Astro AWANI
Открыть в Telegram
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
Больше2025 год в цифрах

79 117
Подписчики
-1324 часа
-1687 дней
-49030 день
Архив постов
Фото недоступноПоказать в Telegram
Polis membongkar makmal haram memproses syabu dalam sebuah kebun durian di Jalan Teluk Bahang, di sini selepas menahan tiga lelaki warga asing dan merampas 1.2 tan pelbagai jenis dadah bernilai RM38 juta dalam siri serbuan di Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata berdasarkan maklumat risikan, sepasukan polis JSJN Bukit Aman menyerbu sebuah unit kondominium di Jalan Gurdwara, George Town pada 20 Dis dan menahan tiga lelaki warga asing berusia 32 hingga 38 tahun.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-bongkar-makmal-proses-syabu-dalam-kebun-durian-12-tan-dadah-dirampas-552774
#AWANInews
👍 15🔥 3❤ 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Kerajaan Wilayah Sumatera Barat, Indonesia menamatkan status darurat bencana dan beralih kepada fasa pemulihan pasca bencana selepas menilai keadaan semasa di lapangan susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah itu pada akhir November lalu.
Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi Ansharullah berkata, tumpuan utama kini adalah mempercepatkan penilaian kerosakan dan kerugian selain memulihkan perkhidmatan asas kepada komuniti terjejas.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/banjir-sumatera-barat-tamatkan-status-darurat-fokus-fasa-pemulihan-pasca-bencana-552771
#AWANInews
🔥 5
Фото недоступноПоказать в Telegram
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang bersetuju meningkatkan rebat cukai tanah bagi 2026 daripada 32.5 peratus sebelum ini, kepada 50 peratus bagi meringankan beban pemilik tanah dan memastikan peralihan kepada kadar baharu cukai tanah dilaksanakan secara berperingkat serta terkawal.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pemberian rebat cukai tanah itu tertakluk kepada kadar minimum yang ditetapkan, dan kadar baharu cukai tanah akan kekal sekurang-kurangnya 10 tahun seperti diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara (Akta 828).
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pulau-pinang-naikkan-rebat-cukai-tanah-50-peratus-bagi-2026-chow-552775
👍 12🔥 7❤ 4👎 3
01:15
Видео недоступноПоказать в Telegram
SIGGRAPH 2025 | Teknologi Paling 'Mind-Blown'
Di SIGGRAPH 2025 Hong Kong, terdapat satu teknologi yang benar-benar ‘mind-blowing’ iaitu Vicon Markerless Motion Capture.
Tanpa sut atau marker fizikal, teknologi ini mampu merakam pergerakan manusia secara tepat & masa nyata. Ia sesuai untuk virtual production, permainan video, acara langsung dan animasi karakter digital.
Integrasi yang pantas dalam pipeline produksi, setup yang lebih ringkas, data berkualiti tinggi, memberi kebebasan kreatif maksimum dan hasil produksi yang pantas serta sedia siar.
#SIGGRAPHAsia #SIGGRAPHAsia2025
SIGGRAPH ASIA 2025_MIND-BLOWN.mp4110.90 MB
👏 4❤ 1👎 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan nilai sitaan, kompaun, lucut hak dan pemulihan aset mencecah RM8.4 bilion dalam tempoh 11 bulan tahun ini.
SPRM dalam kenyataan berkata, statistik itu direkodkan setakat November.
Menurut kenyataan itu, daripada jumlah itu, sitaan aset mencatat nilai tertinggi melibatkan RM6.82 bilion iaitu sebanyak RM6.26 bilion dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), manakala RM566.77 juta disita mengikut Akta SPRM 2009.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-rekod-nilai-sitaan-kompaun-pulih-aset-rm84-bilion-552765
👎 13👍 12
Фото недоступноПоказать в Telegram
Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala seorang lagi masih hilang selepas pesawat milik Tentera Laut Mexico terhempas di perairan berhampiran Galveston, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin ketika menjalankan misi kemanusiaan pemindahan perubatan.
Menurut kenyataan rasmi Tentera Laut Mexico, pesawat jenis Beechcraft King Air 350i itu membawa lapan individu, empat anggota tentera dan empat orang awam termasuk seorang kanak-kanak, dalam penerbangan dari Mérida, Yucatán menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Scholes, Galveston.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pesawat-tentera-laut-mexico-terhempas-di-texas-lima-maut-seorang-hilang-552769
🔥 7❤ 6
Фото недоступноПоказать в Telegram
Polis mengesahkan wanita yang didakwa tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 mempunyai kad berkaitan masalah kesihatan mental.
Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita itu merupakan warga tempatan.
