ch
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

前往频道在 Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

显示更多
2025 年数字统计snowflakes fon
card fon
79 116
订阅者
-1324 小时
-1687
-49030
帖子存档
照片不可用在 Telegram 中显示
Penduduk Perumahan Seri Perantau di Pelabuhan Klang merayu campur tangan segera Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan gangguan bekalan elektrik yang berlarutan hampir dua minggu, susulan kebakaran pada sistem pendawaian utama. Menurut Pengerusi Blok C, Azizul Anuar Abdul Karim, lebih 1,000 penghuni terjejas sejak hari pertama kejadian, namun sehingga kini tiada sebarang prosedur kecemasan dilaksanakan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penduduk-seri-perantau-rayu-campur-tangan-segera-kerajaan-negeri-selepas-13-hari-tanpa-elektrik-552436 #AWANInews
显示全部...
🔥 9 4
照片不可用在 Telegram 中显示
Suspek utama kes penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau pada Khamis, direman tujuh hari bermula dari hari ini. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret Seremban hari ini. Suspek berumur 51 tahun itu dibawa polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau dan tiba kira-kira 9.45 pagi tadi diwakili peguam Sean Dudley. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-wanita-dalam-beg-suspek-utama-direman-tujuh-hari-552446 #AWANInews
显示全部...
🔥 4👍 2 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh dalam satu serangan udara oleh Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang dijadikan tempat perlindungan di Bandaraya Gaza, menurut pegawai kesihatan tempatan. Insiden tragis itu berlaku ketika satu majlis perkahwinan sedang berlangsung di sekolah berkenaan, yang menempatkan ratusan penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan di wilayah tersebut. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/enam-maut-dalam-serangan-israel-ke-atas-sekolah-di-gaza-552422 #AWANInews
显示全部...
👎 14 6🔥 3👏 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Penduduk Perumahan Seri Perantau di Pelabuhan Klang merayu campur tangan segera Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan gangguan bekalan elektrik yang berlarutan hampir dua minggu, susulan kebakaran pada sistem pendawaian utama. Menurut Pengerusi Blok C, Azizul Anuar Abdul Karim, lebih 1,000 penghuni terjejas sejak hari pertama kejadian, namun sehingga kini tiada sebarang prosedur kecemasan dilaksanakan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penduduk-seri-perantau-rayu-campur-tangan-segera-kerajaan-negeri-selepas-13-hari-tanpa-elektrik-552436 #AWANInews
显示全部...
照片不可用在 Telegram 中显示
Tentera Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan udara berskala besar ke atas sasaran militan Daesh di Syria pada Jumaat, sebagai tindak balas terhadap serangan maut yang mengorbankan tiga rakyat AS di Palmyra minggu lalu, menurut kenyataan rasmi Pentagon. Serangan itu, yang digelar sebagai sebahagian daripada “Operasi Hawkeye Strike”, menyasarkan infrastruktur, lokasi senjata dan pejuang Daesh di wilayah tengah Syria. Ia dilancarkan selepas seorang penyerang yang dikaitkan dengan Daesh menyerang konvoi tentera AS, mengorbankan dua anggota tentera dan seorang jurubahasa awam, serta mencederakan tiga lagi. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lancar-serangan-besarbesaran-terhadap-daesh-di-syria-sebagai-tindakan-balas-552421 #AWANInews
显示全部...
🔥 10👎 3 1👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Presiden Rusia Vladimir Putin menegaskan bahawa negaranya tidak akan melancarkan sebarang operasi ketenteraan baharu sekiranya negara-negara Barat menghormati kepentingan keselamatan Rusia dan tidak mengkhianati kepercayaan yang pernah diberikan. Dalam sesi soal jawab tahunan “Direct Line” yang disiarkan secara langsung selama lebih empat jam, Putin menolak dakwaan bahawa Rusia merancang untuk menyerang negara-negara Eropah sebagai “omong kosong”. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/putin-beri-jaminan-tiada-lagi-perang-jika-barat-hormati-rusia-552420 #AWANInews
显示全部...
