en
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Open in Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Show more
2025 year in numberssnowflakes fon
card fon
79 117
Subscribers
-1324 hours
-1687 days
-49030 days
Posts Archive
Photo unavailableShow in Telegram
Kebakaran yang mengorbankan seorang wanita dan anak angkatnya di Taman Rathna, Telok Air Tawar, Butterworth pada 10 Dis, dipercayai dilakukan oleh anak lelaki mangsa. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-rentung-kebakaran-dilakukan-anak-mangsa-polis-552786 #AWANInews
Show all...
πŸ”₯ 8
Photo unavailableShow in Telegram
Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan dakwaan kononnya keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berkaitan titah adendum telah mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri (YdPN) berhubung kuasa pengampunan, adalah tidak benar sama sekali. Menurut AGC, dakwaan berkenaan tidak mencerminkan alasan sebenar yang telah dihuraikan oleh Mahkamah Tinggi dalam keputusannya. Jelas jabatan itu, Mahkamah Tinggi telah menegaskan bahawa kuasa pengampunan merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YdPA) yang dijamin di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana yang telah diputuskan dalam keputusan terdahulu Mahkamah Atasan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/titah-adendum-agc-nafi-dakwaan-keputusan-mahkamah-kurangkan-kuasa-pengampunan-rajaraja-552806 #AWANInews
Show all...
πŸ‘Ž 37πŸ‘ 12
Photo unavailableShow in Telegram
Polis membongkar makmal haram memproses syabu dalam sebuah kebun durian di Jalan Teluk Bahang, di sini selepas menahan tiga lelaki warga asing dan merampas 1.2 tan pelbagai jenis dadah bernilai RM38 juta dalam siri serbuan di Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata berdasarkan maklumat risikan, sepasukan polis JSJN Bukit Aman menyerbu sebuah unit kondominium di Jalan Gurdwara, George Town pada 20 Dis dan menahan tiga lelaki warga asing berusia 32 hingga 38 tahun. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-bongkar-makmal-proses-syabu-dalam-kebun-durian-12-tan-dadah-dirampas-552774 #AWANInews
Show all...
πŸ‘ 15πŸ”₯ 3❀ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan Wilayah Sumatera Barat, Indonesia menamatkan status darurat bencana dan beralih kepada fasa pemulihan pasca bencana selepas menilai keadaan semasa di lapangan susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah itu pada akhir November lalu. Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi Ansharullah berkata, tumpuan utama kini adalah mempercepatkan penilaian kerosakan dan kerugian selain memulihkan perkhidmatan asas kepada komuniti terjejas. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/banjir-sumatera-barat-tamatkan-status-darurat-fokus-fasa-pemulihan-pasca-bencana-552771 #AWANInews
Show all...
πŸ”₯ 5
Photo unavailableShow in Telegram
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang bersetuju meningkatkan rebat cukai tanah bagi 2026 daripada 32.5 peratus sebelum ini, kepada 50 peratus bagi meringankan beban pemilik tanah dan memastikan peralihan kepada kadar baharu cukai tanah dilaksanakan secara berperingkat serta terkawal. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pemberian rebat cukai tanah itu tertakluk kepada kadar minimum yang ditetapkan, dan kadar baharu cukai tanah akan kekal sekurang-kurangnya 10 tahun seperti diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara (Akta 828). #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pulau-pinang-naikkan-rebat-cukai-tanah-50-peratus-bagi-2026-chow-552775
Show all...
πŸ‘ 12πŸ”₯ 7❀ 4πŸ‘Ž 3
01:15
Video unavailableShow in Telegram
SIGGRAPH 2025 | Teknologi Paling 'Mind-Blown' Di SIGGRAPH 2025 Hong Kong, terdapat satu teknologi yang benar-benar β€˜mind-blowing’ iaitu Vicon Markerless Motion Capture. Tanpa sut atau marker fizikal, teknologi ini mampu merakam pergerakan manusia secara tepat & masa nyata. Ia sesuai untuk virtual production, permainan video, acara langsung dan animasi karakter digital. Integrasi yang pantas dalam pipeline produksi, setup yang lebih ringkas, data berkualiti tinggi, memberi kebebasan kreatif maksimum dan hasil produksi yang pantas serta sedia siar. #SIGGRAPHAsia #SIGGRAPHAsia2025
Show all...
SIGGRAPH ASIA 2025_MIND-BLOWN.mp4110.90 MB
πŸ‘ 4❀ 1πŸ‘Ž 1
Photo unavailableShow in Telegram
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan nilai sitaan, kompaun, lucut hak dan pemulihan aset mencecah RM8.4 bilion dalam tempoh 11 bulan tahun ini. SPRM dalam kenyataan berkata, statistik itu direkodkan setakat November. Menurut kenyataan itu, daripada jumlah itu, sitaan aset mencatat nilai tertinggi melibatkan RM6.82 bilion iaitu sebanyak RM6.26 bilion dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), manakala RM566.77 juta disita mengikut Akta SPRM 2009. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-rekod-nilai-sitaan-kompaun-pulih-aset-rm84-bilion-552765
Show all...
