en
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Open in Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Show more
2025 year in numberssnowflakes fon
card fon
79 123
Subscribers
-1324 hours
-1687 days
-49030 days
Posts Archive
Photo unavailableShow in Telegram
LHDN maklumkan RM18 bilion bayaran balik cukai telah diproses melibatkan 3.54 juta kes, baki RM1 bilion akan diselesaikan sebelum akhir Disember. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
Show all...
πŸ”₯ 11πŸ‘Ž 4πŸ‘ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi dan ujian urin yang dilakukan. "Saya tidak malu untuk nyatakan pegawai dan anggota polis turut terbabit di mana pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan yang kita tidak akan berkompromi dan tangkapan penjawat awam ini termasuklah guru dan sebagainya," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di Alor Setar pada Selasa. Adzli berkata, statistik kejayaan Kontinjen Kedah, merekod tangkapan berkaitan dadah sejak Januari hingga 21 Disember tahun ini sebanyak 26,907 kes berbanding tahun lalu hanya 23,759 kes. Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pegawai-anggota-polis-antara-77-penjawat-awam-ditahan-terbabit-dadah-pada-2025-552861 #AWANInews
Show all...
πŸ”₯ 11πŸ‘ 6❀ 3
Photo unavailableShow in Telegram
Pentadbiran Presiden Donald Trump dilaporkan memanggil semula hampir 30 diplomat kerjaya daripada jawatan duta dan kedudukan kanan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha merombak semula dasar diplomatik negara itu di luar negara selaras dengan agenda β€œAmerica First.” Menurut dua pegawai Jabatan Negara AS yang enggan dikenali, ketua misi di sekurang-kurangnya 29 negara dimaklumkan minggu lalu bahawa tempoh perkhidmatan mereka akan berakhir pada Januari 2026. Kesemua mereka dilantik ketika pentadbiran Presiden Joe Biden dan sebelum ini terselamat daripada pembersihan awal pada bulan-bulan pertama penggal kedua Trump yang menyasarkan lantikan politik. Baca lanjut: https://www.astroawani.com/.../pentadbiran-trump-gugurkan... #AWANInews
Show all...
πŸ‘Ž 16πŸ‘ 4❀ 2
Hari ini 111 tahun yang lalu, berlakunya Gencatan Senjata Krismas (The Christmas Truce) ketika Perang Dunia I. Apabila perang meletus pada Julai 1914, sebahagian besar tentera menyangka perang akan tamat sebelum Disember tahun sama. Namun menjelang Krismas, mereka masih berada di perbatasan, jauh dari keluarga & meringkuk dalam kesejukan. Pada malam Krismas, beberapa kelompok tentera Jerman, British, Perancis & Belgium di sepanjang Perbatasan Barat, juga beberapa lokasi di Perbatasan Timur, tiba-tiba mengadakan gencatan senjata untuk meraikan hari suci Kristian itu bersama. Tentera yang bermusuhan keluar dari perlindungan, bertemu di tengah medan pertempuran yang memisahkan mereka untuk saling bersalaman, berbual mesra, berkongsi makanan & minuman, bernyanyi malah didakwa ada yang bermain bola sepak beramai-ramai. Ada catatan menceritakan tentang tentera Jerman menggunakan lilin untuk menghias pokok Krismas sekitar parit mereka. Dikisahkan juga ada tentera British yang membuka kedai gunting rambut sementara dengan rokok sebagai bayaran. Di samping itu, mereka juga saling membantu mengumpulkan mayat rakan seperjuangan yang gugur & mengebumikannya bersama. Ada yang menganggap kisah ini sebagai mitos, tapi ia dicatatkan dalam banyak diari & surat oleh tentera yang terlibat. Ada tempat yang gencatan senjatanya berlaku dalam beberapa hari, ada yang satu malam sahaja. Jumlah mereka yang menyertai perhimpunan perayaan spontan ini diperdebatkan, namun catatan majalah Time menganggarkan sekitar 100,000 orang terlibat. Bagaimanapun insiden ini mengundang kemarahan para general perang masing-masing. Ada laporan menyatakan bahawa anggota tentera yang terlibat dalam gencatan senjata itu dihukum & perintah dikeluarkan supaya perkara sedemikian tak berlaku lagi. Ada memorial didirikan di England untuk memperingati peristiwa bersejarah itu. Pada 2014, pasukan bola sepak tentera England & Jerman mengadakan perlawanan persahabatan sempena ulang tahunnya yang ke-100. Sumber: History, Smithsonian Magazine, Imperial War Museum #PeristiwaHariIni #AWANInews
Show all...
❀ 16
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan Negeri Johor menasihatkan seluruh penduduk terutama di empat daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi sentiasa berwaspada dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang dijangka berlaku bermula Jumaat ini hingga Isnin minggu hadapan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/onn-hafiz-mohon-rakyat-johor-peka-perkembangan-cuaca-semasa-552835 #AWANInews
Show all...
