Astro AWANI
Відкрити в Telegram
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
Показати більше2025 рік у цифрах

79 116
Підписники
-1324 години
-1687 днів
-49030 день
Архів дописів
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Kumpulan rock terkenal Amerika Syarikat, My Chemical Romance, menangguhkan konsert yang asalnya dijadual pada 30 April kepada 19 dan 20 November 2026.
Menurut kenyataan Hello Universe selaku penganjur hari ini, persembahan akan tetap diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, semua tiket yang telah dibeli kekal sah untuk tarikh baharu berkenaan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/konsert-my-chemical-romance-di-bukit-jalil-tunda-ke-19-20-november-552452
#AWANInews
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Polis memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar garis panduan keselamatan, termasuk memaparkan bahan berunsur politik semasa konsert pelakon terkenal India, Vijay, yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 27 Disember ini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, larangan itu merangkumi sebarang bentuk ucapan, simbol, pergerakan atau siaran langsung yang membawa mesej politik.
“Semua penonton dan pihak terlibat diwajibkan mematuhi garis panduan keselamatan serta menjaga ketenteraman awam sepanjang konsert berlangsung. Sebarang unsur politik tidak dibenarkan sama sekali,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/konsert-thalapathy-thiruvizha-jangan-ada-unsur-politik-tindakan-akan-diambil-polis-552441
#AWANInews
👍 12👏 4❤ 1🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Penduduk Perumahan Seri Perantau di Pelabuhan Klang merayu campur tangan segera Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan gangguan bekalan elektrik yang berlarutan hampir dua minggu, susulan kebakaran pada sistem pendawaian utama.
Menurut Pengerusi Blok C, Azizul Anuar Abdul Karim, lebih 1,000 penghuni terjejas sejak hari pertama kejadian, namun sehingga kini tiada sebarang prosedur kecemasan dilaksanakan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penduduk-seri-perantau-rayu-campur-tangan-segera-kerajaan-negeri-selepas-13-hari-tanpa-elektrik-552436
#AWANInews
🔥 9❤ 4
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Suspek utama kes penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau pada Khamis, direman tujuh hari bermula dari hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.
Suspek berumur 51 tahun itu dibawa polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau dan tiba kira-kira 9.45 pagi tadi diwakili peguam Sean Dudley.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-wanita-dalam-beg-suspek-utama-direman-tujuh-hari-552446
#AWANInews
🔥 4👍 2❤ 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh dalam satu serangan udara oleh Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang dijadikan tempat perlindungan di Bandaraya Gaza, menurut pegawai kesihatan tempatan.
Insiden tragis itu berlaku ketika satu majlis perkahwinan sedang berlangsung di sekolah berkenaan, yang menempatkan ratusan penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan di wilayah tersebut.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/enam-maut-dalam-serangan-israel-ke-atas-sekolah-di-gaza-552422
#AWANInews
👎 14❤ 6🔥 3👏 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Penduduk Perumahan Seri Perantau di Pelabuhan Klang merayu campur tangan segera Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan gangguan bekalan elektrik yang berlarutan hampir dua minggu, susulan kebakaran pada sistem pendawaian utama.
Menurut Pengerusi Blok C, Azizul Anuar Abdul Karim, lebih 1,000 penghuni terjejas sejak hari pertama kejadian, namun sehingga kini tiada sebarang prosedur kecemasan dilaksanakan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penduduk-seri-perantau-rayu-campur-tangan-segera-kerajaan-negeri-selepas-13-hari-tanpa-elektrik-552436
#AWANInews
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Tentera Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan udara berskala besar ke atas sasaran militan Daesh di Syria pada Jumaat, sebagai tindak balas terhadap serangan maut yang mengorbankan tiga rakyat AS di Palmyra minggu lalu, menurut kenyataan rasmi Pentagon.
Serangan itu, yang digelar sebagai sebahagian daripada “Operasi Hawkeye Strike”, menyasarkan infrastruktur, lokasi senjata dan pejuang Daesh di wilayah tengah Syria.
Ia dilancarkan selepas seorang penyerang yang dikaitkan dengan Daesh menyerang konvoi tentera AS, mengorbankan dua anggota tentera dan seorang jurubahasa awam, serta mencederakan tiga lagi.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lancar-serangan-besarbesaran-terhadap-daesh-di-syria-sebagai-tindakan-balas-552421
#AWANInews
🔥 10👎 3❤ 1👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Presiden Rusia Vladimir Putin menegaskan bahawa negaranya tidak akan melancarkan sebarang operasi ketenteraan baharu sekiranya negara-negara Barat menghormati kepentingan keselamatan Rusia dan tidak mengkhianati kepercayaan yang pernah diberikan.
