fa
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

رفتن به کانال در Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

نمایش بیشتر
2025 سال در اعدادsnowflakes fon
card fon
79 123
مشترکین
-2124 ساعت
-1757 روز
-51930 روز
آرشیو پست ها
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan Negeri Johor menasihatkan seluruh penduduk terutama di empat daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi sentiasa berwaspada dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang dijangka berlaku bermula Jumaat ini hingga Isnin minggu hadapan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/onn-hafiz-mohon-rakyat-johor-peka-perkembangan-cuaca-semasa-552835 #AWANInews
نمایش همه...
10👎 4
Photo unavailableShow in Telegram
Kejayaan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjuarai Kejohanan Dunia 2025 di Paris, Ogos lepas menjadi pencapaian paling bermakna dalam arena sukan tanah air meskipun diwarnai pelbagai drama dan turun naik. Kemenangan ke atas wakil China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada aksi final menyaksikan Tang Jie-Ee Wei melakar sejarah menjadi beregu campuran negara pertama mengecap kejayaan di pentas dunia selain muncul wakil kedua merangkul kejuaraan itu selepas beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada edisi 2022 di Tokyo. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/kecemerlangan-tang-jieee-wei-rangkul-gelaran-dunia-warnai-kalendar-sukan-negara-2025-552760 #AWANInews
نمایش همه...
👍 12 5👏 3
01:00
Video unavailableShow in Telegram
Video sorotan utama SIGGRAPH Asia 2025 yang telah berlangsung di Hong Kong pada 15 hingga 18 Disember 2025. Sebagai persidangan ACM SIGGRAPH ke-18 di Asia, acara berprestij ini menghimpunkan penyelidik, pembangun, artis, pencipta kandungan dan pemain industri global dalam bidang computer graphics, interactive techniques, AI, XR, animasi dan gaming. Dengan Tema Generative Renaissance, acara tersebut memberi fokus kepada bagaimana AI generatif mentransformasi kreativiti, seni dan sains, melahirkan bentuk ekspresi baharu serta inovasi yang merentas industri. Dengan ekosistem inovasi yang dinamik dan sokongan kuat industri, Hong Kong sekali lagi menjadi pentas untuk mempamerkan teknologi dan idea yang membentuk masa depan dunia digital & kreatif. #SIGGRAPHAsia #SIGGRAPHAsia2025 #GenerativeRenaissance
نمایش همه...
SIGGRAPH ASIA 2025_HIGHLIGTS.mp483.99 MB
👍 5 2👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Tiga pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh, Kluang, Johor mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, apabila merangkul pingat emas Kategori Idea Kreatif (Tingkatan Rendah) pada Olimpiad Robot Antarabangsa ke-27 (IRO 2025) di Gold Coast, Australia. Kejayaan itu dicapai menerusi ciptaan robot "rover", yang direka untuk mengkaji permukaan Marikh, sekali gus menewaskan pasukan dari 15 negara lain dalam pertandingan berprestij berkenaan. Guru pengiring pasukan Muhammad Fakhri Che Lah berkata kejayaan tersebut di luar jangkaan tersebut, merupakan hasil persediaan rapi yang dilakukan murid-muridnya sepanjang tahun ini. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dari-bilik-darjah-desa-ke-pentas-dunia-tiga-murid-orang-asli-raih-emas-robotik-antarabangsa-552829 #AWANInews
نمایش همه...
45👍 16👏 8
Photo unavailableShow in Telegram
Ketua Turus Tentera Libya, Mohammed Ali Ahmed Al-Haddad, disahkan maut dalam nahas pesawat pada Selasa ketika dalam perjalanan pulang dari ibu negara Turkiye, Ankara, menurut Perdana Menteri Libya bagi kerajaan yang diiktiraf antarabangsa, Abdulhamid Dbeibah. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
نمایش همه...
🔥 5👍 3
Photo unavailableShow in Telegram
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mendedahkan satu lagi bahagian fail berkaitan kes pembiaya kewangan, mendiang Jeffrey Epstein, lapor Sputnik/RIA Novosti. Koleksi bahan baharu itu, yang dinamakan sebagai DataSet 8, mengandungi lebih 10,000 fail individu termasuk 10,595 dokumen PDF, 419 rakaman video, 16 lembaran hamparan dan empat fail audio. Jumlah keseluruhan bahan yang diterbitkan itu melebihi 10 gigabait. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/jabatan-keadilan-dedah-lebih-10000-fail-baharu-kes-epstein-552831 #AWANInews
نمایش همه...