❀ 10πŸ‘Ž 4
Photo unavailableShow in Telegram
Kejayaan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjuarai Kejohanan Dunia 2025 di Paris, Ogos lepas menjadi pencapaian paling bermakna dalam arena sukan tanah air meskipun diwarnai pelbagai drama dan turun naik. Kemenangan ke atas wakil China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada aksi final menyaksikan Tang Jie-Ee Wei melakar sejarah menjadi beregu campuran negara pertama mengecap kejayaan di pentas dunia selain muncul wakil kedua merangkul kejuaraan itu selepas beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada edisi 2022 di Tokyo. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/kecemerlangan-tang-jieee-wei-rangkul-gelaran-dunia-warnai-kalendar-sukan-negara-2025-552760 #AWANInews
Show all...
πŸ‘ 12❀ 5πŸ‘ 3
01:00
Video unavailableShow in Telegram
Video sorotan utama SIGGRAPH Asia 2025 yang telah berlangsung di Hong Kong pada 15 hingga 18 Disember 2025. Sebagai persidangan ACM SIGGRAPH ke-18 di Asia, acara berprestij ini menghimpunkan penyelidik, pembangun, artis, pencipta kandungan dan pemain industri global dalam bidang computer graphics, interactive techniques, AI, XR, animasi dan gaming. Dengan Tema Generative Renaissance, acara tersebut memberi fokus kepada bagaimana AI generatif mentransformasi kreativiti, seni dan sains, melahirkan bentuk ekspresi baharu serta inovasi yang merentas industri. Dengan ekosistem inovasi yang dinamik dan sokongan kuat industri, Hong Kong sekali lagi menjadi pentas untuk mempamerkan teknologi dan idea yang membentuk masa depan dunia digital & kreatif. #SIGGRAPHAsia #SIGGRAPHAsia2025 #GenerativeRenaissance
Show all...
SIGGRAPH ASIA 2025_HIGHLIGTS.mp483.99 MB
πŸ‘ 5❀ 2πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Tiga pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh, Kluang, Johor mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, apabila merangkul pingat emas Kategori Idea Kreatif (Tingkatan Rendah) pada Olimpiad Robot Antarabangsa ke-27 (IRO 2025) di Gold Coast, Australia. Kejayaan itu dicapai menerusi ciptaan robot "rover", yang direka untuk mengkaji permukaan Marikh, sekali gus menewaskan pasukan dari 15 negara lain dalam pertandingan berprestij berkenaan. Guru pengiring pasukan Muhammad Fakhri Che Lah berkata kejayaan tersebut di luar jangkaan tersebut, merupakan hasil persediaan rapi yang dilakukan murid-muridnya sepanjang tahun ini. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dari-bilik-darjah-desa-ke-pentas-dunia-tiga-murid-orang-asli-raih-emas-robotik-antarabangsa-552829 #AWANInews
Show all...
❀ 45πŸ‘ 16πŸ‘ 8
Photo unavailableShow in Telegram
Ketua Turus Tentera Libya, Mohammed Ali Ahmed Al-Haddad, disahkan maut dalam nahas pesawat pada Selasa ketika dalam perjalanan pulang dari ibu negara Turkiye, Ankara, menurut Perdana Menteri Libya bagi kerajaan yang diiktiraf antarabangsa, Abdulhamid Dbeibah. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
Show all...
πŸ”₯ 5πŸ‘ 3
Photo unavailableShow in Telegram
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mendedahkan satu lagi bahagian fail berkaitan kes pembiaya kewangan, mendiang Jeffrey Epstein, lapor Sputnik/RIA Novosti. Koleksi bahan baharu itu, yang dinamakan sebagai DataSet 8, mengandungi lebih 10,000 fail individu termasuk 10,595 dokumen PDF, 419 rakaman video, 16 lembaran hamparan dan empat fail audio. Jumlah keseluruhan bahan yang diterbitkan itu melebihi 10 gigabait. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/jabatan-keadilan-dedah-lebih-10000-fail-baharu-kes-epstein-552831 #AWANInews
Show all...
πŸ”₯ 7❀ 3πŸ‘ 1πŸ‘Ž 1
Photo unavailableShow in Telegram
Sempena sambutan Krismas, Yayasan TZA menyumbangkan tiga mesin fototerapi kepada Hospital Ampang, di sini sebagai usaha menyokong rawatan bayi yang mengalami jaundis agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan selesa. Penasihatnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berharap bantuan itu dapat meningkatkan lagi keupayaan hospital dalam merawat bayi jaundis, selain memberi sedikit kelegaan emosi kepada keluarga yang terlibat. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/yayasan-tza-sumbang-tiga-mesin-fototerapi-bagi-rawatan-jaundis-di-hospital-ampang-552828 #AWANInews
Show all...
πŸ‘ 9πŸ‘ 3
Photo unavailableShow in Telegram
Ketibaan pelancong asing ke Thailand bagi tempoh 1 Jan hingga 21 Dis 2025 menurun 7.25 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan negara itu. Dalam kenyataan pada Selasa, kementerian memaklumkan sebanyak 31.76 juta pelancong asing telah melawat Thailand sepanjang tempoh tersebut. Malaysia kekal sebagai penyumbang terbesar dengan 4.38 juta pelawat, diikuti rapat oleh China dengan 4.36 juta pelawat. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/ketibaan-pelancong-asing-ke-thailand-turun-725-malaysia-kekal-penyumbang-utama-552785 #AWANInews
Show all...