Dalam sesi soal jawab tahunan “Direct Line” yang disiarkan secara langsung selama lebih empat jam, Putin menolak dakwaan bahawa Rusia merancang untuk menyerang negara-negara Eropah sebagai “omong kosong”.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/putin-beri-jaminan-tiada-lagi-perang-jika-barat-hormati-rusia-552420
#AWANInews
👍 22❤ 4🔥 4👏 1
Hari ini 26 tahun yang lalu, Macau diserahkan semula kepada China oleh Portugal.
Macau, wilayah di muara Sungai Mutiara di selatan China, disewakan sebagai pos perdagangan kepada orang Portugis yang mula membuat penempatan di situ pada 1557 oleh Dinasti Ming. Mereka mentadbir kawasan itu di bawah kedaulatan China.
Macau berkembang menjadi pelabuhan yang kaya, titik tengah laluan dagang antara Jepun, China & Asia Tenggara. Namun ia mula merudum sekitar 1840-an apabila British mula menjajah Hong Kong & mengembangkan perdagangan candunya.
Pada 1887, Perjanjian Peking Sino-Portugis yang ditandatangani pasca Perang Candu II memberikan Portugal hak penjajahan kekal terhadap Macau, dengan syarat kuasa Barat itu membantu Dinasti Qing menghentikan penyeludupan candu.
Semasa Perang Sino-Jepun & Perang Dunia II, Macau yang neutral menjadi tempat perlindungan pelarian Cina & Eropah. Populasi Cina semakin meningkat di Macau apabila pentadbiran komunis Republik Rakyat China terbentuk pada 1949.
Selepas rampasan kuasa pada 1974, kerajaan baharu Macau mula menggerakkan usaha dekolonisasi & cuba sekali lagi menyerahkan semula wilayah itu kepada China (kali pertama pada 1967 ketika rusuhan Revolusi China). Namun sekali lagi ditolak.
Akhirnya selepas semakin ramai perwakilan Cina dalam kerajaan Macau, pada 1987 Portugal & China memeterai Perjanjian Lisbon Sino-Portugis, memperuntukkan penamatan kuasa Portugis di Macau pada 1999, dengan Deklarasi Hong Kong sebagai model.
Pada tengahari 19 Disember 1999, Gabenor Portugis Macau ke-127, Vasco Joaquim Rocha Vieira menurunkan bendera Portugis di Macau sebelum upacara rasmi penyerahan & pembentukan Wilayah Pentadbiran Khas Macau berlangsung tengah malam itu.
Dengan prinsip ‘satu negara, 2 sistem’, Edmund Ho Hau Wah dilantik menjadi Ketua Eksekutif Macau yang pertama.
Sumber: Britannica, Washington Post
#PeristiwaHariIni
❤ 6👍 3
Фото недоступнеДивитись в Telegram
ASEAN terus menzahirkan sokongan kemanusiaannya kepada Myanmar dengan menyalurkan bekalan beras bagi memperkukuh keselamatan makanan negara Asia Tenggara itu selepas gempa bumi dahsyat yang melanda pada Mac lalu.
Rizab Beras Kecemasan ASEAN Campur Tiga (APTERR), sebuah inisiatif ASEAN, berikrar membekalkan sebanyak 3,275 tan metrik (MT) beras kepada Myanmar bagi memastikan bekalan makanan mencukupi untuk kira-kira 55 juta penduduk.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/asean-salur-stok-beras-kecemasan-bantu-mangsa-gempa-bumi-myanmar-552385
#AWANInews
❤ 7🔥 4
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Lebih 11 juta imej arkib telah berjaya didigitalkan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM) setakat November lepas, sekali gus memperkukuh usaha memelihara dan memudahkan akses warisan negara.
Ketua Pengarah ANM Zaidin Mohd Noor berkata pencapaian itu menunjukkan komitmen berterusan pihaknya dalam memastikan bahan arkib dapat diakses generasi kini dan akan datang.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-11-juta-imej-arkib-didigitalkan-arkib-negara-perkukuh-akses-warisan-negara-552379
#AWANInews
❤ 8👍 5👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Bermula Januari depan, semua permohonan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meliputi empat akta utama boleh dikemukakan sepenuhnya secara dalam talian, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R.Ramanan.