👍 22 4🔥 4👏 1
Hari ini 26 tahun yang lalu, Macau diserahkan semula kepada China oleh Portugal. Macau, wilayah di muara Sungai Mutiara di selatan China, disewakan sebagai pos perdagangan kepada orang Portugis yang mula membuat penempatan di situ pada 1557 oleh Dinasti Ming. Mereka mentadbir kawasan itu di bawah kedaulatan China. Macau berkembang menjadi pelabuhan yang kaya, titik tengah laluan dagang antara Jepun, China & Asia Tenggara. Namun ia mula merudum sekitar 1840-an apabila British mula menjajah Hong Kong & mengembangkan perdagangan candunya. Pada 1887, Perjanjian Peking Sino-Portugis yang ditandatangani pasca Perang Candu II memberikan Portugal hak penjajahan kekal terhadap Macau, dengan syarat kuasa Barat itu membantu Dinasti Qing menghentikan penyeludupan candu. Semasa Perang Sino-Jepun & Perang Dunia II, Macau yang neutral menjadi tempat perlindungan pelarian Cina & Eropah. Populasi Cina semakin meningkat di Macau apabila pentadbiran komunis Republik Rakyat China terbentuk pada 1949. Selepas rampasan kuasa pada 1974, kerajaan baharu Macau mula menggerakkan usaha dekolonisasi & cuba sekali lagi menyerahkan semula wilayah itu kepada China (kali pertama pada 1967 ketika rusuhan Revolusi China). Namun sekali lagi ditolak. Akhirnya selepas semakin ramai perwakilan Cina dalam kerajaan Macau, pada 1987 Portugal & China memeterai Perjanjian Lisbon Sino-Portugis, memperuntukkan penamatan kuasa Portugis di Macau pada 1999, dengan Deklarasi Hong Kong sebagai model. Pada tengahari 19 Disember 1999, Gabenor Portugis Macau ke-127, Vasco Joaquim Rocha Vieira menurunkan bendera Portugis di Macau sebelum upacara rasmi penyerahan & pembentukan Wilayah Pentadbiran Khas Macau berlangsung tengah malam itu. Dengan prinsip ‘satu negara, 2 sistem’, Edmund Ho Hau Wah dilantik menjadi Ketua Eksekutif Macau yang pertama. Sumber: Britannica, Washington Post #PeristiwaHariIni
显示全部...
6👍 3
照片不可用在 Telegram 中显示
👏 2
照片不可用在 Telegram 中显示
ASEAN terus menzahirkan sokongan kemanusiaannya kepada Myanmar dengan menyalurkan bekalan beras bagi memperkukuh keselamatan makanan negara Asia Tenggara itu selepas gempa bumi dahsyat yang melanda pada Mac lalu. Rizab Beras Kecemasan ASEAN Campur Tiga (APTERR), sebuah inisiatif ASEAN, berikrar membekalkan sebanyak 3,275 tan metrik (MT) beras kepada Myanmar bagi memastikan bekalan makanan mencukupi untuk kira-kira 55 juta penduduk. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/asean-salur-stok-beras-kecemasan-bantu-mangsa-gempa-bumi-myanmar-552385 #AWANInews
显示全部...
7🔥 4
照片不可用在 Telegram 中显示
Lebih 11 juta imej arkib telah berjaya didigitalkan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM) setakat November lepas, sekali gus memperkukuh usaha memelihara dan memudahkan akses warisan negara. Ketua Pengarah ANM Zaidin Mohd Noor berkata pencapaian itu menunjukkan komitmen berterusan pihaknya dalam memastikan bahan arkib dapat diakses generasi kini dan akan datang. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-11-juta-imej-arkib-didigitalkan-arkib-negara-perkukuh-akses-warisan-negara-552379 #AWANInews
显示全部...
8👍 5👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Bermula Januari depan, semua permohonan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meliputi empat akta utama boleh dikemukakan sepenuhnya secara dalam talian, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R.Ramanan. Beliau berkata inisiatif pendigitalan itu melibatkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/faedah-perkeso-boleh-dimohon-secara-dalam-talian-mulai-tahun-depan-ramanan-552381 #AWANInews
显示全部...
👍 12👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Malaysia Airports terus memberi tumpuan kepada usaha memperluas kesalinghubungan udara selain memperkasakan kecekapan operasi lapangan terbang sebagai persediaan menghadapi jangkaan permintaan perjalanan lebih tinggi, kata Pengarah Urusannya Datuk Mohd Izani Ghani. Beliau berkata inisiatif itu merupakan sebahagian daripada persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dengan Malaysia Airports bekerjasama rapat dengan rakan syarikat penerbangan untuk menyokong pengembangan rangkaian, mengoptimumkan jadual penerbangan dan meningkatkan kecekapan operasi secara menyeluruh di semua lapangan terbang kendaliannya. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-airports-perluas-laluan-tingkat-kecekapan-operasi-552380 #AWANInews
显示全部...