“Kita telah menahan wanita itu pada 18 Disember lalu. Pemeriksaan mendapati wanita tersebut mempunyai kad masalah kesihatan mental dan tindakan lanjut telah diambil dengan menyerahkannya ke Hospital Kajang,” katanya.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-terkandas-di-klia-diserah-ke-hospital-kajang-miliki-kad-mental-552773
👎 14❤ 9👍 2🔥 2
01:03
Видео недоступноПоказать в Telegram
“Jika dia mahu buat sesuatu, jika dia mahu bersikap garang, itulah kali terakhir dia boleh bersikap garang,” jawab Trump terhadap soalan yang diajukan oleh wartawan mengenai Maduro ketika di Florida.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan amaran baru kepada Presiden Venezuela Nicolás Maduro apabila Penjaga Pantai A.S. meningkatkan usaha untuk menghalang kapal tanker minyak di Laut Karibia.
Trump dikelilingi oleh pembantu keselamatan negara teratasnya, Setiausaha Negara Marco Rubio dan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth ketika mencadangkan bahawa beliau masih bersedia untuk meningkatkan lagi kempen tekanannya selama empat bulan terhadap kerajaan Maduro.
#AWANInews
TRUMP 23dis.mp4134.29 MB
👎 11❤ 5🔥 4
Фото недоступноПоказать в Telegram
Kerajaan Wilayah Sumatera Barat, Indonesia menamatkan status darurat bencana dan beralih kepada fasa pemulihan pasca bencana selepas menilai keadaan semasa di lapangan susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah itu pada akhir November lalu.
Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi Ansharullah berkata, tumpuan utama kini adalah mempercepatkan penilaian kerosakan dan kerugian selain memulihkan perkhidmatan asas kepada komuniti terjejas.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/banjir-sumatera-barat-tamatkan-status-darurat-fokus-fasa-pemulihan-pasca-bencana-552771
#AWANInews
Фото недоступноПоказать в Telegram
Gangguan sementara melibatkan sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang Malaysia, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Selasa.
MAHB dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial rasminya berkata gangguan ini mungkin memberi impak kepada pemprosesan penumpang menyebabkan syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbangnya melaksanakan prosedur kontingensi.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-sistem-penerbangan-global-jejas-daftar-masuk-naik-pesawat-di-lapangan-terbang-malaysia-552766
🔥 8❤ 2👍 2👎 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperkukuh kesiapsiagaan dan langkah mitigasi bagi memastikan keselamatan bekalan elektrik serta kebajikan pengguna sentiasa terpelihara ketika bencana banjir, khususnya sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang dijangka memberi kesan kepada kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia tahun ini.
Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Ir. Mahathir Nor Ismail, bencana banjir pada 2025 dijangka lebih mencabar berikutan ketidaktentuan peralihan monsun yang membawa ribut petir, hujan lebat serta angin kencang.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tnb-tingkat-kesiapsiagaan-pantau-risiko-bekalan-elektrik-ketika-banjir-552172
👍 6👏 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Cahaya lampu berwarna-warni yang menghiasi halaman sebuah rumah di Taman Teluk Molek, Teluk Air Tawar, Butterworth bukan sekadar dekorasi Krismas biasa sebaliknya menjadi lambang perkongsian kegembiraan, keharmonian dan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Kehadiran patung snowman, Santa Claus, salji buatan serta pelbagai hiasan kreatif lain menjadikan kediaman itu tumpuan orang ramai yang ingin merasai kemeriahan sambutan Krismas dalam suasana penuh mesra dan terbuka.
Sejak minggu pertama Disember, pasangan suami isteri D.Charles, 53, dan S.Christe, 48, membuka pintu rumah mereka kepada orang ramai sempena sambutan Krismas selepas menerima sambutan yang amat menggalakkan tahun lepas.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/belanja-rm25000-hiasi-rumah-salji-buatan-untuk-kongsi-kegembiraan-sambut-krismas-552761
❤ 14👎 9
Фото недоступноПоказать в Telegram
Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) mengharamkan import semua dron serta komponen baharu yang dibuat di luar negara, termasuk keluaran DJI dan Autel.
Langkah itu diambil bagi menjamin keselamatan ruang udara Amerika Syarikat (AS) dan memacu industri pembuatan dron tempatan.
Tiada dron baharu atau alat ganti akan dibenarkan masuk, sekali gus memaksa pengguna mendapatkan alternatif buatan syarikat tempatan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/haramkan-import-dron-komponen-buatan-luar-negara-552756
👎 22👍 2🔥 1
Ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) mengadakan piket beramai-ramai bagi menuntut KPF melunaskan bayaran jualan saham yang tertangguh sehingga 2 tahun.
#AWANInews
📷: Astro AWANI / Shahir Omar
👍 23👎 8🔥 2❤ 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Empat angkasawan yang dijadualkan menyertai misi mengelilingi Bulan pada awal tahun depan, menyertai latihan penuh pengiraan detik pelancaran pada hujung minggu ini, lapor Anadolu Agency (AA).
Latihan melibatkan prosedur menaiki kapal angkasa Orion milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), yang merupakan langkah penting menjelang penerbangan bersama anak kapal yang pertama ke Bulan dalam tempoh lebih lima dekad.
