en
Feedback
Nota Redza Zainol

Nota Redza Zainol

Open in Telegram

Ilmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu keibubapaan.

Show more
2025 year in numberssnowflakes fon
card fon
143 993
Subscribers
+724 hours
-2177 days
-87230 days
Posts Archive
๐Ÿฅต Tak ada peraturan guna gajet di rumah? Contoh peraturan mudah: ๐Ÿš— Mak ayah boleh main permainan bersama-sama anak menggunakan gajet. ๐Ÿš— Wujudkan โ€Tech Free Timeโ€ di rumah. ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Contohnya, tak dibenarkan guna gajet ketika waktu makan dan 2 jam sebelum tidur. ๐Ÿš— Cas bateri gajet di luar bilik tidur anak. ๐Ÿš— Guna kata laluan dan โ€œParental Controlโ€ untuk kawal penggunaan gajet anak. ๐Ÿš— Mak ayah wajib cuba dulu apps atau permainan, sebelum biarkan anak bermain. Supaya apps tu tak ada unsur-unsur yang tidak sesuai. Kongsikan ilmu ni dengan pasangan anda. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿ‘ 389โค 85๐Ÿ‘ 16๐Ÿ”ฅ 6๐Ÿคฏ 5๐Ÿฅฐ 2
๐Ÿฅต Penat nak kawal tingkah laku anak yang masih kecil? ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Ada perkara yang kita tak ada kawalan sepenuhnya seperti: ๐Ÿ Emosi anak ๐Ÿ Tingkah laku anak kecil ๐Ÿ Perkembangan anak Yang kita ada kawalan sepenuhnya ialah: ๐Ÿ“ Perkataan yang kita ucapkan ๐Ÿ“ Layanan fizikal kita kepada anak ๐Ÿ“ Mengurus emosi diri sendiri Berlatih setiap hari untuk menukar fokus pandangan kita dari : โŒ โ€œTeruknya tingkah laku anak saya.โ€ โœ… โ€œAnak saya sedang struggle nak memenuhi expectation saya. Macam mana saya boleh bantu dia?โ€ #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿ‘ 285โค 94๐Ÿฅฐ 21๐Ÿคฉ 3
๐Ÿฅฐ Azam tahun ni, untuk selitkan pesan yang baik-baik sebelum anak tidur. Antara waktu yang paling tenang ialah betul-betul sebelum masa anak tidur. Ini yang saya amalkan pada anak saya. โ€ข Bercakap dengan nada yang menyenangkan dan bacakan beberapa cerita pada mereka. โ€ข Anak happy sebab kita fokus pada mereka. Bonding macam ni la yang dia akan ingat sampai dia besar. ๐Ÿ โ€œ5-minutes bedtime reminders for little ones..โ€ Siri buku cerita di sini: ๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://bit.ly/BacaBukuCerita
Show all...
โค 169๐Ÿ‘ 74๐Ÿฅฐ 7๐Ÿ˜ 3
๐Ÿฅฐ Nak jadi mak ayah yang lebih peka dengan perkembangan anak? ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Fokuskan pada skil โ€˜Pre Verbalโ€™ bayi dan anak kecil. Contohnya: ๐Ÿ“ Eye contact โ€ข Berlaku bila anak melihat mata mak ayah atau orang lain. ๐Ÿ“Boleh memberi perhatian โ€ข Boleh respon selepas nama dipanggil. โ€ข Anak beri perhatian ketika bermain dan boleh fokus pada permainan yang bergerak. Skil-skil ini boleh dipelajari sejak hari pertama bayi dilahirkan. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿฅฐ Nak jadi ibu ayah yang lebih rapat dengan anak tahun ni? โญ๏ธ Kita ada secara fizikal di rumah, tapi fikiran kita asyik fikirkan tentang perkara lain. โญ๏ธ Bila anak tak rasa โ€˜keberadaanโ€™ kita di rumah, mereka akan tarik perhatian kita dengan bergaduh, merengek atau mengganggu adik beradik yang lain. Solusi: โญ๏ธ Luang 10-15 minit khas untuk anak-anak. Biar anak pilih aktiviti yang dia nak lakukan semasa sesi ni. โญ๏ธ Anak nak melukis, main Lego, main kejar-kejar, kita turutkan je. Fokus hanya pada anak kita semasa tempoh 15 minit ni. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿ˜ Apa yang anak saya boleh capai pada tahun pertama usianya? ๐Ÿ“ Bayi mula bersuara pada usia 8 minggu. ๐Ÿ“ Boleh gelak seawal usia 3 bulan. ๐Ÿ“ Makan biskut bayi sendiri seawal usia 7 bulan (dan bersepah). ๐Ÿ“ Duduk sendiri dengan stabil pada usia 9 bulan. ๐Ÿ“ Mula berdiri dan memapah perabot rendah dipanggil fasa โ€˜cruisingโ€™ pada usia 11 bulan. ๐Ÿ“ Mula berjalan sambil dipegang kedua-dua tangannya pada usia 11 bulan. ๐Ÿ“ Sebut perkataan pertama yang membawa makna pada usia 1 tahun. Rajinkan diri bawa anak berjalan sekitar rumah untuk bantu latih koordinasi mata anak. Buat aktiviti fizikal yang buatkan anak berpusing, merangkak dan berdiri. Banyakkan bercakap dan bermain bersama anak. Inilah stimulasi-stimulasi yang penting untuk perkembangan anak. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿฅฐ Nak latih anak ambil giliran? ๐Ÿ“ Guna permainan seperti bola, puzzle dan kereta mainan: โ€ข Latih anak untuk baling bola, susun puzzle dan tolak kereta mainan secara bergilir. ๐Ÿ“ Beri isyarat โ€ข Guna ayat seperti โ€œSekarang giliran papa / giliran ibu / sekarang giliran adik.โ€ ๐Ÿ“ Guna masa menunggu (waiting time) yang singkat terutama semasa baru mula-mula melatih anak. Inilah antara skil โ€˜Pre Verbalโ€™ yang penting untuk perkembangan percakapan anak. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿ˜ Nak bermain bersama anak berusia 2 tahun ke atas? โœ… Cabut dan tampal stiker pada kertas besar atau dalam buku kosong. - sambil tampal boleh selit ajar anak pasal bentuk dan warna. โœ… Ajar anak tendang bola masuk dalam gol. - dapat belajar seimbangkan badan dan koordinasi badan. โœ… Bina menara guna blok kayu/plastik dan kemudian robohkan guna bola. - dapat latih fokus anak untuk bina menara yang lagi tinggi. โœ… Tiup buih sabun dan minta anak kejar untuk pecahkan buih. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿ˜ฅ Abang/kakak asyik sakitkan adik yang baru lahir? ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Tanda anak stress dengan adik baru: โ„๏ธ Waktu tidur terganggu. โ„๏ธ Ada tabiat baru (menggigit kuku, menggaru) โ„๏ธ Tak nak dekat dengan adik. โ„๏ธ Cuba sakitkan adik. โ„๏ธ Menangis dan minta perhatian ketika kita pegang bayi. โ„๏ธ Asyik melekat dengan mak ayah Kehadiran adik baru boleh jadi salah satu momen stress untuk anak. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿฅฐ Nak bina keyakinan dalam diri anak? ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Anak rasa dihormati bila mereka rasa didengari dan difahami oleh orang lain. ๐Ÿ“ Lagi banyak anak kita terima interaksi begini, mereka rasa dihargai (valued) dan diterima seadanya (accepted). ๐Ÿ“ Anak akan rasa diri mereka berharga dan lebih yakin dengan diri sendiri. ๐Ÿ“ Anak yang asyik menerima interaksi yang sebaliknya, akan merasakan diri mereka: โ€ข tak berguna (useless) โ€ข memang tak bagus โ€ข memang ada masalah Jom sama-sama kita perbaiki cara kita berinteraksi dengan anak-anak ๐Ÿ˜Š #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿฅฐ Ajarkan pada anak kita: ๐Ÿ€ kecantikan diri yang sebenar bukan hanya pada rupa paras. ๐Ÿ€ berjaya tu bukan diukur pada harta & pangkat semata. Tukar perbualan kita dengan anak kepada: ๐Ÿ€ kecantikan diri terletak pada kebaikan dan kekuatan hati. ๐Ÿ€ orang yang berjaya tu sentiasa memberi pada org lain, beradab dan hatinya tenang. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿฅฐ Nak bermain dengan bayi? ๐Ÿ“ Menyanyi, gomol anak, geletek anak, kira jari anak. ๐Ÿ“ Buat pelbagai mimik muka, senyum, gelak, jelir lidah. Main โ€˜Peekabooโ€™ dengan anak. ๐Ÿ“ Beri bayi peluang untuk sentuh pelbagai jenis objek : Soft toys, buku kain, rattles. ๐Ÿ“ Beri bayi peluang untuk lihat pelbagai objek di dalam dan luar rumah, termasuk pelbagai wajah orang dan haiwan. ๐Ÿ“ Bercakap atau keluarkan bunyi dan lihat apa respon anak. Pastikan anak boleh nampak wajah dan pergerakan bibir kita ketika kita bercakap. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿ˜Š Si kecil tertumpahkan air? โŒ๏ธ Elakkan menghentam anak โ€œHaa kan mama dah cakap. Sibuk sangat nak tuang sendiri air, kan tak pasal-pasal dah tumpah!โ€ โœ…๏ธ Ubahlah pada perkataan mendidik โ€œAir dah tumpah.. Lain kali abang tuang air cara macam ni ye (sambil tunjukkan cara yang betul). Air yang tumpah ni, abang tolong lapkan guna kain ni.โ€ Setiap interaksi kita akan memberi kesan. Sama ada anak berasa diri mereka lebih baik atau lebih teruk. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿ˜ฅ Anak ada masalah sensori? Jom buat aktiviti melibatkan sentuhan anak: ๐Ÿš€ Bermain dengan playdough atau plastisin. ๐Ÿš€ Finger painting ๐Ÿš€ Bermain dengan slime ๐Ÿš€ Bermain dengan pasir kinetik ๐Ÿš€ Bermain pecahkan buih sabun ๐Ÿš€ Pijak rumput dengan tapak kaki #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿฅฐ Anak dah mula bercuti sekolah? Mak ayah perlu pantau: ๐Ÿ Masa tidur dan masa bangun pagi. ๐Ÿ Screentime. Berapa lama masa menonton skrin, termasuk masa bermain โ€˜video gameโ€™. ๐Ÿ Masa beriadah. Perlu ada setiap hari. ๐Ÿ Apa yang anak makan dan minum sepanjang hari. Banyak kes anak bertambah berat berlebihan semasa cuti sekolah. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
Kadang-kadang terbuat sesuatu yang tak patut pada anak, kadang-kadang terlepas marah pada anak. Lepas tu, rasa menyesal yang amat. Mak ayah, apa perkara yang korang pernah buat pada anak dan rasa bersalah sangat selepas tu?
Show all...
๐Ÿ˜ข Rugi jika ayah tak menjadi insan yang dekat dengan anak. ๐Ÿ Bagi anak perempuan, ayah adalah gambaran awal bagaimana dia melihat seorang lelaki. ๐Ÿ Bagi anak lelaki, ayah ialah contoh untuk dia menjadi seorang pemimpin. ๐Ÿ Maskulin seorang ayah tak dilihat pada kerasnya sifat atau tingginya nada suara atau kuatnya hentakan tangan. ๐Ÿ Bukan juga dengan diam yang sunyi di dalam rumah. Sehingga anak takut untuk menyebut, โ€œSaya sayang ayah.โ€ #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿ˜ฅ Anak belum pandai menulis? ๐Ÿ“ Usia 13 bulan - boleh mula menconteng ๐Ÿ“ Usia 2 tahun - menconteng berbentuk bulatan ๐Ÿ“ Usia 2.5 tahun - boleh lukis garis menegak โ€œIโ€ ๐Ÿ“ Usia 3 tahun - boleh lukis bulatan ๐Ÿ“ Usia 4 tahun - boleh lukis segi empat ๐Ÿ“ Usia 5 tahun - boleh lukis โ€œXโ€ (pangkah) Kemahiran motor halus (fine motor) boleh ditingkatkan dengan aktiviti yang sesuai. Nak belajar menulis pun ada prosesnya. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...
๐Ÿฅฐ Nak anak belajar menulis? ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Latih dulu kebolehan โ€˜Visual Discriminationโ€™ anak. โ€ข iaitu kebolehan untuk kenal pasti bentuk, objek dan simbol. Aktiviti untuk latih anak: ๐Ÿฅ• Cari objek atau perkataan yang tersembunyi dalam gambar. ๐Ÿฅ• Susun pakaian ikut kategori (seluar dengan seluar, stokin dengan stokin). ๐Ÿฅ• Cari perbezaan antara 2 gambarajah (Spot the difference games). ๐Ÿฅ• Ambil majalah dan minta anak bulatkan semua huruf โ€˜Aโ€™. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Show all...