6👍 2🔥 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Skuad hoki wanita kebangsaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA buat kali kesembilan berturut-turut selepas membenam Indonesia 6-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Universiti Sukan Kebangsaan Thailand, di Chonburi, pada Jumaat. Skuad Malaysian Tigress tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit kelapan, sebelum Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad menggandakan kelebihan menerusi jaringan padang 11 minit kemudian. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-skuad-hoki-wanita-malaysia-rangkul-emas-kesembilan-berturutturut-552374 #AWANInews
显示全部...
27👍 7👏 5
照片不可用在 Telegram 中显示
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan, Naim Kurniawan Moktar, sahkan bakal membawa cabaran Barisan Nasional (BN) sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan. Perkara itu dimaklumkan dalam hantaran di Facebook miliknya. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
显示全部...
👎 30👍 5 3🔥 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari bangga dengan prestasi kontinjen Malaysia yang kini sudah mengutip lebih 50 pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand pada Jumaat. Dr Mohammed Taufiq berharap agar atlet negara yang masih berjuang dapat melakukan pencapaian lebih hebat sebelum edisi ke-33 temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya di Stadium Nasional Rajamangala, pada Sabtu. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-dr-mohammed-taufiq-bangga-kontinjen-malaysia-kutip-lebih-50-emas-552366 #AWANInews
显示全部...
16👍 9👎 9👏 3
照片不可用在 Telegram 中显示
Kontinjen negara berjaya memecahkan rekod jumlah pingat tertinggi Sukan SEA di luar Kuala Lumpur selepas memungut 221 pingat setakat ini bagi edisi 2025 di Bangkok, pada Jumaat. Majlis Sukan Negara dalam satu hantaran di laman Facebook mengesahkan, Malaysia telah menempa sejarah baharu di Sukan SEA sebaik mereka merangkul pingat ke-217 negara, pada edisi ke-33 temasya sukan dwitahunan tersebut. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-malaysia-pecah-rekod-pingat-tertinggi-di-luar-kuala-lumpur-msn-552393 #AWANInews
显示全部...
👏 30 3👍 3
照片不可用在 Telegram 中显示
AmanahRaya Trustees Berhad (ART) menegaskan perkhidmatan pemegang amanah korporat bukan hanya relevan untuk syarikat tersenarai atau urusan kewangan berskala besar dan kompleks, sebaliknya penting untuk pelbagai pemain industri termasuk syarikat persendirian, badan kerajaan, koperasi serta syarikat tujuan khas (SPV). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ART, Zainudin Suhaimi, kehadiran pemegang amanah membantu memastikan tadbir urus yang mematuhi undang-undang, pengurusan aset yang telus serta perlindungan kepada pihak berkepentingan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amanahraya-pemegang-amanah-korporat-bukan-hanya-untuk-tersenarai-fokus-lindungi-pelabur-552272 #AWANInews
显示全部...
👍 2👏 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan berlaku penyalahgunaan nombor MyKad milik arwah bapa seorang individu seperti tular di media sosial termasuk dakwaan ia melibatkan warga asing. JPN dalam kenyataan hari ini, memaklumkan semakan terperinci mendapati dua individu yang dirujuk dalam paparan itu merupakan warganegara Malaysia dengan mereka mempunyai nombor MyKad berbeza. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jpn-nafi-dakwaan-salah-guna-identiti-552361 #AWANInews
显示全部...
🔥 7 3
照片不可用在 Telegram 中显示
Kejayaan penembak negara Haritz Iklil Hessly Hafiz merangkul pingat emas acara 50 meter (m) rifle tiga posisi individu lelaki pada Sukan SEA 2025 hari ini diselubungi emosi apabila ia hadir hanya dua bulan selepas pemergian bapanya. Pada aksi final di Lapangan Sasar Menembak Sports Authority of Thailand, di sini, Haritz Iklil mempamerkan aksi cemerlang apabila mengumpul 447.5 mata sekali gus mencipta rekod baharu temasya Sukan SEA. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/menembak-sukan-sea-haritz-iklil-raih-emas-cipta-rekod-baharu-di-sebalik-kesayuan-552368 #AWANInews
显示全部...
17🔥 3👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berjaya memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM17 bilion sehingga 18 Disember 2025, melibatkan 3,529,748 kes susulan peruntukan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri. HASiL memaklumkan, daripada jumlah tersebut, RM15 bilion diproses bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Disember 2025 melibatkan 3,521,929 kes, manakala RM2 bilion lagi diproses secara tambahan dalam tempoh 9 hingga 18 Disember 2025, melibatkan 7,819 kes. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
显示全部...
7🔥 3