Astro AWANI
Kanalga Telegramβda oβtish
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
Ko'proq ko'rsatish2025 yil raqamlarda

79 083
Obunachilar
-1224 soatlar
-1517 kunlar
-47530 kunlar
Postlar arxiv
Photo unavailableShow in Telegram
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya hingga waspada yang dijangka melanda beberapa negeri bermula hari ini hingga esok.
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berkata amaran tahap bahaya yang dikeluarkan pada 8.45 pagi itu melibatkan Pahang khususnya di Kuantan, Pekan dan Rompin.
Beliau berkata amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Pahang (Jerantut, Maran dan Bera), Terengganu (Dungun dan Kemaman), Johor (Segamat, Kluang , Mersing dan Kota Tinggi).
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amaran-hujan-berterusan-tahap-bahaya-buruk-di-pantai-timur-dan-johor-hingga-esok-552044
β€ 5π₯ 4π 1
Photo unavailableShow in Telegram
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan pada Selasa pengurangan harga tiket Piala Dunia bagi peminat setia pasukan selepas menerima kritikan hebat berhubung harga yang terlalu tinggi.
Langkah itu menyaksikan sebahagian peminat berpeluang mendapatkan tiket perlawanan akhir pada harga serendah AS$60 (RM245) berbanding harga asal sehingga AS$4,185 (RM19,669.50).
Dalam kenyataan pada Selasa, FIFA memaklumkan tiket berharga AS$60 (RM245) akan disediakan untuk setiap perlawanan di kejohanan yang berlangsung di Amerika Utara, melalui peruntukan kepada persekutuan bola sepak negara yang bertanding.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/fifa-akur-kritikan-hebat-turunkan-harga-tiket-piala-dunia-552030
π₯ 10β€ 3
Photo unavailableShow in Telegram
Peguam kepada ahli perniagaan, Albert Tei menegaskan rakaman kamera badan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa serbuan pada 28 November lalu disahkan wujud, sekali gus menimbulkan persoalan mengapa rakaman itu masih belum didedahkan kepada umum.
Dalam kenyataan pada Rabu, Mahajoth Singh berkata, pengesahan kewujudan rakaman kamera badan itu diperoleh semasa sesi soal siasat yang dijalankan di kediaman anak guamnya, apabila pegawai polis menunjukkan imej pegun yang diekstrak daripada rakaman berkenaan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peguam-alberi-tei-desak-rakaman-kamera-badan-pegawai-sprm-didedah-segera-kepada-umum-552049
π 19π₯ 4π 2β€ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) disifatkan sebagai keputusan yang tepat dan strategik demi kepentingan ekonomi negara.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pengalaman luas Johari dalam sektor korporat dan pentadbiran kewangan negara menjadi aset penting untuk menerajui kementerian berkenaan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelantikan-johari-abdul-ghani-sebagai-menteri-miti-disifatkan-tepat-552036
π 22β€ 6π 5
Photo unavailableShow in Telegram
Sebanyak tujuh menteri serta lapan timbalan menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu, dijangka berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada pagi Rabu.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio, berikutan kekosongan dalam Kabinet Kerajaan MADANI dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tujuh-menteri-lapan-timbalan-menteri-angkat-sumpah-hari-ini-552042
π 26β€ 8π 5π 2
Photo unavailableShow in Telegram
Petarung Muay Thai negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, muncul prospek emas selepas mengesahkan tempat ke final acara lelaki 57 kilogram (kg) pada Sukan SEA Thailand 2025 dan bakal berdepan wakil tuan rumah, Suphakon Sirilun hari ini.
Mikail atau mesra disapa Miki mara ke pentas final selepas menewaskan wakil Laos, Thongbang Seuaphom dalam aksi separuh akhir di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok pada Selasa.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-thailand-miki-ghazali-prospek-emas-552026
β€ 15π 7π 5
Photo unavailableShow in Telegram
Ibu kepada Zara Qairina Mahathir, yang selama ini mendapat sokongan padu daripada aktivis Ustazah Marhamah Rosli, mengucapkan tahniah kepada tokoh berkenaan atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Noraidah Lamat, 45, menzahirkan penghargaan itu menerusi hantaran di Facebook, sambil mengimbas jasa dan sokongan yang diberikan Marhamah sepanjang tempoh sukar yang dihadapinya.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tahniah-marhamah-rosli-banyak-jasa-kepada-saya-ibu-zara-qairina-552018
β€ 32π 7π 1π 1
Hari ini 627 tahun yang lalu, Timur menakluk Delhi dengan cukup kejam.
Puncanya adalah apabila Timur, pengasas & pemerintah Empayar Timurid, melihat kerajaan dinasti Tughluk pimpinan Sultan Nasiruddin Mohammad Shah terlalu berlembut dengan orang Hindu. Maka di mata Timur, kerajaan yang lemah ini perlu diganti.
Sesampainya di Delhi, angkatan Timur terbeban dengan rampasan perang yang berkoyan-koyan & deretan tawanan perang diheret bersama. Untuk meringankan tanggungan, maka diarahkan supaya seluruh 100,000 orang tawanan perang itu dibunuh.
Sultan Nasiruddin mengerahkan segala kekuatan terakhirnya untuk menghalang kemaraan Timur, maka bertembungkan kedua-dua angkatan pada 17 Disember 1398. Dikatakan Timur datang dengan hampir 100,000 tentera berkuda.
Namun tentera Timur berdepan dengan βsenjataβ yang tidak pernah didepani sebelum itu - gajah. Gajah-gajah perang Tughluk itu dipakaikan dengan baju rantai & dilumur racun pada gadingnya. Sukar untuk ditumbangkan, tetapi tidak mustahil buat Timur.
