ru
Feedback
Nota Redza Zainol

Nota Redza Zainol

Открыть в Telegram

Ilmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu keibubapaan.

Больше
2025 год в цифрахsnowflakes fon
card fon
143 997
Подписчики
+724 часа
-2177 дней
-87230 день
Архив постов
🥵 Tak ada peraturan guna gajet di rumah? Contoh peraturan mudah: 🚗 Mak ayah boleh main permainan bersama-sama anak menggunakan gajet. 🚗 Wujudkan ”Tech Free Time” di rumah. 👉🏻 Contohnya, tak dibenarkan guna gajet ketika waktu makan dan 2 jam sebelum tidur. 🚗 Cas bateri gajet di luar bilik tidur anak. 🚗 Guna kata laluan dan “Parental Control” untuk kawal penggunaan gajet anak. 🚗 Mak ayah wajib cuba dulu apps atau permainan, sebelum biarkan anak bermain. Supaya apps tu tak ada unsur-unsur yang tidak sesuai. Kongsikan ilmu ni dengan pasangan anda. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
👍 389 85👏 16🔥 6🤯 5🥰 2
🥵 Penat nak kawal tingkah laku anak yang masih kecil? 👉🏻 Ada perkara yang kita tak ada kawalan sepenuhnya seperti: 🍁 Emosi anak 🍁 Tingkah laku anak kecil 🍁 Perkembangan anak Yang kita ada kawalan sepenuhnya ialah: 🍓 Perkataan yang kita ucapkan 🍓 Layanan fizikal kita kepada anak 🍓 Mengurus emosi diri sendiri Berlatih setiap hari untuk menukar fokus pandangan kita dari : ❌ “Teruknya tingkah laku anak saya.” ✅ “Anak saya sedang struggle nak memenuhi expectation saya. Macam mana saya boleh bantu dia?” #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
👍 285 94🥰 21🤩 3
🥰 Azam tahun ni, untuk selitkan pesan yang baik-baik sebelum anak tidur. Antara waktu yang paling tenang ialah betul-betul sebelum masa anak tidur. Ini yang saya amalkan pada anak saya. • Bercakap dengan nada yang menyenangkan dan bacakan beberapa cerita pada mereka. • Anak happy sebab kita fokus pada mereka. Bonding macam ni la yang dia akan ingat sampai dia besar. 🍁 “5-minutes bedtime reminders for little ones..” Siri buku cerita di sini: 👉🏻 https://bit.ly/BacaBukuCerita
Показать все...
169👍 74🥰 7😁 3
🥰 Nak jadi mak ayah yang lebih peka dengan perkembangan anak? 👉🏻 Fokuskan pada skil ‘Pre Verbal’ bayi dan anak kecil. Contohnya: 🍓 Eye contact • Berlaku bila anak melihat mata mak ayah atau orang lain. 🍓Boleh memberi perhatian • Boleh respon selepas nama dipanggil. • Anak beri perhatian ketika bermain dan boleh fokus pada permainan yang bergerak. Skil-skil ini boleh dipelajari sejak hari pertama bayi dilahirkan. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
🥰 Nak jadi ibu ayah yang lebih rapat dengan anak tahun ni? ⭐️ Kita ada secara fizikal di rumah, tapi fikiran kita asyik fikirkan tentang perkara lain. ⭐️ Bila anak tak rasa ‘keberadaan’ kita di rumah, mereka akan tarik perhatian kita dengan bergaduh, merengek atau mengganggu adik beradik yang lain. Solusi: ⭐️ Luang 10-15 minit khas untuk anak-anak. Biar anak pilih aktiviti yang dia nak lakukan semasa sesi ni. ⭐️ Anak nak melukis, main Lego, main kejar-kejar, kita turutkan je. Fokus hanya pada anak kita semasa tempoh 15 minit ni. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