🔥 7 3👍 1👎 1
Photo unavailableShow in Telegram
Sempena sambutan Krismas, Yayasan TZA menyumbangkan tiga mesin fototerapi kepada Hospital Ampang, di sini sebagai usaha menyokong rawatan bayi yang mengalami jaundis agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan selesa. Penasihatnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berharap bantuan itu dapat meningkatkan lagi keupayaan hospital dalam merawat bayi jaundis, selain memberi sedikit kelegaan emosi kepada keluarga yang terlibat. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/yayasan-tza-sumbang-tiga-mesin-fototerapi-bagi-rawatan-jaundis-di-hospital-ampang-552828 #AWANInews
نمایش همه...
👍 9👏 3
Photo unavailableShow in Telegram
Ketibaan pelancong asing ke Thailand bagi tempoh 1 Jan hingga 21 Dis 2025 menurun 7.25 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan negara itu. Dalam kenyataan pada Selasa, kementerian memaklumkan sebanyak 31.76 juta pelancong asing telah melawat Thailand sepanjang tempoh tersebut. Malaysia kekal sebagai penyumbang terbesar dengan 4.38 juta pelawat, diikuti rapat oleh China dengan 4.36 juta pelawat. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/ketibaan-pelancong-asing-ke-thailand-turun-725-malaysia-kekal-penyumbang-utama-552785 #AWANInews
نمایش همه...
👍 8🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Aliff Firdaus Abd Hadi menegaskan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Asheeq Ali Sethi Alivi tidak perlu mencampuri urusan UMNO berhubung dakwaan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh yang didakwa bersikap pilih kasih dalam isu Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Aliff berkata AMK Wilayah Persekutuan tidak perlu mengajar mengenai pendirian parti, sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai biadap dan tidak menghormati situasi yang sedang dihadapi UMNO. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/titah-adendum-jangan-campur-urusan-kami-pemuda-umno-wp-selar-kenyataan-amk-552780 #AWANInews
نمایش همه...
👍 20👎 12🔥 4👏 2
Photo unavailableShow in Telegram
Wanita Palestin yang ditahan di Penjara Damon di Haifa berdepan penderaan, termasuk dipukul dan dipaksa menanggalkan tudung, menurut Pejabat Media Tahanan pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi. Dalam satu kenyataan, pejabat itu menjelaskan, pengawal penjara memaksa wanita yang ditahan keluar ke kawasan lapang, menyuruh mereka duduk di atas tanah, menanggalkan tudung mereka dan melakukan serangan fizikal. Anjing serta bom denyar turut digunakan terhadap wanita, menurut kenyataan itu, sambil menyifatkan tindakan berkenaan sebagai "pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan norma kemanusiaan". Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-palestin-hadapi-penderaan-di-penjara-israel-pejabat-media-552824 #AWANInews
نمایش همه...
🔥 19👎 8👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kebakaran yang mengorbankan seorang wanita dan anak angkatnya di Taman Rathna, Telok Air Tawar, Butterworth pada 10 Dis, dipercayai dilakukan oleh anak lelaki mangsa. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-rentung-kebakaran-dilakukan-anak-mangsa-polis-552786 #AWANInews
نمایش همه...
🔥 8
Photo unavailableShow in Telegram
Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan dakwaan kononnya keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berkaitan titah adendum telah mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri (YdPN) berhubung kuasa pengampunan, adalah tidak benar sama sekali. Menurut AGC, dakwaan berkenaan tidak mencerminkan alasan sebenar yang telah dihuraikan oleh Mahkamah Tinggi dalam keputusannya. Jelas jabatan itu, Mahkamah Tinggi telah menegaskan bahawa kuasa pengampunan merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YdPA) yang dijamin di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana yang telah diputuskan dalam keputusan terdahulu Mahkamah Atasan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/titah-adendum-agc-nafi-dakwaan-keputusan-mahkamah-kurangkan-kuasa-pengampunan-rajaraja-552806 #AWANInews
نمایش همه...
👎 37👍 12
Photo unavailableShow in Telegram
Polis membongkar makmal haram memproses syabu dalam sebuah kebun durian di Jalan Teluk Bahang, di sini selepas menahan tiga lelaki warga asing dan merampas 1.2 tan pelbagai jenis dadah bernilai RM38 juta dalam siri serbuan di Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata berdasarkan maklumat risikan, sepasukan polis JSJN Bukit Aman menyerbu sebuah unit kondominium di Jalan Gurdwara, George Town pada 20 Dis dan menahan tiga lelaki warga asing berusia 32 hingga 38 tahun. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-bongkar-makmal-proses-syabu-dalam-kebun-durian-12-tan-dadah-dirampas-552774 #AWANInews
نمایش همه...
👍 15🔥 3 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan Wilayah Sumatera Barat, Indonesia menamatkan status darurat bencana dan beralih kepada fasa pemulihan pasca bencana selepas menilai keadaan semasa di lapangan susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah itu pada akhir November lalu. Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi Ansharullah berkata, tumpuan utama kini adalah mempercepatkan penilaian kerosakan dan kerugian selain memulihkan perkhidmatan asas kepada komuniti terjejas. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/banjir-sumatera-barat-tamatkan-status-darurat-fokus-fasa-pemulihan-pasca-bencana-552771 #AWANInews
نمایش همه...
