan-bumiputera-usahawan-india-dinaikkan-pada-2026-sim-552204 #AWANInews
Показати все...
10👍 5👎 4👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Barisan penyampai segmen pagi popular ERA iaitu Nabil, Azad Jasmin dan Radin baru-baru ini mencuri perhatian apabila tampil menyertai satu perlawanan persahabatan sepak takraw menentang pasukan muda bimbingan Amad Dayan yang dikenali sebagai Anggerik Spike. Perlawanan ini bukan sekadar aksi sukan biasa, sebaliknya menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penyampai 3 Pagi ERA bersama bakat-bakat muda tempatan yang semakin menyerlah dalam arena sepak takraw. Inisiatif ini turut membuktikan komitmen pasukan ERA untuk mendekati komuniti sukan serta menyokong perkembangan atlet muda tanah air. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/3-pagi-era-cabar-diri-dalam-aksi-sepak-takraw-persahabatan-bersama-anggerik-spike-552203 #AWANInews
Показати все...
9👍 1👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Kerajaan Denmark mencadangkan peluasan larangan pemakaian penutup muka penuh seperti burqa dan niqab ke semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan universiti, dalam langkah terbaharu yang mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan beragama dan integrasi sosial. Menteri Imigresen dan Integrasi Denmark, Rasmus Stoklund, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pakaian yang menutup keseluruhan wajah tidak sesuai dalam persekitaran pembelajaran di negara itu. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/denmark-cadang-perluas-larangan-burqa-niqab-ke-institusi-pendidikan-552208 #AWANInews
Показати все...
Menteri Komunikasi , Datuk Seri Fahmi Fadzi berkata Dana Inovasi Media Fasa 1 akan dibuka mulai 1 hingga 14 Januari 2026 selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam mempercepatkan transformasi industri media agar kekal relevan, berdaya saing dan berdaya tahan. Beliau berkata dalam sidang media mingguan di Auditorium Seri Angkasa, Kompleks Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. 📸: Astro AWANI/ Shahir Omar #AWANInews
Показати все...
👎 14🔥 5👍 2👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Seorang tenaga pengajar sebuah pusat madrasah di sini yang tular di media sosial kerana memukul sekumpulan pelajar menggunakan topi keledar digantung tugas buat sementara waktu sehingga siasatan polis selesai. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani, berkata pihaknya telah melawat lokasi kejadian dan mengambil laporan penuh berhubung insiden berkenaan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ustaz-madrasah-digantung-tugas-selepas-insiden-pukul-pelajar-dengan-topi-keledar-jheains-552197 #AWANInews
Показати все...
👍 26 11🔥 4👏 4
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperkukuh kesiapsiagaan dan langkah mitigasi bagi memastikan keselamatan bekalan elektrik serta kebajikan pengguna sentiasa terpelihara ketika bencana banjir. Perkara ini khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut yang dijangka memberi kesan kepada kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia tahun ini. Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Mahathir Nor Ismail, bencana banjir pada 2025 dijangka lebih mencabar berikutan fasa peralihan monsun yang membawa ribut petir, hujan lebat serta angin kencang. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tnb-tingkat-kesiapsiagaan-pantau-risiko-bekalan-elektrik-ketika-banjir-552172 #AWANInews
Показати все...
7👍 4👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Seorang pengganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya dalam kejadian di Flat Tuna, Seberang Jaya, Pulau Pinang, awal bulan ini. Tertuduh, Khairul Rizuan Abdullah, 28 tahun, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penganggur-didakwa-bunuh-isteri-552185 #AWANInews
Показати все...
🔥 13👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Artik mengalami tahun terpanas dalam tempoh 125 tahun, dengan litupan ais laut mencapai paras terendah dalam 47 tahun pada kemuncaknya pada Mac, ketika rantau itu melalui peralihan pesat ke arah keadaan yang lebih panas dan lembap, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi. Kad Laporan Artik tahunan NOAA menunjukkan yang dari Oktober 2024 hingga September 2025, rantau itu mencatatkan suhu tertinggi dalam 125 tahun, dengan sedekad kebelakangan ini merekodkan 10 tahun paling panas dalam sejarah. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/artik-catat-tahun-terpanas-dalam-125-tahun-ais-laut-capai-paras-terendah-dalam-47-tahun-laporan-552162 #AWANInews
Показати все...
11🔥 3👍 1👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Artik mengalami tahun terpanas dalam tempoh 125 tahun, dengan litupan ais laut mencapai paras terendah dalam 47 tahun pada kemuncaknya pada Mac, ketika rantau itu melalui peralihan pesat ke arah keadaan yang lebih panas dan lembap, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi. Kad Laporan Artik tahunan NOAA menunjukkan yang dari Oktober 2024 hingga September 2025, rantau itu mencatatkan suhu tertinggi dalam 125 tahun, dengan sedekad kebelakangan ini merekodkan 10 tahun paling panas dalam sejarah. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/artik-catat-tahun-terpanas-dalam-125-tahun-ais-laut-capai-paras-terendah-dalam-47-tahun-laporan-552162 #AWANInews
Показати все...
