ch
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

前往频道在 Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

显示更多
2025 年数字统计snowflakes fon
card fon
79 111
订阅者
-1224 小时
-1517
-47530
帖子存档
照片不可用在 Telegram 中显示
Bermula Januari depan, semua permohonan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meliputi empat akta utama boleh dikemukakan sepenuhnya secara dalam talian, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R.Ramanan. Beliau berkata inisiatif pendigitalan itu melibatkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/faedah-perkeso-boleh-dimohon-secara-dalam-talian-mulai-tahun-depan-ramanan-552381 #AWANInews
显示全部...
👍 12👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Malaysia Airports terus memberi tumpuan kepada usaha memperluas kesalinghubungan udara selain memperkasakan kecekapan operasi lapangan terbang sebagai persediaan menghadapi jangkaan permintaan perjalanan lebih tinggi, kata Pengarah Urusannya Datuk Mohd Izani Ghani. Beliau berkata inisiatif itu merupakan sebahagian daripada persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dengan Malaysia Airports bekerjasama rapat dengan rakan syarikat penerbangan untuk menyokong pengembangan rangkaian, mengoptimumkan jadual penerbangan dan meningkatkan kecekapan operasi secara menyeluruh di semua lapangan terbang kendaliannya. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-airports-perluas-laluan-tingkat-kecekapan-operasi-552380 #AWANInews
显示全部...
6👍 2🔥 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Skuad hoki wanita kebangsaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA buat kali kesembilan berturut-turut selepas membenam Indonesia 6-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Universiti Sukan Kebangsaan Thailand, di Chonburi, pada Jumaat. Skuad Malaysian Tigress tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit kelapan, sebelum Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad menggandakan kelebihan menerusi jaringan padang 11 minit kemudian. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-skuad-hoki-wanita-malaysia-rangkul-emas-kesembilan-berturutturut-552374 #AWANInews
显示全部...
27👍 7👏 5
照片不可用在 Telegram 中显示
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan, Naim Kurniawan Moktar, sahkan bakal membawa cabaran Barisan Nasional (BN) sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan. Perkara itu dimaklumkan dalam hantaran di Facebook miliknya. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
显示全部...
👎 30👍 5 3🔥 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari bangga dengan prestasi kontinjen Malaysia yang kini sudah mengutip lebih 50 pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand pada Jumaat. Dr Mohammed Taufiq berharap agar atlet negara yang masih berjuang dapat melakukan pencapaian lebih hebat sebelum edisi ke-33 temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya di Stadium Nasional Rajamangala, pada Sabtu. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-dr-mohammed-taufiq-bangga-kontinjen-malaysia-kutip-lebih-50-emas-552366 #AWANInews
显示全部...
16👍 9👎 9👏 3
照片不可用在 Telegram 中显示
Kontinjen negara berjaya memecahkan rekod jumlah pingat tertinggi Sukan SEA di luar Kuala Lumpur selepas memungut 221 pingat setakat ini bagi edisi 2025 di Bangkok, pada Jumaat. Majlis Sukan Negara dalam satu hantaran di laman Facebook mengesahkan, Malaysia telah menempa sejarah baharu di Sukan SEA sebaik mereka merangkul pingat ke-217 negara, pada edisi ke-33 temasya sukan dwitahunan tersebut. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-malaysia-pecah-rekod-pingat-tertinggi-di-luar-kuala-lumpur-msn-552393 #AWANInews
显示全部...
👏 30 3👍 3
照片不可用在 Telegram 中显示
AmanahRaya Trustees Berhad (ART) menegaskan perkhidmatan pemegang amanah korporat bukan hanya relevan untuk syarikat tersenarai atau urusan kewangan berskala besar dan kompleks, sebaliknya penting untuk pelbagai pemain industri termasuk syarikat persendirian, badan kerajaan, koperasi serta syarikat tujuan khas (SPV). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ART, Zainudin Suhaimi, kehadiran pemegang amanah membantu memastikan tadbir urus yang mematuhi undang-undang, pengurusan aset yang telus serta perlindungan kepada pihak berkepentingan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amanahraya-pemegang-amanah-korporat-bukan-hanya-untuk-tersenarai-fokus-lindungi-pelabur-552272 #AWANInews
显示全部...
