Astro AWANI
Открыть в Telegram
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
Больше2025 год в цифрах

79 111
Подписчики
-1224 часа
-1517 дней
-47530 день
Архив постов
Фото недоступноПоказать в Telegram
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan, Naim Kurniawan Moktar, sahkan bakal membawa cabaran Barisan Nasional (BN) sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.
Perkara itu dimaklumkan dalam hantaran di Facebook miliknya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
👎 30👍 5❤ 3🔥 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari bangga dengan prestasi kontinjen Malaysia yang kini sudah mengutip lebih 50 pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand pada Jumaat.
Dr Mohammed Taufiq berharap agar atlet negara yang masih berjuang dapat melakukan pencapaian lebih hebat sebelum edisi ke-33 temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya di Stadium Nasional Rajamangala, pada Sabtu.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-dr-mohammed-taufiq-bangga-kontinjen-malaysia-kutip-lebih-50-emas-552366
#AWANInews
❤ 16👍 9👎 9👏 3
Фото недоступноПоказать в Telegram
Kontinjen negara berjaya memecahkan rekod jumlah pingat tertinggi Sukan SEA di luar Kuala Lumpur selepas memungut 221 pingat setakat ini bagi edisi 2025 di Bangkok, pada Jumaat.
Majlis Sukan Negara dalam satu hantaran di laman Facebook mengesahkan, Malaysia telah menempa sejarah baharu di Sukan SEA sebaik mereka merangkul pingat ke-217 negara, pada edisi ke-33 temasya sukan dwitahunan tersebut.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-malaysia-pecah-rekod-pingat-tertinggi-di-luar-kuala-lumpur-msn-552393
#AWANInews
👏 30❤ 3👍 3
Фото недоступноПоказать в Telegram
AmanahRaya Trustees Berhad (ART) menegaskan perkhidmatan pemegang amanah korporat bukan hanya relevan untuk syarikat tersenarai atau urusan kewangan berskala besar dan kompleks, sebaliknya penting untuk pelbagai pemain industri termasuk syarikat persendirian, badan kerajaan, koperasi serta syarikat tujuan khas (SPV).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ART, Zainudin Suhaimi, kehadiran pemegang amanah membantu memastikan tadbir urus yang mematuhi undang-undang, pengurusan aset yang telus serta perlindungan kepada pihak berkepentingan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amanahraya-pemegang-amanah-korporat-bukan-hanya-untuk-tersenarai-fokus-lindungi-pelabur-552272
#AWANInews
👍 2👏 2
Фото недоступноПоказать в Telegram
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan berlaku penyalahgunaan nombor MyKad milik arwah bapa seorang individu seperti tular di media sosial termasuk dakwaan ia melibatkan warga asing.
JPN dalam kenyataan hari ini, memaklumkan semakan terperinci mendapati dua individu yang dirujuk dalam paparan itu merupakan warganegara Malaysia dengan mereka mempunyai nombor MyKad berbeza.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jpn-nafi-dakwaan-salah-guna-identiti-552361
#AWANInews
🔥 7❤ 3
Фото недоступноПоказать в Telegram
Kejayaan penembak negara Haritz Iklil Hessly Hafiz merangkul pingat emas acara 50 meter (m) rifle tiga posisi individu lelaki pada Sukan SEA 2025 hari ini diselubungi emosi apabila ia hadir hanya dua bulan selepas pemergian bapanya.
Pada aksi final di Lapangan Sasar Menembak Sports Authority of Thailand, di sini, Haritz Iklil mempamerkan aksi cemerlang apabila mengumpul 447.5 mata sekali gus mencipta rekod baharu temasya Sukan SEA.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/menembak-sukan-sea-haritz-iklil-raih-emas-cipta-rekod-baharu-di-sebalik-kesayuan-552368
#AWANInews
❤ 17🔥 3👏 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berjaya memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM17 bilion sehingga 18 Disember 2025, melibatkan 3,529,748 kes susulan peruntukan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
HASiL memaklumkan, daripada jumlah tersebut, RM15 bilion diproses bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Disember 2025 melibatkan 3,521,929 kes, manakala RM2 bilion lagi diproses secara tambahan dalam tempoh 9 hingga 18 Disember 2025, melibatkan 7,819 kes.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
❤ 7🔥 3
Фото недоступноПоказать в Telegram
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah agama di Kampung Pandan yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap pelajarnya berusia 11 tahun.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan daripada kanak-kanak lelaki itu pada pukul 4.16 petang, Selasa lalu.