🔥 5
Photo unavailableShow in Telegram
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang bersetuju meningkatkan rebat cukai tanah bagi 2026 daripada 32.5 peratus sebelum ini, kepada 50 peratus bagi meringankan beban pemilik tanah dan memastikan peralihan kepada kadar baharu cukai tanah dilaksanakan secara berperingkat serta terkawal. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pemberian rebat cukai tanah itu tertakluk kepada kadar minimum yang ditetapkan, dan kadar baharu cukai tanah akan kekal sekurang-kurangnya 10 tahun seperti diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara (Akta 828). #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pulau-pinang-naikkan-rebat-cukai-tanah-50-peratus-bagi-2026-chow-552775
نمایش همه...
👍 12🔥 7 4👎 3
01:15
Video unavailableShow in Telegram
SIGGRAPH 2025 | Teknologi Paling 'Mind-Blown' Di SIGGRAPH 2025 Hong Kong, terdapat satu teknologi yang benar-benar ‘mind-blowing’ iaitu Vicon Markerless Motion Capture. Tanpa sut atau marker fizikal, teknologi ini mampu merakam pergerakan manusia secara tepat & masa nyata. Ia sesuai untuk virtual production, permainan video, acara langsung dan animasi karakter digital. Integrasi yang pantas dalam pipeline produksi, setup yang lebih ringkas, data berkualiti tinggi, memberi kebebasan kreatif maksimum dan hasil produksi yang pantas serta sedia siar. #SIGGRAPHAsia #SIGGRAPHAsia2025
نمایش همه...
SIGGRAPH ASIA 2025_MIND-BLOWN.mp4110.90 MB
👏 4 1👎 1
Photo unavailableShow in Telegram
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan nilai sitaan, kompaun, lucut hak dan pemulihan aset mencecah RM8.4 bilion dalam tempoh 11 bulan tahun ini. SPRM dalam kenyataan berkata, statistik itu direkodkan setakat November. Menurut kenyataan itu, daripada jumlah itu, sitaan aset mencatat nilai tertinggi melibatkan RM6.82 bilion iaitu sebanyak RM6.26 bilion dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), manakala RM566.77 juta disita mengikut Akta SPRM 2009. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-rekod-nilai-sitaan-kompaun-pulih-aset-rm84-bilion-552765
نمایش همه...
👎 13👍 12
Photo unavailableShow in Telegram
Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala seorang lagi masih hilang selepas pesawat milik Tentera Laut Mexico terhempas di perairan berhampiran Galveston, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin ketika menjalankan misi kemanusiaan pemindahan perubatan. Menurut kenyataan rasmi Tentera Laut Mexico, pesawat jenis Beechcraft King Air 350i itu membawa lapan individu, empat anggota tentera dan empat orang awam termasuk seorang kanak-kanak, dalam penerbangan dari Mérida, Yucatán menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Scholes, Galveston. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pesawat-tentera-laut-mexico-terhempas-di-texas-lima-maut-seorang-hilang-552769
نمایش همه...
🔥 7 6
Photo unavailableShow in Telegram
Polis mengesahkan wanita yang didakwa tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 mempunyai kad berkaitan masalah kesihatan mental. Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita itu merupakan warga tempatan. “Kita telah menahan wanita itu pada 18 Disember lalu. Pemeriksaan mendapati wanita tersebut mempunyai kad masalah kesihatan mental dan tindakan lanjut telah diambil dengan menyerahkannya ke Hospital Kajang,” katanya. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-terkandas-di-klia-diserah-ke-hospital-kajang-miliki-kad-mental-552773
نمایش همه...
👎 14 9👍 2🔥 2
01:03
Video unavailableShow in Telegram
“Jika dia mahu buat sesuatu, jika dia mahu bersikap garang, itulah kali terakhir dia boleh bersikap garang,” jawab Trump terhadap soalan yang diajukan oleh wartawan mengenai Maduro ketika di Florida. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan amaran baru kepada Presiden Venezuela Nicolás Maduro apabila Penjaga Pantai A.S. meningkatkan usaha untuk menghalang kapal tanker minyak di Laut Karibia. Trump dikelilingi oleh pembantu keselamatan negara teratasnya, Setiausaha Negara Marco Rubio dan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth ketika mencadangkan bahawa beliau masih bersedia untuk meningkatkan lagi kempen tekanannya selama empat bulan terhadap kerajaan Maduro. #AWANInews
نمایش همه...
TRUMP 23dis.mp4134.29 MB
👎 11 5🔥 4