👍 2👏 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan berlaku penyalahgunaan nombor MyKad milik arwah bapa seorang individu seperti tular di media sosial termasuk dakwaan ia melibatkan warga asing. JPN dalam kenyataan hari ini, memaklumkan semakan terperinci mendapati dua individu yang dirujuk dalam paparan itu merupakan warganegara Malaysia dengan mereka mempunyai nombor MyKad berbeza. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jpn-nafi-dakwaan-salah-guna-identiti-552361 #AWANInews
显示全部...
🔥 7 3
照片不可用在 Telegram 中显示
Kejayaan penembak negara Haritz Iklil Hessly Hafiz merangkul pingat emas acara 50 meter (m) rifle tiga posisi individu lelaki pada Sukan SEA 2025 hari ini diselubungi emosi apabila ia hadir hanya dua bulan selepas pemergian bapanya. Pada aksi final di Lapangan Sasar Menembak Sports Authority of Thailand, di sini, Haritz Iklil mempamerkan aksi cemerlang apabila mengumpul 447.5 mata sekali gus mencipta rekod baharu temasya Sukan SEA. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/menembak-sukan-sea-haritz-iklil-raih-emas-cipta-rekod-baharu-di-sebalik-kesayuan-552368 #AWANInews
显示全部...
17🔥 3👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berjaya memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM17 bilion sehingga 18 Disember 2025, melibatkan 3,529,748 kes susulan peruntukan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri. HASiL memaklumkan, daripada jumlah tersebut, RM15 bilion diproses bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Disember 2025 melibatkan 3,521,929 kes, manakala RM2 bilion lagi diproses secara tambahan dalam tempoh 9 hingga 18 Disember 2025, melibatkan 7,819 kes. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
显示全部...
7🔥 3
照片不可用在 Telegram 中显示
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah agama di Kampung Pandan yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap pelajarnya berusia 11 tahun. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan daripada kanak-kanak lelaki itu pada pukul 4.16 petang, Selasa lalu. Menurutnya, suspek berusia lingkungan 40-an itu kini masih belum ditahan dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ustaz-lakukan-amang-seksual-ke-atas-pelajar-lelaki-disiasat-552339 #AWANInews
显示全部...
🔥 8 1👎 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Suspek dalam insiden tembakan rambang di Universiti Brown minggu lalu ditemukan mati akibat luka tembakan yang dilakukan sendiri, lapor Xinhua memetik Fox News pada Khamis. Memetik dua sumber penguat kuasa undang-undang, CBS News dalam laporan awal pada Khamis menyatakan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadap seorang suspek dalam insiden tembakan pada 13 Dis di kampus Universiti Brown di Providence, Rhode Island, yang mengorbankan dua pelajar dan mencederakan sembilan yang lain. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/suspek-kes-tembak-di-universiti-brown-ditemukan-mati-552329 #AWANInews
显示全部...
🔥 5
照片不可用在 Telegram 中显示
Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Kembali ke Sekolah (KKS) 2026 dilaksanakan secara inklusif dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kategori pendapatan. Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Adiratno Che Ani, berkata PJRM KKS dilaksanakan sepanjang musim cuti persekolahan untuk membantu meringankan kos perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak menjelang sesi persekolahan yang baharu pada tahun hadapan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-had-pembelian-di-pjrm-kembali-ke-sekolah-2026-sepanjang-musim-cuti-persekolahan-kpdn-552354 #AWANInews
显示全部...
👍 7🔥 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Kerajaan akan melaksanakan Program Peralihan Tenaga Solar Yang Diperkukuhkan atau Solar ATAP bermula 1 Jan 2026 sebagai usaha memanfaatkan ruang bumbung bangunan untuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) daripada sumber solar. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan program itu kesinambungan kepada Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) yang tamat pada 30 Jun dengan beberapa penambahbaikan daripada cadangan asal bagi Solar ATAP dilakukan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inisiatif-penjanaan-solar-di-bumbung-bangunan-bermula-1-jan-petra-552327 #AWANInews
显示全部...