Menurutnya, suspek berusia lingkungan 40-an itu kini masih belum ditahan dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ustaz-lakukan-amang-seksual-ke-atas-pelajar-lelaki-disiasat-552339
#AWANInews
🔥 8❤ 1👎 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Suspek dalam insiden tembakan rambang di Universiti Brown minggu lalu ditemukan mati akibat luka tembakan yang dilakukan sendiri, lapor Xinhua memetik Fox News pada Khamis.
Memetik dua sumber penguat kuasa undang-undang, CBS News dalam laporan awal pada Khamis menyatakan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadap seorang suspek dalam insiden tembakan pada 13 Dis di kampus Universiti Brown di Providence, Rhode Island, yang mengorbankan dua pelajar dan mencederakan sembilan yang lain.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/suspek-kes-tembak-di-universiti-brown-ditemukan-mati-552329
#AWANInews
🔥 5
Фото недоступноПоказать в Telegram
Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Kembali ke Sekolah (KKS) 2026 dilaksanakan secara inklusif dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kategori pendapatan.
Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Adiratno Che Ani, berkata PJRM KKS dilaksanakan sepanjang musim cuti persekolahan untuk membantu meringankan kos perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak menjelang sesi persekolahan yang baharu pada tahun hadapan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-had-pembelian-di-pjrm-kembali-ke-sekolah-2026-sepanjang-musim-cuti-persekolahan-kpdn-552354
#AWANInews
👍 7🔥 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Kerajaan akan melaksanakan Program Peralihan Tenaga Solar Yang Diperkukuhkan atau Solar ATAP bermula 1 Jan 2026 sebagai usaha memanfaatkan ruang bumbung bangunan untuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) daripada sumber solar.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan program itu kesinambungan kepada Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) yang tamat pada 30 Jun dengan beberapa penambahbaikan daripada cadangan asal bagi Solar ATAP dilakukan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inisiatif-penjanaan-solar-di-bumbung-bangunan-bermula-1-jan-petra-552327
#AWANInews
👍 11🔥 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Malaysia mempamerkan daya tahan ekonomi yang kental tahun ini meskipun berdepan ketegangan dan ketidakpastian dasar perdagangan global, disokong oleh penggunaan dan pelaburan domestik, peningkatan pekerjaan dan kitaran kukuh sektor teknologi global.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
👍 11👎 7🔥 1👏 1
00:30
Видео недоступноПоказать в Telegram
Persidangan dan Pameran ACM SIGGRAPH ke-19 mencatat sejarah apabila bakal dianjurkan di Malaysia buat pertama kali.
SIGGRAPH Asia 2026 di Kuala Lumpur memperluaskan jejak global persidangan ini dengan membawa perspektif baharu, merancakkan jaringan kolaborasi, serta memperkaya pengalaman komuniti grafik komputer dan teknik interaktif.
Dengan sokongan kukuh rakan tempatan dan antarabangsa, acara ini dijangka menjadi penganjuran yang berimpak dan berkesan.
#SIGGRAPHAsia #SIGGRAPHAsia2025
#SIGGRAPHAsia2026
WhatsApp Video 2025-12-19 at 5.40.33 PM.mp43.99 MB
❤ 4👍 3👎 1👏 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Industri budaya dan kreatif Malaysia kini bukan sekadar wadah ekspresi seni, sebaliknya muncul sebagai antara pemacu ekonomi penting negara.
Perkembangan itu dizahirkan menerusi penerbitan Akaun Satelit Budaya dan Kreatif 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang buat julung kalinya menyediakan gambaran menyeluruh sumbangan sektor budaya dan kreatif kepada ekonomi negara berasaskan data dan statistik rasmi.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata industri budaya dan kreatif mencatatkan pertumbuhan 7.1 peratus atau RM130.7 bilion pada 2024, meningkat berbanding 4.5 peratus pada tahun sebelumnya.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dosm-terbit-akaun-satelit-budaya-dan-kreatif-2024-552332
#AWANInews
👍 2🔥 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Bursa Gold Dinar, inisiatif Bursa Malaysia untuk mendemokrasikan pelaburan emas, membuka peluang kepada rakyat Malaysia memiliki emas dengan modal serendah RM10 melalui platform digital patuh Syariah yang disandar emas fizikal sebenar.