πŸ‘ 8πŸ”₯ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Aliff Firdaus Abd Hadi menegaskan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Asheeq Ali Sethi Alivi tidak perlu mencampuri urusan UMNO berhubung dakwaan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh yang didakwa bersikap pilih kasih dalam isu Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Aliff berkata AMK Wilayah Persekutuan tidak perlu mengajar mengenai pendirian parti, sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai biadap dan tidak menghormati situasi yang sedang dihadapi UMNO. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/titah-adendum-jangan-campur-urusan-kami-pemuda-umno-wp-selar-kenyataan-amk-552780 #AWANInews
Show all...
πŸ‘ 20πŸ‘Ž 12πŸ”₯ 4πŸ‘ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Wanita Palestin yang ditahan di Penjara Damon di Haifa berdepan penderaan, termasuk dipukul dan dipaksa menanggalkan tudung, menurut Pejabat Media Tahanan pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi. Dalam satu kenyataan, pejabat itu menjelaskan, pengawal penjara memaksa wanita yang ditahan keluar ke kawasan lapang, menyuruh mereka duduk di atas tanah, menanggalkan tudung mereka dan melakukan serangan fizikal. Anjing serta bom denyar turut digunakan terhadap wanita, menurut kenyataan itu, sambil menyifatkan tindakan berkenaan sebagai "pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan norma kemanusiaan". Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-palestin-hadapi-penderaan-di-penjara-israel-pejabat-media-552824 #AWANInews
Show all...
πŸ”₯ 19πŸ‘Ž 8πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kebakaran yang mengorbankan seorang wanita dan anak angkatnya di Taman Rathna, Telok Air Tawar, Butterworth pada 10 Dis, dipercayai dilakukan oleh anak lelaki mangsa. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-rentung-kebakaran-dilakukan-anak-mangsa-polis-552786 #AWANInews
Show all...
πŸ”₯ 8
Photo unavailableShow in Telegram
Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan dakwaan kononnya keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berkaitan titah adendum telah mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri (YdPN) berhubung kuasa pengampunan, adalah tidak benar sama sekali. Menurut AGC, dakwaan berkenaan tidak mencerminkan alasan sebenar yang telah dihuraikan oleh Mahkamah Tinggi dalam keputusannya. Jelas jabatan itu, Mahkamah Tinggi telah menegaskan bahawa kuasa pengampunan merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YdPA) yang dijamin di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana yang telah diputuskan dalam keputusan terdahulu Mahkamah Atasan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/titah-adendum-agc-nafi-dakwaan-keputusan-mahkamah-kurangkan-kuasa-pengampunan-rajaraja-552806 #AWANInews
Show all...
πŸ‘Ž 37πŸ‘ 12
Photo unavailableShow in Telegram
Polis membongkar makmal haram memproses syabu dalam sebuah kebun durian di Jalan Teluk Bahang, di sini selepas menahan tiga lelaki warga asing dan merampas 1.2 tan pelbagai jenis dadah bernilai RM38 juta dalam siri serbuan di Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata berdasarkan maklumat risikan, sepasukan polis JSJN Bukit Aman menyerbu sebuah unit kondominium di Jalan Gurdwara, George Town pada 20 Dis dan menahan tiga lelaki warga asing berusia 32 hingga 38 tahun. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-bongkar-makmal-proses-syabu-dalam-kebun-durian-12-tan-dadah-dirampas-552774 #AWANInews
Show all...
πŸ‘ 15πŸ”₯ 3❀ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan Wilayah Sumatera Barat, Indonesia menamatkan status darurat bencana dan beralih kepada fasa pemulihan pasca bencana selepas menilai keadaan semasa di lapangan susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah itu pada akhir November lalu. Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi Ansharullah berkata, tumpuan utama kini adalah mempercepatkan penilaian kerosakan dan kerugian selain memulihkan perkhidmatan asas kepada komuniti terjejas. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/banjir-sumatera-barat-tamatkan-status-darurat-fokus-fasa-pemulihan-pasca-bencana-552771 #AWANInews
Show all...
πŸ”₯ 5
Photo unavailableShow in Telegram
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang bersetuju meningkatkan rebat cukai tanah bagi 2026 daripada 32.5 peratus sebelum ini, kepada 50 peratus bagi meringankan beban pemilik tanah dan memastikan peralihan kepada kadar baharu cukai tanah dilaksanakan secara berperingkat serta terkawal. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pemberian rebat cukai tanah itu tertakluk kepada kadar minimum yang ditetapkan, dan kadar baharu cukai tanah akan kekal sekurang-kurangnya 10 tahun seperti diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara (Akta 828). #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pulau-pinang-naikkan-rebat-cukai-tanah-50-peratus-bagi-2026-chow-552775
Show all...
πŸ‘ 12πŸ”₯ 7❀ 4πŸ‘Ž 3