Astro AWANI
Ir al canal en Telegram
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
Mostrar más2025 año en números

79 083
Suscriptores
-1224 horas
-1517 días
-47530 días
Archivo de publicaciones
Hari ini 627 tahun yang lalu, Timur menakluk Delhi dengan cukup kejam.
Puncanya adalah apabila Timur, pengasas & pemerintah Empayar Timurid, melihat kerajaan dinasti Tughluk pimpinan Sultan Nasiruddin Mohammad Shah terlalu berlembut dengan orang Hindu. Maka di mata Timur, kerajaan yang lemah ini perlu diganti.
Sesampainya di Delhi, angkatan Timur terbeban dengan rampasan perang yang berkoyan-koyan & deretan tawanan perang diheret bersama. Untuk meringankan tanggungan, maka diarahkan supaya seluruh 100,000 orang tawanan perang itu dibunuh.
Sultan Nasiruddin mengerahkan segala kekuatan terakhirnya untuk menghalang kemaraan Timur, maka bertembungkan kedua-dua angkatan pada 17 Disember 1398. Dikatakan Timur datang dengan hampir 100,000 tentera berkuda.
Namun tentera Timur berdepan dengan ‘senjata’ yang tidak pernah didepani sebelum itu - gajah. Gajah-gajah perang Tughluk itu dipakaikan dengan baju rantai & dilumur racun pada gadingnya. Sukar untuk ditumbangkan, tetapi tidak mustahil buat Timur.
Mengetahui gajah sejenis mahkluk yang mudah panik, lalu diarahkan supaya parit dikorek sebagai penampan & dimuatkan pada setiap unta yang dibawa dengan kayu & jerami. Tatkala gajah-gajah India itu mara, jerami & kayu pada unta-unta itu dibakar.
Unta-unta yang terbakar menggelepar berlari bertempiaran menyebabkan gajah cemas, berpatah balik & merempuh barisan tentera seangkatannya di belakang. Kemenangan di Delhi disifatkan sebagai antara kejayaan terbesar Timur.
Selama 15 hari kota itu dirompak, dihancurkan & penghuninya dibunuh sebelum Timur pulang ke Samarkand bersama ribuan hamba membawa segala harta kekayaan yang dikaut.
Sumber: Britannica, Maps of India
#PeristiwaHariIni
❤ 6🔥 5
Photo unavailableShow in Telegram
Syarikat telekomunikasi negara perlu menyesuaikan struktur dan model perniagaan bagi menghadapi cabaran baharu, selari perkembangan pesat teknologi komunikasi global, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata kemunculan teknologi seperti komunikasi kuantum, penyulitan kuantum dan komunikasi satelit dijangka mengubah landskap industri dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, sekali gus menuntut penyesuaian segera daripada pemain industri.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syarikat-telekomunikasi-perlu-berubah-hadapi-cabaran-teknologi-baharu-fahmi-551981
#AWANInews
👎 26❤ 5👍 1🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Walaupun hanya berbaki kira-kira dua minggu sebelum tawaran diskaun saman 50 peratus oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berakhir pada 30 Dis ini, hampir 4.9 juta saman melibatkan jumlah RM1.4 bilion masih belum dijelaskan.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata sejak tawaran diskaun itu bermula 1 Nov lepas, hanya kira-kira 520,000 saman melibatkan jumlah RM70 juta telah diselesaikan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/49-juta-saman-jpj-belum-dijelaskan-walaupun-diskaun-50-peratus-hampir-tamat-551983
#AWANInews
👎 18🔥 5❤ 1👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bekas Menteri Wilayah di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, menegaskan beliau akan terus memberikan sokongan penuh kepada agenda MADANI serta dasar-dasar reformasi yang sedang dan akan dilaksanakan demi negara dan rakyat.
Beliau merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan untuk memimpin portfolio Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-zaliha-akan-terus-sokong-agenda-madani-551986
#AWANInews
👎 51👍 13👏 5❤ 3
Photo unavailableShow in Telegram
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada Dr Mohammed Taufiq Johari atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam Kabinet Kerajaan MADANI yang baharu seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Selasa.
Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi bersama-sama ahli jawatankuasa eksekutif dan petugas FAM turut merakamkan penghargaan kepada Hannah Yeoh atas khidmat beliau memimpin Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak Disember 2022.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/fam-ucap-tahniah-kepada-dr-mohammed-taufiq-hargai-sumbangan-hannah-551991
#AWANInews
👎 47👍 8❤ 5🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Sebuah Lamborghini Huracan bernilai lebih RM4 juta antara 78 kenderaan mewah yang disita dalam Ops Luxury 4.0 di seluruh negara sejak Jumaat lepas hingga semalam, kerana tidak mempunyai perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata LKM kereta berkenaan tidak diperbaharui sejak Disember tahun lepas dengan tunggakan berjumlah RM35,760.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gagal-perbaharui-lkm-jpj-sita-lamborghini-huracan-bernilai-rm4-juta-551993
#AWANInews
👍 21❤ 3🔥 3👎 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan Negeri Melaka berharap kesemua cadangan pelaksanaan 10 resolusi utama berkaitan disiplin, sahsiah dan kesejahteraan pelajar termasuk hukuman rotan terhadap mereka yang terlibat dalam salah laku seperti buli dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata cadangan pelaksanaan resolusi itu telah dibawa pada peringkat Kementerian Pendidikan dan ia kini dalam peringkat penelitian secara menyeluruh pihak berkenaan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/resolusi-tangani-disiplin-pelajar-di-melaka-termasuk-rotan-diharap-dilaksana-tahun-depan-551982
#AWANInews
👍 28🔥 4❤ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Polis DIraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kejadian tembakan yang berlaku di Durian Tunggal,Melaka disahkan sebagai kes bunuh.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
👎 31👍 5🔥 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Seorang remaja Palestin ditembak mati tentera Israel (IDF) di bandar Tuqu’, di wilayah Tebing Barat yang diduduki, menurut Kementerian Kesihatan Palestin dan disahkan pihak tentera Israel.