😍 Apa yang anak saya boleh capai pada tahun pertama usianya? 🍓 Bayi mula bersuara pada usia 8 minggu. 🍓 Boleh gelak seawal usia 3 bulan. 🍓 Makan biskut bayi sendiri seawal usia 7 bulan (dan bersepah). 🍓 Duduk sendiri dengan stabil pada usia 9 bulan. 🍓 Mula berdiri dan memapah perabot rendah dipanggil fasa ‘cruising’ pada usia 11 bulan. 🍓 Mula berjalan sambil dipegang kedua-dua tangannya pada usia 11 bulan. 🍓 Sebut perkataan pertama yang membawa makna pada usia 1 tahun. Rajinkan diri bawa anak berjalan sekitar rumah untuk bantu latih koordinasi mata anak. Buat aktiviti fizikal yang buatkan anak berpusing, merangkak dan berdiri. Banyakkan bercakap dan bermain bersama anak. Inilah stimulasi-stimulasi yang penting untuk perkembangan anak. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
🥰 Nak latih anak ambil giliran? 🍓 Guna permainan seperti bola, puzzle dan kereta mainan: • Latih anak untuk baling bola, susun puzzle dan tolak kereta mainan secara bergilir. 🍓 Beri isyarat • Guna ayat seperti “Sekarang giliran papa / giliran ibu / sekarang giliran adik.” 🍓 Guna masa menunggu (waiting time) yang singkat terutama semasa baru mula-mula melatih anak. Inilah antara skil ‘Pre Verbal’ yang penting untuk perkembangan percakapan anak. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
😍 Nak bermain bersama anak berusia 2 tahun ke atas? ✅ Cabut dan tampal stiker pada kertas besar atau dalam buku kosong. - sambil tampal boleh selit ajar anak pasal bentuk dan warna. ✅ Ajar anak tendang bola masuk dalam gol. - dapat belajar seimbangkan badan dan koordinasi badan. ✅ Bina menara guna blok kayu/plastik dan kemudian robohkan guna bola. - dapat latih fokus anak untuk bina menara yang lagi tinggi. ✅ Tiup buih sabun dan minta anak kejar untuk pecahkan buih. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
😥 Abang/kakak asyik sakitkan adik yang baru lahir? 👉🏻 Tanda anak stress dengan adik baru: ❄️ Waktu tidur terganggu. ❄️ Ada tabiat baru (menggigit kuku, menggaru) ❄️ Tak nak dekat dengan adik. ❄️ Cuba sakitkan adik. ❄️ Menangis dan minta perhatian ketika kita pegang bayi. ❄️ Asyik melekat dengan mak ayah Kehadiran adik baru boleh jadi salah satu momen stress untuk anak. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
🥰 Nak bina keyakinan dalam diri anak? 👉🏻 Anak rasa dihormati bila mereka rasa didengari dan difahami oleh orang lain. 🍓 Lagi banyak anak kita terima interaksi begini, mereka rasa dihargai (valued) dan diterima seadanya (accepted). 🍓 Anak akan rasa diri mereka berharga dan lebih yakin dengan diri sendiri. 🍓 Anak yang asyik menerima interaksi yang sebaliknya, akan merasakan diri mereka: • tak berguna (useless) • memang tak bagus • memang ada masalah Jom sama-sama kita perbaiki cara kita berinteraksi dengan anak-anak 😊 #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
🥰 Ajarkan pada anak kita: 🏀 kecantikan diri yang sebenar bukan hanya pada rupa paras. 🏀 berjaya tu bukan diukur pada harta & pangkat semata. Tukar perbualan kita dengan anak kepada: 🏀 kecantikan diri terletak pada kebaikan dan kekuatan hati. 🏀 orang yang berjaya tu sentiasa memberi pada org lain, beradab dan hatinya tenang. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