Hari ini 6 tahun yang lalu, Donald Trump didakwa atas penyalahgunaan kuasa & menghalang Kongres. Selepas Demokrat menguasai semula Dewan Perwakilan, mereka melancarkan beberapa penyiasatan terhadap urus niaga & hubungan kempen Trump dengan penggodam Rusia yang menyerang pesaingnya, Hillary Clinton pada pilihan raya presiden 2016. Namun usaha tersebut gagal meyakinkan Speaker, Nancy Pelosi & ahli Dewan yang lain bahawa mereka mempunyai sebab untuk mendakwa, sehinggalah satu skandal baharu muncul untuk akhirnya usul Demokrat itu diterima. Pada September 2019, khalayak mendapat tahu apabila satu aduan ‘whistleblower’ mendedahkan ada panggilan telefon pada Julai antara Trump dengan Presiden Ukraine, Vlomymyr Zelensky. Aduan itu disokong oleh pemangku Duta Besar A.S. ke Ukraine. Ia menyatakan bahawa Trump telah mengugut untuk menahan wang bantuan asing A.S. kepada Ukraine sehingga Zelensky berjanji untuk menyiasat Hunter Biden, anak Presiden A.S. ke-46 Joe Biden, atas dakwaan urus niaga mencurigakan di negara itu. White House menafikan sebarang “quid pro quo” atau perjanjian pertukaran disebutkan itu. Begitupun, menjelang akhir November itu, Demokrat cukup yakin dalam kes mereka & meneruskan usaha dengan membawa usul ke Dewan Perwakilan. Selepas berminggu berbincang, Dewan Perwakilan akhirnya mengundi untuk mendakwa Trump atas dua pertuduhan tersebut, dengan 230 menyokong, 197 menentang. Trump menjadi Presiden A.S. ketiga yang berdepan pendakwaan, selepas Bill Clinton & Andrew Johnson. Perbicaraan di Senat diadakan bermula 16 Januari 2020, dikepalai Ketua Hakim Mahkamah Agung A.S., John Robert. Namun Senat, yang dikawal majoriti oleh ahli Republikan, mengundi untuk membebaskan Trump daripada kedua-dua pertuduhan. Pada 13 Januari 2021, Trump didakwa sekali lagi (satu-satunya Presiden A.S. yang didakwa 2 kali) susulan insiden rusuhan di bangunan Capitol. Sekali lagi, undian Senat menggugurkan Trump daripada pertuduhannya. Sumber: History, Astro AWANI #PeristiwaHariIni #AWANInews
Показати все...
👍 5🔥 5 1👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kelantan Lt Kol Mohd Farid Ishak berkata walaupun risiko hujan berterusan dilaporkan semakin berkurangan, orang ramai masih dinasihatkan supaya berwaspada berikutan kemungkinan kenaikan paras air sungai, limpahan air serta kejadian banjir kilat di kawasan rendah. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/paras-sungai-dipantau-agensi-keselamatan-kelantan-kekal-siap-siaga-552136 #AWANInews
Показати все...
11🔥 6👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Malaysia masih bebas daripada wabak Peste des Petits Ruminants (PPR) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) kini dalam proses mendapatkan pengiktirafan status bebas PPR daripada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH). DVS dalam satu kenyataan memaklumkan penyakit yang disebabkan oleh virus Morbillivirus itu telah mewabak di Vietnam baru-baru ini, sekali gus mendorong WOAH mengeluarkan peringatan kepada semua negara ASEAN agar meningkatkan tahap kesiapsiagaan, biosekuriti dan kesedaran berkaitan PPR. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-masih-bebas-penyakit-peste-des-petits-ruminants-552132 #AWANInews
Показати все...
🔥 8 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya kekal berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa susulan situasi cuaca tidak menentu akibat Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara, khususnya di beberapa negeri Pantai Timur. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan dan perkembangan itu perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak bagi mengelak sebarang risiko terhadap keselamatan diri serta keluarga. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tpm-ahmad-zahid-nasihat-orang-ramai-kekal-waspada-susulan-monsun-timur-laut-552133 #AWANInews
Показати все...
👏 7 5🔥 4👎 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Penggunaan dana dalam Tabung Justice For Zara mempunyai rekod yang jelas, kata Noraidah Lamat yang juga ibu kepada Zara Qairina Mahathir. Noraidah, 45, berkata pihaknya telah dinasihatkan untuk hanya melakukan audit dana terbabit selepas prosiding inkues dan kes anaknya selesai. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penggunaan-dana-tabung-zara-qairina-direkod-jelas-ibu-552129 #AWANInews
Показати все...
👍 16🔥 4 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengisytiharkan Malaysia kalah 3-0 bagi tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1 perlu dihormati dan wajar diterima secara terbuka. Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali menyarankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk terus fokus dan bergerak ke hadapan serta menumpukan kepada usaha membangunkan bola sepak negara. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/keputusan-fifa-perlu-dihormati-jangan-ulang-kesilapan-sama-safee-552134 #AWANInews
Показати все...
👍 17🔥 15 5👎 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris di Hulu Terengganu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula pada Rabu susulan kejadian hakisan tanah di kawasan permukaan dinding culvert atau pembetung akibat arus air yang deras. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abd Wahab berkata sebelum ini sebahagian jalan itu mula mengalami hakisan tanah pada Mei lepas, namun ia runtuh sepenuhnya pada 7 pagi Rabu. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jalan-aring-8kenyirkuala-jeneris-ditutup-sepenuhnya-akibat-hakisan-tanah-552126 #AWANInews
Показати все...
🔥 10 1