Menurut laporan The Times of Israel, IDF berkata kejadian berlaku semasa operasi ketenteraan di kawasan tersebut pada Isnin, apabila 'rusuhan' tercetus dan batu dibaling ke arah pasukan tentera.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/remaja-palestin-maut-ditembak-selepas-didakwa-baling-batu-ke-arah-tentera-israel-551976
#AWANInews
👎 28❤ 4🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Inilah senarai Kabinet Kerajaan MADANI yang baharu, menampilkan gabungan kepimpinan berpengalaman dan wajah baharu bagi memperkukuh tadbir urus negara serta meneruskan agenda reformasi.
#AWANInews
👎 60❤ 6👏 4👍 2
Photo unavailableShow in Telegram
Siasatan polis terhadap kes tembakan melibatkan tiga lelaki yang disyaki perompak di Durian Tunggal, Melaka bulan lalu telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan arahan itu pada hari ini selepas meneliti laporan yang dikemukakan polis berhubung kes berkenaan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/agc-arah-kes-tembak-durian-tunggal-diklasifikasikan-semula-sebagai-kes-bunuh-551975
#AWANInews
👎 30🔥 2👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing dikategorikan dalam Tahap Buruk susulan amaran hujan berterusan sehingga lusa di negeri ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata keadaan itu berisiko menyebabkan banjir besar, banjir kilat, peningkatan mendadak paras sungai serta gangguan kepada jalan utama dan operasi lapangan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amaran-hujan-berterusan-segamat-kluang-kota-tinggi-dan-mersing-dalam-tahap-buruk-551971
#AWANInews
🔥 9❤ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Papazola The Movie berjaya meraih kutipan melebihi 10 juta & terima kasih kepada semua yang menonton!
#PapaZolaTheMovie
#AWANInews
❤ 41👏 16👍 3
Photo unavailableShow in Telegram
Bayi lelaki yang dibuang di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut pada Ahad lalu dilaporkan berada dalam keadaan sihat manakala ibunya masih lemah dan sedang menerima rawatan di hospital.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Maizura Ngah Abd Manan berkata, pegawai JKM telah melawat ibu dan bayi berkenaan pada Isnin.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-sumbang-mahram-bayi-sihat-ibu-masih-lemah-551941
#AWANInews
👎 13❤ 4🔥 4
Photo unavailableShow in Telegram
Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa 1 Jan 2026, sesuai dengan perkembangan rangkaian pengangkutan awam serta bagi memastikan perkhidmatan yang lebih stabil dan mampan untuk jangka panjang.
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelarasan itu merupakan yang pertama sejak 2009, mengambil kira peningkatan kos operasi dan penyelenggaraan dari tahun ke tahun, di samping komitmen berterusan syarikat itu untuk memastikan piawaian keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/prasarana-umum-pelarasan-harga-pas-perjalanan-rapid-kl-mulai-1-jan-2026-551949
#AWANInews
🔥 6👎 2👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Jawatankuasa Siasatan Bebas yang ditubuhkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak dapat mengesahkan individu bertanggungjawab dalam kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
👎 41🔥 4❤ 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari, antara wajah baharu politik nasional mewakili generasi muda di Dewan Rakyat, dilantik sebagai menteri penuh dengan menerajui Kementerian Belia dan Sukan.
Pelantikan Mohammed Dr Taufiq itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet Kerajaan MADANI, bagi mengisi beberapa jawatan yang dikosongkan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-rombakan-kabinet-ini-profil-menteri-belia-dan-sukan-baharu-dr-mohammed-taufiq-johari-551958
#AWANInews
👎 28👍 24🔥 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan tetap meneruskan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape dengan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenainya dijangka dibentang pada awal tahun hadapan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata MJM itu kini sedang dimuktamadkan untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri, selepas pembentangan tidak sempat dilakukan pada mesyuarat Kabinet sebelum ini.
"Memang kita ke arah pengharaman, isu pokoknya adalah bila. Saya yakin seberapa segera, seperti yang pernah saya katakan iaitu pada pertengahan 2026 atau selewatnya-lewatnya hujung tahun hadapan," katanya.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengharaman-vape-kekal-memorandum-jemaah-menteri-dibentang-awal-tahun-dr-dzulkefly-551929
👍 32👎 5❤ 4🔥 4
