ar
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

إظهار المزيد
2025 عام في الأرقامsnowflakes fon
card fon
79 123
المشتركون
-1324 ساعات
-1687 أيام
-49030 أيام
أرشيف المشاركات
01:15
Video unavailableShow in Telegram
SIGGRAPH 2025 | Teknologi Paling 'Mind-Blown' Di SIGGRAPH 2025 Hong Kong, terdapat satu teknologi yang benar-benar ‘mind-blowing’ iaitu Vicon Markerless Motion Capture. Tanpa sut atau marker fizikal, teknologi ini mampu merakam pergerakan manusia secara tepat & masa nyata. Ia sesuai untuk virtual production, permainan video, acara langsung dan animasi karakter digital. Integrasi yang pantas dalam pipeline produksi, setup yang lebih ringkas, data berkualiti tinggi, memberi kebebasan kreatif maksimum dan hasil produksi yang pantas serta sedia siar. #SIGGRAPHAsia #SIGGRAPHAsia2025
إظهار الكل...
SIGGRAPH ASIA 2025_MIND-BLOWN.mp4110.90 MB
👏 4 1👎 1
Photo unavailableShow in Telegram
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan nilai sitaan, kompaun, lucut hak dan pemulihan aset mencecah RM8.4 bilion dalam tempoh 11 bulan tahun ini. SPRM dalam kenyataan berkata, statistik itu direkodkan setakat November. Menurut kenyataan itu, daripada jumlah itu, sitaan aset mencatat nilai tertinggi melibatkan RM6.82 bilion iaitu sebanyak RM6.26 bilion dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), manakala RM566.77 juta disita mengikut Akta SPRM 2009. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-rekod-nilai-sitaan-kompaun-pulih-aset-rm84-bilion-552765
إظهار الكل...
👎 13👍 12
Photo unavailableShow in Telegram
Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala seorang lagi masih hilang selepas pesawat milik Tentera Laut Mexico terhempas di perairan berhampiran Galveston, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin ketika menjalankan misi kemanusiaan pemindahan perubatan. Menurut kenyataan rasmi Tentera Laut Mexico, pesawat jenis Beechcraft King Air 350i itu membawa lapan individu, empat anggota tentera dan empat orang awam termasuk seorang kanak-kanak, dalam penerbangan dari Mérida, Yucatán menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Scholes, Galveston. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pesawat-tentera-laut-mexico-terhempas-di-texas-lima-maut-seorang-hilang-552769
إظهار الكل...
🔥 7 6
Photo unavailableShow in Telegram
Polis mengesahkan wanita yang didakwa tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 mempunyai kad berkaitan masalah kesihatan mental. Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita itu merupakan warga tempatan. “Kita telah menahan wanita itu pada 18 Disember lalu. Pemeriksaan mendapati wanita tersebut mempunyai kad masalah kesihatan mental dan tindakan lanjut telah diambil dengan menyerahkannya ke Hospital Kajang,” katanya. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-terkandas-di-klia-diserah-ke-hospital-kajang-miliki-kad-mental-552773
إظهار الكل...
👎 14 9👍 2🔥 2
01:03
Video unavailableShow in Telegram
“Jika dia mahu buat sesuatu, jika dia mahu bersikap garang, itulah kali terakhir dia boleh bersikap garang,” jawab Trump terhadap soalan yang diajukan oleh wartawan mengenai Maduro ketika di Florida. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan amaran baru kepada Presiden Venezuela Nicolás Maduro apabila Penjaga Pantai A.S. meningkatkan usaha untuk menghalang kapal tanker minyak di Laut Karibia. Trump dikelilingi oleh pembantu keselamatan negara teratasnya, Setiausaha Negara Marco Rubio dan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth ketika mencadangkan bahawa beliau masih bersedia untuk meningkatkan lagi kempen tekanannya selama empat bulan terhadap kerajaan Maduro. #AWANInews
إظهار الكل...
TRUMP 23dis.mp4134.29 MB
👎 11 5🔥 4
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan Wilayah Sumatera Barat, Indonesia menamatkan status darurat bencana dan beralih kepada fasa pemulihan pasca bencana selepas menilai keadaan semasa di lapangan susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah itu pada akhir November lalu. Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi Ansharullah berkata, tumpuan utama kini adalah mempercepatkan penilaian kerosakan dan kerugian selain memulihkan perkhidmatan asas kepada komuniti terjejas. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/banjir-sumatera-barat-tamatkan-status-darurat-fokus-fasa-pemulihan-pasca-bencana-552771 #AWANInews
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Gangguan sementara melibatkan sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang Malaysia, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Selasa. MAHB dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial rasminya berkata gangguan ini mungkin memberi impak kepada pemprosesan penumpang menyebabkan syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbangnya melaksanakan prosedur kontingensi. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-sistem-penerbangan-global-jejas-daftar-masuk-naik-pesawat-di-lapangan-terbang-malaysia-552766
إظهار الكل...