πŸ‘Ž 13πŸ‘ 12
Photo unavailableShow in Telegram
Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala seorang lagi masih hilang selepas pesawat milik Tentera Laut Mexico terhempas di perairan berhampiran Galveston, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin ketika menjalankan misi kemanusiaan pemindahan perubatan. Menurut kenyataan rasmi Tentera Laut Mexico, pesawat jenis Beechcraft King Air 350i itu membawa lapan individu, empat anggota tentera dan empat orang awam termasuk seorang kanak-kanak, dalam penerbangan dari MΓ©rida, YucatΓ‘n menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Scholes, Galveston. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pesawat-tentera-laut-mexico-terhempas-di-texas-lima-maut-seorang-hilang-552769
Show all...
πŸ”₯ 7❀ 6
Photo unavailableShow in Telegram
Polis mengesahkan wanita yang didakwa tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 mempunyai kad berkaitan masalah kesihatan mental. Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita itu merupakan warga tempatan. β€œKita telah menahan wanita itu pada 18 Disember lalu. Pemeriksaan mendapati wanita tersebut mempunyai kad masalah kesihatan mental dan tindakan lanjut telah diambil dengan menyerahkannya ke Hospital Kajang,” katanya. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-terkandas-di-klia-diserah-ke-hospital-kajang-miliki-kad-mental-552773
Show all...
πŸ‘Ž 14❀ 9πŸ‘ 2πŸ”₯ 2
01:03
Video unavailableShow in Telegram
β€œJika dia mahu buat sesuatu, jika dia mahu bersikap garang, itulah kali terakhir dia boleh bersikap garang,” jawab Trump terhadap soalan yang diajukan oleh wartawan mengenai Maduro ketika di Florida. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan amaran baru kepada Presiden Venezuela NicolΓ‘s Maduro apabila Penjaga Pantai A.S. meningkatkan usaha untuk menghalang kapal tanker minyak di Laut Karibia. Trump dikelilingi oleh pembantu keselamatan negara teratasnya, Setiausaha Negara Marco Rubio dan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth ketika mencadangkan bahawa beliau masih bersedia untuk meningkatkan lagi kempen tekanannya selama empat bulan terhadap kerajaan Maduro. #AWANInews
Show all...
TRUMP 23dis.mp4134.29 MB
πŸ‘Ž 11❀ 5πŸ”₯ 4
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan Wilayah Sumatera Barat, Indonesia menamatkan status darurat bencana dan beralih kepada fasa pemulihan pasca bencana selepas menilai keadaan semasa di lapangan susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah itu pada akhir November lalu. Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi Ansharullah berkata, tumpuan utama kini adalah mempercepatkan penilaian kerosakan dan kerugian selain memulihkan perkhidmatan asas kepada komuniti terjejas. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/banjir-sumatera-barat-tamatkan-status-darurat-fokus-fasa-pemulihan-pasca-bencana-552771 #AWANInews
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Gangguan sementara melibatkan sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang Malaysia, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Selasa. MAHB dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial rasminya berkata gangguan ini mungkin memberi impak kepada pemprosesan penumpang menyebabkan syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbangnya melaksanakan prosedur kontingensi. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-sistem-penerbangan-global-jejas-daftar-masuk-naik-pesawat-di-lapangan-terbang-malaysia-552766
Show all...
πŸ”₯ 8❀ 2πŸ‘ 2πŸ‘Ž 1
Photo unavailableShow in Telegram
Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperkukuh kesiapsiagaan dan langkah mitigasi bagi memastikan keselamatan bekalan elektrik serta kebajikan pengguna sentiasa terpelihara ketika bencana banjir, khususnya sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang dijangka memberi kesan kepada kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia tahun ini. Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Ir. Mahathir Nor Ismail, bencana banjir pada 2025 dijangka lebih mencabar berikutan ketidaktentuan peralihan monsun yang membawa ribut petir, hujan lebat serta angin kencang. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tnb-tingkat-kesiapsiagaan-pantau-risiko-bekalan-elektrik-ketika-banjir-552172
Show all...