🥰 Nak bermain dengan bayi? 🍓 Menyanyi, gomol anak, geletek anak, kira jari anak. 🍓 Buat pelbagai mimik muka, senyum, gelak, jelir lidah. Main ‘Peekaboo’ dengan anak. 🍓 Beri bayi peluang untuk sentuh pelbagai jenis objek : Soft toys, buku kain, rattles. 🍓 Beri bayi peluang untuk lihat pelbagai objek di dalam dan luar rumah, termasuk pelbagai wajah orang dan haiwan. 🍓 Bercakap atau keluarkan bunyi dan lihat apa respon anak. Pastikan anak boleh nampak wajah dan pergerakan bibir kita ketika kita bercakap. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
😊 Si kecil tertumpahkan air? ❌️ Elakkan menghentam anak “Haa kan mama dah cakap. Sibuk sangat nak tuang sendiri air, kan tak pasal-pasal dah tumpah!” ✅️ Ubahlah pada perkataan mendidik “Air dah tumpah.. Lain kali abang tuang air cara macam ni ye (sambil tunjukkan cara yang betul). Air yang tumpah ni, abang tolong lapkan guna kain ni.” Setiap interaksi kita akan memberi kesan. Sama ada anak berasa diri mereka lebih baik atau lebih teruk. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
😥 Anak ada masalah sensori? Jom buat aktiviti melibatkan sentuhan anak: 🚀 Bermain dengan playdough atau plastisin. 🚀 Finger painting 🚀 Bermain dengan slime 🚀 Bermain dengan pasir kinetik 🚀 Bermain pecahkan buih sabun 🚀 Pijak rumput dengan tapak kaki #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
🥰 Anak dah mula bercuti sekolah? Mak ayah perlu pantau: 🍁 Masa tidur dan masa bangun pagi. 🍁 Screentime. Berapa lama masa menonton skrin, termasuk masa bermain ‘video game’. 🍁 Masa beriadah. Perlu ada setiap hari. 🍁 Apa yang anak makan dan minum sepanjang hari. Banyak kes anak bertambah berat berlebihan semasa cuti sekolah. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
Kadang-kadang terbuat sesuatu yang tak patut pada anak, kadang-kadang terlepas marah pada anak. Lepas tu, rasa menyesal yang amat. Mak ayah, apa perkara yang korang pernah buat pada anak dan rasa bersalah sangat selepas tu?
Показать все...
😢 Rugi jika ayah tak menjadi insan yang dekat dengan anak. 🍁 Bagi anak perempuan, ayah adalah gambaran awal bagaimana dia melihat seorang lelaki. 🍁 Bagi anak lelaki, ayah ialah contoh untuk dia menjadi seorang pemimpin. 🍁 Maskulin seorang ayah tak dilihat pada kerasnya sifat atau tingginya nada suara atau kuatnya hentakan tangan. 🍁 Bukan juga dengan diam yang sunyi di dalam rumah. Sehingga anak takut untuk menyebut, “Saya sayang ayah.” #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
😥 Anak belum pandai menulis? 🍓 Usia 13 bulan - boleh mula menconteng 🍓 Usia 2 tahun - menconteng berbentuk bulatan 🍓 Usia 2.5 tahun - boleh lukis garis menegak “I” 🍓 Usia 3 tahun - boleh lukis bulatan 🍓 Usia 4 tahun - boleh lukis segi empat 🍓 Usia 5 tahun - boleh lukis “X” (pangkah) Kemahiran motor halus (fine motor) boleh ditingkatkan dengan aktiviti yang sesuai. Nak belajar menulis pun ada prosesnya. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...
🥰 Nak anak belajar menulis? 👉🏻 Latih dulu kebolehan ‘Visual Discrimination’ anak. • iaitu kebolehan untuk kenal pasti bentuk, objek dan simbol. Aktiviti untuk latih anak: 🥕 Cari objek atau perkataan yang tersembunyi dalam gambar. 🥕 Susun pakaian ikut kategori (seluar dengan seluar, stokin dengan stokin). 🥕 Cari perbezaan antara 2 gambarajah (Spot the difference games). 🥕 Ambil majalah dan minta anak bulatkan semua huruf ‘A’. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Показать все...