🔥 8 2👍 2👎 1
Photo unavailableShow in Telegram
Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperkukuh kesiapsiagaan dan langkah mitigasi bagi memastikan keselamatan bekalan elektrik serta kebajikan pengguna sentiasa terpelihara ketika bencana banjir, khususnya sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang dijangka memberi kesan kepada kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia tahun ini. Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Ir. Mahathir Nor Ismail, bencana banjir pada 2025 dijangka lebih mencabar berikutan ketidaktentuan peralihan monsun yang membawa ribut petir, hujan lebat serta angin kencang. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tnb-tingkat-kesiapsiagaan-pantau-risiko-bekalan-elektrik-ketika-banjir-552172
إظهار الكل...
👍 6👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Cahaya lampu berwarna-warni yang menghiasi halaman sebuah rumah di Taman Teluk Molek, Teluk Air Tawar, Butterworth bukan sekadar dekorasi Krismas biasa sebaliknya menjadi lambang perkongsian kegembiraan, keharmonian dan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum. Kehadiran patung snowman, Santa Claus, salji buatan serta pelbagai hiasan kreatif lain menjadikan kediaman itu tumpuan orang ramai yang ingin merasai kemeriahan sambutan Krismas dalam suasana penuh mesra dan terbuka. Sejak minggu pertama Disember, pasangan suami isteri D.Charles, 53, dan S.Christe, 48, membuka pintu rumah mereka kepada orang ramai sempena sambutan Krismas selepas menerima sambutan yang amat menggalakkan tahun lepas. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/belanja-rm25000-hiasi-rumah-salji-buatan-untuk-kongsi-kegembiraan-sambut-krismas-552761
إظهار الكل...
14👎 9
Photo unavailableShow in Telegram
Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) mengharamkan import semua dron serta komponen baharu yang dibuat di luar negara, termasuk keluaran DJI dan Autel. Langkah itu diambil bagi menjamin keselamatan ruang udara Amerika Syarikat (AS) dan memacu industri pembuatan dron tempatan. Tiada dron baharu atau alat ganti akan dibenarkan masuk, sekali gus memaksa pengguna mendapatkan alternatif buatan syarikat tempatan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/haramkan-import-dron-komponen-buatan-luar-negara-552756
إظهار الكل...
👎 22👍 2🔥 1
Ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) mengadakan piket beramai-ramai bagi menuntut KPF melunaskan bayaran jualan saham yang tertangguh sehingga 2 tahun. #AWANInews 📷: Astro AWANI / Shahir Omar
إظهار الكل...
👍 23👎 8🔥 2 1
Photo unavailableShow in Telegram
Empat angkasawan yang dijadualkan menyertai misi mengelilingi Bulan pada awal tahun depan, menyertai latihan penuh pengiraan detik pelancaran pada hujung minggu ini, lapor Anadolu Agency (AA). Latihan melibatkan prosedur menaiki kapal angkasa Orion milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), yang merupakan langkah penting menjelang penerbangan bersama anak kapal yang pertama ke Bulan dalam tempoh lebih lima dekad. Ujian kompleks yang asalnya dirancang pada akhir November itu mengalami beberapa siri penangguhan pada Sabtu sebelum disambung semula, menurut jam pengiraan detik NASA. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/nasa-selesai-latihan-penting-misi-dengan-anak-kapal-ke-bulan-selepas-50-tahun-552726
إظهار الكل...
11👍 5👎 3
Photo unavailableShow in Telegram
Penyanyi legenda Barry Manilow mendedahkan bahawa dia telah didiagnosis dengan kanser paru-paru dan akan menangguhkan beberapa konsertnya pada Januari bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yang dikesan awal. Manilow, 82, mengumumkan berita tersebut menerusi satu kenyataan di Instagram pada Isnin, berkata doktor menemui tompokan kanser pada paru-paru kirinya selepas dia mengalami bronkitis berpanjangan selama beberapa minggu. “Saya baru sahaja pulih daripada bronkitis selama enam minggu, kemudian mengalami semula selama lima minggu lagi. Mujur doktor saya yang hebat mengarahkan imbasan MRI untuk memastikan semuanya baik-baik saja,” tulis Manilow. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/barry-manilow-didapati-menghidap-kanser-paruparu-tangguh-konsert-untuk-jalani-pembedahan-552733
إظهار الكل...
🔥 6 1
Photo unavailableShow in Telegram
Satu kejadian luar biasa berlaku di Whitchurch, Shropshire, England apabila sebuah lubang benam bersaiz gergasi muncul secara tiba-tiba di Terusan Shropshire Union, menyebabkan beberapa bot terusan tertimbus dan mencetuskan operasi menyelamat berskala besar. Menurut Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Shropshire, lubang benam berukuran kira-kira 50 meter panjang dan lebar itu terbentuk sekitar jam 4.22 pagi Isnin waktu tempatan, mengakibatkan dua bot terperangkap dalam lumpur tebal manakala sebuah lagi bot dilihat condong di tepi cerun lubang tersebut. Pihak berkuasa segera mengisytiharkan insiden itu sebagai “kejadian besar” dan mengerahkan pasukan penyelamat ke lokasi. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lubang-benam-gergasi-telan-bot-terusan-di-england-operasi-menyelamat-dilancar-552734
إظهار الكل...