Menurut Pemangku Pengarah Pasaran Modal Islam Bursa Malaysia, Noorsuriani Muhamed, inisiatif ini hadir tepat ketika emas terus menjadi tumpuan pelabur global.
“Dalam tempoh setahun, harga spot emas melonjak 50 peratus, mengatasi semua kelas aset utama. Malah, sepanjang sedekad, nilainya meningkat 250 peratus daripada AS$1,252 satu auns pada 2015 kepada lebih AS$4,000 tahun ini, dengan rekod tertinggi AS$4,381 pada Oktober,” katanya.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bursa-gold-dinar-inisiatif-bursa-malaysia-mudahkan-pelaburan-emas-serendah-rm10-552316
#AWANInews
❤ 12🔥 2👍 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis memilih bekas Presiden Iraq Barham Ahmed Salih sebagai Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) yang baharu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pelantikan itu menjadikan Ahmed sebagai individu pertama dari Asia Barat menerajui jawatan berkenaan dalam tempoh hampir tiga perempat abad, dengan tempoh perkhidmatannya bermula 1 Jan 2026 selama lima tahun.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/perhimpunan-agung-pbb-pilih-bekas-presiden-iraq-sebagai-pesuruhjaya-tinggi-unhcr-552313
#AWANInews
❤ 11👍 3👏 2
00:30
Видео недоступноПоказать в Telegram
Belanjawan 2026 bukan sekadar angka. Ia lahir daripada kerja tanpa henti dan keputusan yang menyentuh kehidupan rakyat. Saksikan dokumentari Belanjawan 2026: Kisah Di Sebalik Angka pada Isnin, 22 Disember 2025 jam 9 malam.
#Belanjawan2026 #BehindTheScene #MOF
new_TX22DEC_PROMO_KDSA_FINAL_HIRES.mp472.91 MB
👎 25🔥 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan 5.75 sen seunit untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
PNB menjelaskan jumlah pembayaran pula adalah RM10.4 bilion iaitu jumlah pengagihan tahunan tertinggi yang dibayar sejak penubuhan ASB, dan akan memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit.
Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata ini menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB sebanyak RM206.7 bilion sekali gus mencerminkan ketahanan dan kekuatan portfolio pelaburan ASB.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/pnb-isytihar-agihan-pendapatan-asb-575-sen-bagi-tahun-kewangan-2025-552340
#AWANInews
❤ 10👍 5🔥 3👏 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan ketara aliran trafik di lebuh raya utama sempena sambutan Hari Krismas, dengan anggaran sehingga 2.6 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak.
Menurut LLM, peningkatan trafik dijangka bermula seawal Jumaat, 19 Disember, melibatkan pergerakan pengguna lebuh raya ke arah Pantai Timur, Utara dan Selatan.
Dalam kenyataan sama, LLM menyambut baik pengumuman Kerajaan MADANI yang memberikan diskaun tol 50 peratus kepada kenderaan Kelas 1 bermula 23 Disember 2025 jam 12.01 tengah malam hingga 24 Disember 2025 jam 11.59 malam di semua plaza tol, kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/llm-jangka-26-juta-kenderaan-sehari-sempena-krismas-552321
#AWANInews
🔥 5👍 4
Фото недоступноПоказать в Telegram
Persidangan dan pameran ACM SIGGRAPH edisi ke-18 telah berlangsung di Hong Kong Convention and Exhibition Centre (HKCEC) berjaya menonjolkan bagaimana AI generatif sedang merevolusikan pelbagai industri dan membuka peluang kreatif yang lebih luas.
Bertemakan "Generative Renaissance", persidangan empat hari anjuran Koelnmesse ini menampilkan lebih 7,000 peserta dari lebih 50 buah negara yang terdiri dari pakar komputer grafik, seni, animasi, e-games, pendidikan serta teknologi imersif masa depan.
Pengerusi Persidangan SIGGRAPH Asia 2025, Taku Komura berkata, acara ini menyaksikan peneraju industri berdiri seiring dengan generasi baharu pencipta yang bersama-sama membentuk kemungkinan baharu dalam grafik komputer dan teknik interaktif.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/generative-renaissance-siggraph-asia-2025-hong-kong-corak-masa-depan-ai-komputer-grafik-552261
#AWANInews
#SIGGRAPHAsia
#SIGGRAPHAsia2025
#SIGGRAPHAsia2026
👍 3❤ 1🔥 1