Mengetahui gajah sejenis mahkluk yang mudah panik, lalu diarahkan supaya parit dikorek sebagai penampan & dimuatkan pada setiap unta yang dibawa dengan kayu & jerami. Tatkala gajah-gajah India itu mara, jerami & kayu pada unta-unta itu dibakar.
Unta-unta yang terbakar menggelepar berlari bertempiaran menyebabkan gajah cemas, berpatah balik & merempuh barisan tentera seangkatannya di belakang. Kemenangan di Delhi disifatkan sebagai antara kejayaan terbesar Timur.
Selama 15 hari kota itu dirompak, dihancurkan & penghuninya dibunuh sebelum Timur pulang ke Samarkand bersama ribuan hamba membawa segala harta kekayaan yang dikaut.
Sumber: Britannica, Maps of India
#PeristiwaHariIni
β€ 6π₯ 5
Photo unavailableShow in Telegram
Syarikat telekomunikasi negara perlu menyesuaikan struktur dan model perniagaan bagi menghadapi cabaran baharu, selari perkembangan pesat teknologi komunikasi global, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata kemunculan teknologi seperti komunikasi kuantum, penyulitan kuantum dan komunikasi satelit dijangka mengubah landskap industri dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, sekali gus menuntut penyesuaian segera daripada pemain industri.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syarikat-telekomunikasi-perlu-berubah-hadapi-cabaran-teknologi-baharu-fahmi-551981
#AWANInews
π 26β€ 5π 1π₯ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Walaupun hanya berbaki kira-kira dua minggu sebelum tawaran diskaun saman 50 peratus oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berakhir pada 30 Dis ini, hampir 4.9 juta saman melibatkan jumlah RM1.4 bilion masih belum dijelaskan.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata sejak tawaran diskaun itu bermula 1 Nov lepas, hanya kira-kira 520,000 saman melibatkan jumlah RM70 juta telah diselesaikan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/49-juta-saman-jpj-belum-dijelaskan-walaupun-diskaun-50-peratus-hampir-tamat-551983
#AWANInews
π 18π₯ 5β€ 1π 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bekas Menteri Wilayah di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, menegaskan beliau akan terus memberikan sokongan penuh kepada agenda MADANI serta dasar-dasar reformasi yang sedang dan akan dilaksanakan demi negara dan rakyat.
Beliau merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan untuk memimpin portfolio Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-zaliha-akan-terus-sokong-agenda-madani-551986
#AWANInews
π 51π 13π 5β€ 3
Photo unavailableShow in Telegram
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada Dr Mohammed Taufiq Johari atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam Kabinet Kerajaan MADANI yang baharu seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Selasa.
Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi bersama-sama ahli jawatankuasa eksekutif dan petugas FAM turut merakamkan penghargaan kepada Hannah Yeoh atas khidmat beliau memimpin Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak Disember 2022.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/fam-ucap-tahniah-kepada-dr-mohammed-taufiq-hargai-sumbangan-hannah-551991
#AWANInews
π 47π 8β€ 5π₯ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Sebuah Lamborghini Huracan bernilai lebih RM4 juta antara 78 kenderaan mewah yang disita dalam Ops Luxury 4.0 di seluruh negara sejak Jumaat lepas hingga semalam, kerana tidak mempunyai perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata LKM kereta berkenaan tidak diperbaharui sejak Disember tahun lepas dengan tunggakan berjumlah RM35,760.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gagal-perbaharui-lkm-jpj-sita-lamborghini-huracan-bernilai-rm4-juta-551993
#AWANInews
π 21β€ 3π₯ 3π 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan Negeri Melaka berharap kesemua cadangan pelaksanaan 10 resolusi utama berkaitan disiplin, sahsiah dan kesejahteraan pelajar termasuk hukuman rotan terhadap mereka yang terlibat dalam salah laku seperti buli dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata cadangan pelaksanaan resolusi itu telah dibawa pada peringkat Kementerian Pendidikan dan ia kini dalam peringkat penelitian secara menyeluruh pihak berkenaan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/resolusi-tangani-disiplin-pelajar-di-melaka-termasuk-rotan-diharap-dilaksana-tahun-depan-551982
#AWANInews
π 28π₯ 4β€ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Polis DIraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kejadian tembakan yang berlaku di Durian Tunggal,Melaka disahkan sebagai kes bunuh.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
π 31π 5π₯ 1π 1
Photo unavailableShow in Telegram
Seorang remaja Palestin ditembak mati tentera Israel (IDF) di bandar Tuquβ, di wilayah Tebing Barat yang diduduki, menurut Kementerian Kesihatan Palestin dan disahkan pihak tentera Israel.
Menurut laporan The Times of Israel, IDF berkata kejadian berlaku semasa operasi ketenteraan di kawasan tersebut pada Isnin, apabila 'rusuhan' tercetus dan batu dibaling ke arah pasukan tentera.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/remaja-palestin-maut-ditembak-selepas-didakwa-baling-batu-ke-arah-tentera-israel-551976
#AWANInews
π 28β€ 4π₯ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Inilah senarai Kabinet Kerajaan MADANI yang baharu, menampilkan gabungan kepimpinan berpengalaman dan wajah baharu bagi memperkukuh tadbir urus negara serta meneruskan agenda reformasi.
#AWANInews
π 60β€ 6π 4π 2
Photo unavailableShow in Telegram
Siasatan polis terhadap kes tembakan melibatkan tiga lelaki yang disyaki perompak di Durian Tunggal, Melaka bulan lalu telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan arahan itu pada hari ini selepas meneliti laporan yang dikemukakan polis berhubung kes berkenaan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/agc-arah-kes-tembak-durian-tunggal-diklasifikasikan-semula-sebagai-kes-bunuh-551975
#AWANInews
π 30π₯ 2π 1