Beliau berkata inisiatif pendigitalan itu melibatkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/faedah-perkeso-boleh-dimohon-secara-dalam-talian-mulai-tahun-depan-ramanan-552381
#AWANInews
👍 12👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Malaysia Airports terus memberi tumpuan kepada usaha memperluas kesalinghubungan udara selain memperkasakan kecekapan operasi lapangan terbang sebagai persediaan menghadapi jangkaan permintaan perjalanan lebih tinggi, kata Pengarah Urusannya Datuk Mohd Izani Ghani.
Beliau berkata inisiatif itu merupakan sebahagian daripada persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dengan Malaysia Airports bekerjasama rapat dengan rakan syarikat penerbangan untuk menyokong pengembangan rangkaian, mengoptimumkan jadual penerbangan dan meningkatkan kecekapan operasi secara menyeluruh di semua lapangan terbang kendaliannya.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-airports-perluas-laluan-tingkat-kecekapan-operasi-552380
#AWANInews
❤ 6👍 2🔥 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Skuad hoki wanita kebangsaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA buat kali kesembilan berturut-turut selepas membenam Indonesia 6-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Universiti Sukan Kebangsaan Thailand, di Chonburi, pada Jumaat.
Skuad Malaysian Tigress tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit kelapan, sebelum Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad menggandakan kelebihan menerusi jaringan padang 11 minit kemudian.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-skuad-hoki-wanita-malaysia-rangkul-emas-kesembilan-berturutturut-552374
#AWANInews
❤ 27👍 7👏 5
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan, Naim Kurniawan Moktar, sahkan bakal membawa cabaran Barisan Nasional (BN) sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.
Perkara itu dimaklumkan dalam hantaran di Facebook miliknya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
👎 30👍 5❤ 3🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari bangga dengan prestasi kontinjen Malaysia yang kini sudah mengutip lebih 50 pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand pada Jumaat.
Dr Mohammed Taufiq berharap agar atlet negara yang masih berjuang dapat melakukan pencapaian lebih hebat sebelum edisi ke-33 temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya di Stadium Nasional Rajamangala, pada Sabtu.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-dr-mohammed-taufiq-bangga-kontinjen-malaysia-kutip-lebih-50-emas-552366
#AWANInews
❤ 16👍 9👎 9👏 3
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Kontinjen negara berjaya memecahkan rekod jumlah pingat tertinggi Sukan SEA di luar Kuala Lumpur selepas memungut 221 pingat setakat ini bagi edisi 2025 di Bangkok, pada Jumaat.
Majlis Sukan Negara dalam satu hantaran di laman Facebook mengesahkan, Malaysia telah menempa sejarah baharu di Sukan SEA sebaik mereka merangkul pingat ke-217 negara, pada edisi ke-33 temasya sukan dwitahunan tersebut.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-malaysia-pecah-rekod-pingat-tertinggi-di-luar-kuala-lumpur-msn-552393
#AWANInews
👏 30❤ 3👍 3
Фото недоступнеДивитись в Telegram
AmanahRaya Trustees Berhad (ART) menegaskan perkhidmatan pemegang amanah korporat bukan hanya relevan untuk syarikat tersenarai atau urusan kewangan berskala besar dan kompleks, sebaliknya penting untuk pelbagai pemain industri termasuk syarikat persendirian, badan kerajaan, koperasi serta syarikat tujuan khas (SPV).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ART, Zainudin Suhaimi, kehadiran pemegang amanah membantu memastikan tadbir urus yang mematuhi undang-undang, pengurusan aset yang telus serta perlindungan kepada pihak berkepentingan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amanahraya-pemegang-amanah-korporat-bukan-hanya-untuk-tersenarai-fokus-lindungi-pelabur-552272
#AWANInews
👍 2👏 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan berlaku penyalahgunaan nombor MyKad milik arwah bapa seorang individu seperti tular di media sosial termasuk dakwaan ia melibatkan warga asing.
JPN dalam kenyataan hari ini, memaklumkan semakan terperinci mendapati dua individu yang dirujuk dalam paparan itu merupakan warganegara Malaysia dengan mereka mempunyai nombor MyKad berbeza.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jpn-nafi-dakwaan-salah-guna-identiti-552361
#AWANInews
🔥 7❤ 3