Ujian kompleks yang asalnya dirancang pada akhir November itu mengalami beberapa siri penangguhan pada Sabtu sebelum disambung semula, menurut jam pengiraan detik NASA.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/nasa-selesai-latihan-penting-misi-dengan-anak-kapal-ke-bulan-selepas-50-tahun-552726
❤ 11👍 5👎 3
Фото недоступноПоказать в Telegram
Penyanyi legenda Barry Manilow mendedahkan bahawa dia telah didiagnosis dengan kanser paru-paru dan akan menangguhkan beberapa konsertnya pada Januari bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yang dikesan awal.
Manilow, 82, mengumumkan berita tersebut menerusi satu kenyataan di Instagram pada Isnin, berkata doktor menemui tompokan kanser pada paru-paru kirinya selepas dia mengalami bronkitis berpanjangan selama beberapa minggu.
“Saya baru sahaja pulih daripada bronkitis selama enam minggu, kemudian mengalami semula selama lima minggu lagi. Mujur doktor saya yang hebat mengarahkan imbasan MRI untuk memastikan semuanya baik-baik saja,” tulis Manilow.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/barry-manilow-didapati-menghidap-kanser-paruparu-tangguh-konsert-untuk-jalani-pembedahan-552733
🔥 6❤ 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Satu kejadian luar biasa berlaku di Whitchurch, Shropshire, England apabila sebuah lubang benam bersaiz gergasi muncul secara tiba-tiba di Terusan Shropshire Union, menyebabkan beberapa bot terusan tertimbus dan mencetuskan operasi menyelamat berskala besar.
Menurut Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Shropshire, lubang benam berukuran kira-kira 50 meter panjang dan lebar itu terbentuk sekitar jam 4.22 pagi Isnin waktu tempatan, mengakibatkan dua bot terperangkap dalam lumpur tebal manakala sebuah lagi bot dilihat condong di tepi cerun lubang tersebut.
Pihak berkuasa segera mengisytiharkan insiden itu sebagai “kejadian besar” dan mengerahkan pasukan penyelamat ke lokasi.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lubang-benam-gergasi-telan-bot-terusan-di-england-operasi-menyelamat-dilancar-552734
🔥 8❤ 3👍 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, 30, menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mengabaikan anaknya hingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Aslam Zainuddin selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak.
“Setelah mendengar kedua-dua hujahan, mahkamah membuat keputusan untuk menolak permohonan penangguhan tersebut kerana apa-apa 'specialities' (keistimewaan),” katanya dalam prosiding pada Selasa.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-kes-zayn-rayyan-ismanira-tidak-dibenar-tangguh-hukuman-penjara-lima-tahun-552744
👏 20🔥 6👍 4👎 1
Hari ini 116 tahun yang lalu, Masjid Jamek Kuala Lumpur dibuka secara rasmi.
Sebelum wujudnya Masjid Jamek, sudah ada beberapa buah masjid kecil dibina di Jalan Melayu & Jalan Jawa (kini Jalan Tun Perak) oleh komuniti Melayu yang mendiami kawasan itu. Masjid Jamek merupakan masjid besar pertama di Kuala Lumpur.
Ia dibina di atas tanah perkuburan Melayu lama di pertemuan Sungai Kelang dengan Sungai Gombak. Batu asasnya diletakkan oleh Sultan Selangor ke-5, Sultan Alauddin Sulaiman Shah disaksikan Residen British di Selangor, H.C. Belfield pada 23 Mac 1908.
Pembinaannya menelan belanja lebih $32,000 yang mana hampir separuh daripadanya adalah hasil kutipan dana oleh masyarakat pelbagai kaum & kedudukan dari sekitar Kuala Lumpur serta sumbangan daripada kerajaan British Selangor.
Seni binanya direka oleh Arthur Benison Hubback, ketua arkitek kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu tadbiran British. Ia menampilkan unsur Moor & Indo-Saracenic, diinspirasikan daripada masjid di Cordova serta binaan era Empayar Mughal di India.
Dinamakan daripada perkataan Arab jama’ yang bermaksud ‘berkumpul’, masjid ini memiliki 2 menara utama setinggi 26.8 meter & berbelas menara-menara kecil. Kubah utama di dewan solatnya pula setinggi 21.3 meter yang diapit 2 kubah sampingan. Persekitarannya diredupkan dengan pepohon nyiur.
Sejak ia siap & dirasmikan pada 23 Disember 1909 oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Masjid Jamek menjadi masjid utama di Kuala Lumpur sehinggalah Masjid Negara dibina tidak jauh dari situ yang siap & dirasmikan pada 27 Ogos 1965.
Pada 23 Jun 2017, ia dinamakan sebagai Masjid Jamek Sultan Abdul Samad oleh Sultan Selangor ke-9, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Sultan Selangor ke-4, memandangkan ia dibina di tanah yang dahulunya sebahagian daripada wilayah Selangor.
Masjid Jamek adalah masjid yang tertua di Kuala Lumpur yang masih berdiri teguh di antara dua sungai, dibayangi bangunan-bangunan moden ibu kota & terus dihadiri ribuan jemaah sehingga hari ini.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, The Star, Utusan Malaysia, Pertubuhan Arkitek Malaysia
#PeristiwaHariIni
❤ 21🔥 1