πŸ‘ 6πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Cahaya lampu berwarna-warni yang menghiasi halaman sebuah rumah di Taman Teluk Molek, Teluk Air Tawar, Butterworth bukan sekadar dekorasi Krismas biasa sebaliknya menjadi lambang perkongsian kegembiraan, keharmonian dan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum. Kehadiran patung snowman, Santa Claus, salji buatan serta pelbagai hiasan kreatif lain menjadikan kediaman itu tumpuan orang ramai yang ingin merasai kemeriahan sambutan Krismas dalam suasana penuh mesra dan terbuka. Sejak minggu pertama Disember, pasangan suami isteri D.Charles, 53, dan S.Christe, 48, membuka pintu rumah mereka kepada orang ramai sempena sambutan Krismas selepas menerima sambutan yang amat menggalakkan tahun lepas. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/belanja-rm25000-hiasi-rumah-salji-buatan-untuk-kongsi-kegembiraan-sambut-krismas-552761
Show all...
❀ 14πŸ‘Ž 9
Photo unavailableShow in Telegram
Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) mengharamkan import semua dron serta komponen baharu yang dibuat di luar negara, termasuk keluaran DJI dan Autel. Langkah itu diambil bagi menjamin keselamatan ruang udara Amerika Syarikat (AS) dan memacu industri pembuatan dron tempatan. Tiada dron baharu atau alat ganti akan dibenarkan masuk, sekali gus memaksa pengguna mendapatkan alternatif buatan syarikat tempatan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/haramkan-import-dron-komponen-buatan-luar-negara-552756
Show all...
πŸ‘Ž 22πŸ‘ 2πŸ”₯ 1
Ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) mengadakan piket beramai-ramai bagi menuntut KPF melunaskan bayaran jualan saham yang tertangguh sehingga 2 tahun. #AWANInews πŸ“·: Astro AWANI / Shahir Omar
Show all...
πŸ‘ 23πŸ‘Ž 8πŸ”₯ 2❀ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Empat angkasawan yang dijadualkan menyertai misi mengelilingi Bulan pada awal tahun depan, menyertai latihan penuh pengiraan detik pelancaran pada hujung minggu ini, lapor Anadolu Agency (AA). Latihan melibatkan prosedur menaiki kapal angkasa Orion milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), yang merupakan langkah penting menjelang penerbangan bersama anak kapal yang pertama ke Bulan dalam tempoh lebih lima dekad. Ujian kompleks yang asalnya dirancang pada akhir November itu mengalami beberapa siri penangguhan pada Sabtu sebelum disambung semula, menurut jam pengiraan detik NASA. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/nasa-selesai-latihan-penting-misi-dengan-anak-kapal-ke-bulan-selepas-50-tahun-552726
Show all...
❀ 11πŸ‘ 5πŸ‘Ž 3
Photo unavailableShow in Telegram
Penyanyi legenda Barry Manilow mendedahkan bahawa dia telah didiagnosis dengan kanser paru-paru dan akan menangguhkan beberapa konsertnya pada Januari bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yang dikesan awal. Manilow, 82, mengumumkan berita tersebut menerusi satu kenyataan di Instagram pada Isnin, berkata doktor menemui tompokan kanser pada paru-paru kirinya selepas dia mengalami bronkitis berpanjangan selama beberapa minggu. β€œSaya baru sahaja pulih daripada bronkitis selama enam minggu, kemudian mengalami semula selama lima minggu lagi. Mujur doktor saya yang hebat mengarahkan imbasan MRI untuk memastikan semuanya baik-baik saja,” tulis Manilow. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/barry-manilow-didapati-menghidap-kanser-paruparu-tangguh-konsert-untuk-jalani-pembedahan-552733
Show all...
πŸ”₯ 6❀ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Satu kejadian luar biasa berlaku di Whitchurch, Shropshire, England apabila sebuah lubang benam bersaiz gergasi muncul secara tiba-tiba di Terusan Shropshire Union, menyebabkan beberapa bot terusan tertimbus dan mencetuskan operasi menyelamat berskala besar. Menurut Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Shropshire, lubang benam berukuran kira-kira 50 meter panjang dan lebar itu terbentuk sekitar jam 4.22 pagi Isnin waktu tempatan, mengakibatkan dua bot terperangkap dalam lumpur tebal manakala sebuah lagi bot dilihat condong di tepi cerun lubang tersebut. Pihak berkuasa segera mengisytiharkan insiden itu sebagai β€œkejadian besar” dan mengerahkan pasukan penyelamat ke lokasi. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lubang-benam-gergasi-telan-bot-terusan-di-england-operasi-menyelamat-dilancar-552734
Show all...
πŸ”₯ 8❀ 3πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, 30, menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mengabaikan anaknya hingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lalu. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Aslam Zainuddin selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak. β€œSetelah mendengar kedua-dua hujahan, mahkamah membuat keputusan untuk menolak permohonan penangguhan tersebut kerana apa-apa 'specialities' (keistimewaan),” katanya dalam prosiding pada Selasa. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-kes-zayn-rayyan-ismanira-tidak-dibenar-tangguh-hukuman-penjara-lima-tahun-552744
Show all...
πŸ‘ 20πŸ”₯ 6πŸ‘ 4πŸ‘Ž 1