🔥 8 3👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, 30, menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mengabaikan anaknya hingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lalu. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Aslam Zainuddin selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak. “Setelah mendengar kedua-dua hujahan, mahkamah membuat keputusan untuk menolak permohonan penangguhan tersebut kerana apa-apa 'specialities' (keistimewaan),” katanya dalam prosiding pada Selasa. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-kes-zayn-rayyan-ismanira-tidak-dibenar-tangguh-hukuman-penjara-lima-tahun-552744
إظهار الكل...
👏 20🔥 6👍 4👎 1
Hari ini 116 tahun yang lalu, Masjid Jamek Kuala Lumpur dibuka secara rasmi. Sebelum wujudnya Masjid Jamek, sudah ada beberapa buah masjid kecil dibina di Jalan Melayu & Jalan Jawa (kini Jalan Tun Perak) oleh komuniti Melayu yang mendiami kawasan itu. Masjid Jamek merupakan masjid besar pertama di Kuala Lumpur. Ia dibina di atas tanah perkuburan Melayu lama di pertemuan Sungai Kelang dengan Sungai Gombak. Batu asasnya diletakkan oleh Sultan Selangor ke-5, Sultan Alauddin Sulaiman Shah disaksikan Residen British di Selangor, H.C. Belfield pada 23 Mac 1908. Pembinaannya menelan belanja lebih $32,000 yang mana hampir separuh daripadanya adalah hasil kutipan dana oleh masyarakat pelbagai kaum & kedudukan dari sekitar Kuala Lumpur serta sumbangan daripada kerajaan British Selangor. Seni binanya direka oleh Arthur Benison Hubback, ketua arkitek kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu tadbiran British. Ia menampilkan unsur Moor & Indo-Saracenic, diinspirasikan daripada masjid di Cordova serta binaan era Empayar Mughal di India. Dinamakan daripada perkataan Arab jama’ yang bermaksud ‘berkumpul’, masjid ini memiliki 2 menara utama setinggi 26.8 meter & berbelas menara-menara kecil. Kubah utama di dewan solatnya pula setinggi 21.3 meter yang diapit 2 kubah sampingan. Persekitarannya diredupkan dengan pepohon nyiur. Sejak ia siap & dirasmikan pada 23 Disember 1909 oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Masjid Jamek menjadi masjid utama di Kuala Lumpur sehinggalah Masjid Negara dibina tidak jauh dari situ yang siap & dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Pada 23 Jun 2017, ia dinamakan sebagai Masjid Jamek Sultan Abdul Samad oleh Sultan Selangor ke-9, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Sultan Selangor ke-4, memandangkan ia dibina di tanah yang dahulunya sebahagian daripada wilayah Selangor. Masjid Jamek adalah masjid yang tertua di Kuala Lumpur yang masih berdiri teguh di antara dua sungai, dibayangi bangunan-bangunan moden ibu kota & terus dihadiri ribuan jemaah sehingga hari ini. Sumber: Arkib Negara Malaysia, The Star, Utusan Malaysia, Pertubuhan Arkitek Malaysia #PeristiwaHariIni
إظهار الكل...
21🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Madani kekal berpegang kepada prinsip negara hukum dan pengasingan kuasa susulan penghakiman berhubung isu Titah Adendum yang diputuskan pada Isnin. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com #AWANInews
إظهار الكل...
👎 76👍 31👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Keperluan untuk memperkenalkan mekanisme seperti tahanan rumah wajar dibahaskan secara berperingkat melalui institusi Parlimen. Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyatakan, perkara itu bukan isu kecil malah wajar dijelaskan dengan empati, kebijaksanaan serta kematangan bersama. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-cadangan-tahanan-rumah-perlu-dibahas-berperingkat-di-parlimen-shamsul-iskandar-552719 #AWANInews
إظهار الكل...
👎 57👍 11 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Komuter mengalami gangguan susulan kejadian pokok tumbang yang merosakkan alat talian atas antara laluan Sungkai-Slim River pada 4.20 petang Isnin. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan kejadian itu menyebabkan 12 tiub cantilever patah, sekali gus menjejaskan bekalan kuasa bagi operasi tren di jajaran berkenaan. Menurut KTMB insiden itu memberi kesan kepada 12 perkhidmatan ETS dan KTM Komuter melibatkan laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perkhidmatan-ets-ktm-komuter-alami-gangguan-akibat-pokok-tumbang-552725
إظهار الكل...
8👍 3