👍 11🔥 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Malaysia mempamerkan daya tahan ekonomi yang kental tahun ini meskipun berdepan ketegangan dan ketidakpastian dasar perdagangan global, disokong oleh penggunaan dan pelaburan domestik, peningkatan pekerjaan dan kitaran kukuh sektor teknologi global. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
显示全部...
👍 11👎 7🔥 1👏 1
00:30
视频不可用在 Telegram 中显示
Persidangan dan Pameran ACM SIGGRAPH ke-19 mencatat sejarah apabila bakal dianjurkan di Malaysia buat pertama kali. SIGGRAPH Asia 2026 di Kuala Lumpur memperluaskan jejak global persidangan ini dengan membawa perspektif baharu, merancakkan jaringan kolaborasi, serta memperkaya pengalaman komuniti grafik komputer dan teknik interaktif. Dengan sokongan kukuh rakan tempatan dan antarabangsa, acara ini dijangka menjadi penganjuran yang berimpak dan berkesan. #SIGGRAPHAsia #SIGGRAPHAsia2025 #SIGGRAPHAsia2026
显示全部...
WhatsApp Video 2025-12-19 at 5.40.33 PM.mp43.99 MB
4👍 3👎 1👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Industri budaya dan kreatif Malaysia kini bukan sekadar wadah ekspresi seni, sebaliknya muncul sebagai antara pemacu ekonomi penting negara. Perkembangan itu dizahirkan menerusi penerbitan Akaun Satelit Budaya dan Kreatif 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang buat julung kalinya menyediakan gambaran menyeluruh sumbangan sektor budaya dan kreatif kepada ekonomi negara berasaskan data dan statistik rasmi. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata industri budaya dan kreatif mencatatkan pertumbuhan 7.1 peratus atau RM130.7 bilion pada 2024, meningkat berbanding 4.5 peratus pada tahun sebelumnya. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dosm-terbit-akaun-satelit-budaya-dan-kreatif-2024-552332 #AWANInews
显示全部...
👍 2🔥 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Bursa Gold Dinar, inisiatif Bursa Malaysia untuk mendemokrasikan pelaburan emas, membuka peluang kepada rakyat Malaysia memiliki emas dengan modal serendah RM10 melalui platform digital patuh Syariah yang disandar emas fizikal sebenar. Menurut Pemangku Pengarah Pasaran Modal Islam Bursa Malaysia, Noorsuriani Muhamed, inisiatif ini hadir tepat ketika emas terus menjadi tumpuan pelabur global. “Dalam tempoh setahun, harga spot emas melonjak 50 peratus, mengatasi semua kelas aset utama. Malah, sepanjang sedekad, nilainya meningkat 250 peratus daripada AS$1,252 satu auns pada 2015 kepada lebih AS$4,000 tahun ini, dengan rekod tertinggi AS$4,381 pada Oktober,” katanya. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bursa-gold-dinar-inisiatif-bursa-malaysia-mudahkan-pelaburan-emas-serendah-rm10-552316 #AWANInews
显示全部...
12🔥 2👍 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis memilih bekas Presiden Iraq Barham Ahmed Salih sebagai Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) yang baharu, lapor Anadolu Ajansi (AA). Pelantikan itu menjadikan Ahmed sebagai individu pertama dari Asia Barat menerajui jawatan berkenaan dalam tempoh hampir tiga perempat abad, dengan tempoh perkhidmatannya bermula 1 Jan 2026 selama lima tahun. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/perhimpunan-agung-pbb-pilih-bekas-presiden-iraq-sebagai-pesuruhjaya-tinggi-unhcr-552313 #AWANInews
显示全部...
11👍 3👏 2
00:30
视频不可用在 Telegram 中显示
Belanjawan 2026 bukan sekadar angka. Ia lahir daripada kerja tanpa henti dan keputusan yang menyentuh kehidupan rakyat. Saksikan dokumentari Belanjawan 2026: Kisah Di Sebalik Angka pada Isnin, 22 Disember 2025 jam 9 malam. #Belanjawan2026 #BehindTheScene #MOF
显示全部...
new_TX22DEC_PROMO_KDSA_FINAL_HIRES.mp472.91 MB
👎 25🔥 1